Tuesday, January 09, 2007

Tahu

Alah, bukan dia orang tak tahu. Walhal seantara dunia melakukannya, namun mereka nak melakukan sebaliknya. Sahaja nak menentang arus. Sahaja mencabarkah? Sudah kuat sangatkah? Atau sudah terlalu bodoh lantaran terlalu banyak sangat onar yang meracun? Bukan dia orang tak tahu. Sahaja menempah kecelakaan.

Mereka ingat kita semuanya bodoh. Tak tahu tentang hal dunia. Itu ini, begitu begini, sana sini. Oi orang ada Astro la, tahu Astro?! Mereka ingat seluruh rakyat Malaya bodoh macam dia orang jugak ke? Oh maaf. Bodoh itu terlalu kasar aku kira, kita tukar perkataan hina yang lebih lembut, bebal. Ok tak? Hmmm macam kasar juga, dungu? Ok? Kasar juga kan? Bodoh juga yang lembut. Haaa.

Ingat ingat lah, semua orang tahu. Takyah nak selindung selindung. Cuma kau orang je yang tak tahu orang semua dah muak, benci dan menyumpah seranah kalian. Apa yang kalian tahu, kita orang juga tahu, hal itu hal ini semuanya kami tahu. Bangkai gajah tu sudah kami temui tak payah nak sorok sorok. Perbuatan kalian hanya menampakkan lagi kebodohan kalian!

Sorok Sorok Bangkai

sorok sorok
usung keranda setengah malam
sorok sorok
gali lahad bertemankan bulan

dalam dalam
enam kaki dari dasarnya
dalam dalam
mahu disumbat busuk hanyirnya

malu hina air muka jangan
pecah merodok di perut biasa
di mulut masam bersembur biarkan
maruah sejagat tauhid dijual silakan

senyap senyap
sumbat bangkai penipuan
senyap senyap
kambus tutup busuk bangkai

dalam gelap sibuk mengambus
ekor bangkai di luar terjuntai

0 Bangsawan Menatang Sembah: