Saturday, January 13, 2007

Wawansabda

Saat aku menaip isen ini, book tengah menanti dengan penuh kesabaran. Saat ini juga Johor masih banjir, dengan carta terbaru Kluang sebagai daerah paling teruk. Saat ini juga, aku berada di Ampang. Di rumah ayahanda dan bonda. Ayahanda baru sahaja tiba di sini semalam (Jumaat) dari Kluang. Membawa berita yang tidak sedap didengar oleh pencinta pecinta keadilan.

"Hujan Lebat tak berhenti henti!" kata ayahanda ketika aku terserempak dengan dia di pasar malam.

"Abah talipon Pak Su kamu, katanya Kluang habis dah, dia orang semua pindah, air naik tinggi."

8.00 Malam.
Tengok Berita Utama. Cerita sensasi : Johor di landa banjir. Sebelum sebelum ini aku selalu persoalkan di dalam hati, bagaimana pembahagian derma yang dikutip? Benar benar sampai atau tidak? Aku juga persoalkan kenapa murid sekolah hanya menerima sumbangan RM200 sahaja? Sedangkan sahabat sahabat di KL membelanjakan hampir RM1000 untuk seorang anak dari buku teks hingga ke pakaian. Dan persoalan persoalan ini terjawab tanpa diminta oleh ayahanda aku sendiri.

Ayahanda aku orang Kluang, beliau anak ke 3 dari 13 adik beradik. Di antara mereka 13 orang itu hanya ayahanda (kami) sekeluarga sahaja yang tidak menyokong UMNO manakala yang lain semua sokong. So setiap kali balik raya, kami sekeluarga hanya berdiam diri sahajalah bila mereka memuji muji UMNO. Dan banjir kali ini benar benar merubah pendirian mereka terhadap UMNO.

"Kamu tahu tak, dekat sana, masa menteri menteri sibuk duk ada masa banjir tu, bukan main banyak barang barang derma. Lepas je menteri menteri tu balik, yang barang barang tu pun hilang semua." kata ayahanda sewaktu kami berbincang mengenai isu banjir di Johor.

"La, mana pergi?" soal aku pelik.

"Dia orang bawak balik! Sikit pun tak tinggal! Mak Cu (adik kesayangan ayahanda) kamu tu, dia sendiri nampak, bila PM ke turun bukan main yang lain lain ni turun, bagi replika check la apa la, bila PM balik, semua lesap. Orang orang yang dapat check tu semua dia orang mintak balik!" terang ayahanda. Aku hanya mampu terlopong.

"Tu si Puteri UMNO semua tu, buat masak itu la ini lah, sampai pukul 3 petang orang tak makan makan lagi, menunggu. Dah lah tu masak nasi mentah pula tu. Masa wartawan semua ada, dengan menteri menteri lain tu berduyun la turun, buat itulah inilah bila ketua balik yang lain pun balik tinggal macam tu je. Memang ada nampak dia orang naik bot, tengok sana tengok sini, berlakon je semua tu. Bila ketua balik semua pun pakat balik. Barang barang derma tu semua di bawa balik sama. Ada pula yang patut dapat bantuan, check check nama takde. Macam mana nama takde? Padahal dah daftar dah?. " ayahanda.

Kesahihan cerita ini, tak akan ayahanda aku nak tipu kan? Dia pun berada di sana beberapa kali start dari mula banjir lagi. Mulanya aku mengarang isen ini di dalam kepala aku dengan penuh kata carutan. Bila fikir fikir balik apa guna aku mencarut? Tak guna. Cumanya aku tidak sangka yang sebegini hodoh perangai puak puak UMNO yang mendokong Islam Hadhari yang katanya membina insan. Jadi kalian tunggu apa lagi? Mengapa masih mahu menyokong binatang binatang pemakan bangkai ini? Jika ada barua barua UMNO yang membaca isen aku ini, cuma satu pesan aku, tuhan itu maha adil. Dunia kau lepas , akhirat belum tentu.

Akhir kata aku untuk UMNO, tak takut kah kalian dengan tuhan?!

P/s : tiba tiba Berita Utama menyiarkan tentang pilihanraya di Batu Talam. "Kamu tengok yang ini, besok yang pencalonan bebas orang UMNO juga nanti. Tengoklah."



0 Bangsawan Menatang Sembah: