Thursday, January 11, 2007

Cermin

Oh! Alhamdulillah, malam tadi tiada apa apa. Namun sebagai tidak mengecewakan kau orang dengan kisah mistik, aku papar satu cerita hantu untuk kalian. Aku harap ada yang membaca isen ini pada tengah malam karang ha ha.

Kisah ini terjadi mungkin 30 - 40 tahun dahulu. Aku tak pasti. Ada sebuah sekolah lelaki berasrama penuh di pendalaman, maklumlah ketika itu semuanya berhutan. Di sekolah itu ada satu kisah menakutkan. Ada keranda terbang. Bagaimana ia terjadi? Begini ceritanya...

Pada suatu hari, sekolah terbabit membuat pementasan. Pada waktu malam. Ada bertandingan lakonan di antara kelas kelas. Ada satu kelas, membuat sebuah cerita tentang kematian. Untuk menampakkan realnya cerita itu, mereka membuat keranda, dan meletakkan seorang budak yang melakonkan babak orang mati di dalamnya dan dipakukan penutupnya. Lakonan mereka pun dipentaskan. Dan akhirnya mereka menang pertandingan pada malam itu.

Semasa riuh menyambut kemenangan itu masing masing terlupa perihal budak di dalam keranda itu yang sememangnya tidak boleh keluar sendiri kerana telah dipakukan penutupnya. 2 hari telah berlalu tanpa seorang pun menyedari kehilangan dia. Hinggalah masuk hari ketiga, baru mereka perasan. Dan masing masing pun panik kerana teringat budak itu di dalam keranda terbabit. Mereka bersama beberapa orang guru bergegas ke stor tempat disimpan keranda terbabit. Mereka berusaha mengumpil paku paku itu. Saat bila keranda itu terbuka, terlihat budak di dalamnya sudah menjadi mayat, mati kerana lemas.

Seminggu selepas kejadian, ada satu malam, seorang pelajar mahu ke tandas menggosok gigi. Seperti biasa dia pergi keseorangan. Sesampai dia ke tandas, di mula menggosok gigi namun tidak langsung memandang cermin. Takut. Entah macam mana sedang ralit menggosok gigi itu dia terpandang cermin di hadapannya, terperanjatlah dia bila dilihat di dalam cermin itu dia sedang menggosok gigi dengan menggunakan pisau cukur. Berlumuran darah keluar dari mulut dia. Menjeritlah dia kerana ketakutan dan terperanjat.

Demi terdengar jeritan budak itu, semua pelajar bergegas ke tandas. Mereka mengerumun budak itu dan setelah mendengar ceritanya, malam itu mereka sepakat memecah semua cermin di dalam tandas. Sejak dari itu sekolah itu tidak mempunyai cermin dalam tandas. Dan sejak malam itu juga, kerap para pelajar melihat di tengah malam, keranda terbang melayang layang.


0 Bangsawan Menatang Sembah: