Tuesday, November 07, 2006

Kepada Satu Rindu

aku kepingin, kepada satu rindu
tinggi menjulang langit
megahnya hingga terbit burung burung hijau
mengerumuni sekitar arasy
megahnya, bagaikan mentari menghampari malam
untuk insan seperti aku
melunaskan dahaga kepada peluang
mencipta rindu kepadaNya

meskipun dunia itu
aku lepaskan pada setiap 5 waktu
bergolek kembali jua ke genggaman tangan
tuhan, kasihanilah aku
lembutkanlah telapak tangan yang berdoa
agar rela melepaskan dunia pada saat mati
sebagaimana rela dengan keras menggenggam ketika lahir

aku kepingin, di sepanjang usia ku
sebuah rindu tiada penghujung
yang menghias atma
untuk ku persembahkan kepadaMu
saat nama ku dipanggil bergema di seluruh alam.

P/s : Disebabkan ada masalah di opis aku, isen "Toyota Itu Cuba Memotongku" terpaksa ditangguhkan keluarannya. Ia akan disiarkan di blog ini pada sabtu 11/11/06. Harap Maklum.

5 Bangsawan Menatang Sembah:

esis said...

ahhhhhhh kepingin sungguh kamu... hoho

INDERA KENCANA said...

Aku juga punya isen yang sama. "trailer itu memotongku". Nyaris aku tak mati kat Highway PLUS semalam..

kingbinjai said...

esis : ho ho ho sudha krismas kah?

indera : takde pun! sekolah ayam ada la

blue_cherry said...

Rindu itu tebal kan..
Bila di pandang awan biru, seolah2 terasa kehadirannya..

Rasa rindu se sangat..
Nak pergi lom sedia
Nak terus kan di sini tak terdaya..

bunga rampai said...

Salam.
Aduuuh, tersentuh ...