Friday, December 15, 2006

Lah, Ini Surat Untukmu

lah,
layang surat ini
bukan duri isi kandungannya
andai kau baca
setenang Chini

lah,
cermin cermin bangsa
tiada ruang lagi untuk retak
serpihan serpihannya bertaburan
di bawah paras pengetahuanmu
melekat kami di bawah tapak kasutmu

lah,
empangan kemewahan yang kau dirikan
adalah fatamorgana bagi kami
sedang kau berendam di dalamnya
yang mengalir dari pili di rumah kami
hanyalah sekelingking arus

lah,
kami berlari larian
ketika hujan batu menimpa
mencari teduh yang berselindung
di bawah payung payung
peradabanmu

lah,
tangan yang ku hulurkan ini
akan bersambutkah salam?
atau kau memaling muka
pada satu lagi pelita
rintihan bangsa

20 Bangsawan Menatang Sembah:

kingbinjai said...

tetsing guna blogger account- ok je nie?

kingbinjai said...

testing guna gmail account - ok je nie?

13may said...

testing testing....dah ok dah nak komen kat blog BETA:)

Anonymous said...

a'ah, saya nak test jugak. pasal pa tak leh komen...

Anonymous said...

ooo... kena klik kat other.

King, saya dah komen banyak tau, penat menaip...

Anonymous said...

Ni baru nak komen:

King sajak tu tuk Pak Lah ye...
saya tak ngaku keturunan monyet.
Dahsyat ye ribut tu...
Burung hantu tu lawa, kenapa tanak bela?? :D

Anonymous said...

ermm.. teruk sgt ke keadaannya? empangan kemewahan = fatamorgana? ye ke? sama ada sy yg terlalu rilek atau org lain yg menggelabah.. hehe..

Anonymous said...

ermm.. teruk sgt ke keadaannya? empangan kemewahan = fatamorgana? ye ke? sama ada sy yg terlalu rilek atau org lain yg menggelabah.. hehe..

kingbinjai said...

kingbinjai : testing ok

13may : selamat berkomen

amin : burung hantu binatang exotik maaa kene ada lesen. maleh aaa nak amik lesen. susah nanti nak kene cari tikus!

Q : anda terlalu rilek atau tidak ambil pusing keadaan semasa?

kakLuna said...

mengapa?..oleh Lah VE dan Shazzy :P

Anonymous said...

'lah' tu sapa KB..? haha

kingbinjai said...

kakluna : ha ha

bp : kura kura dalam perahu ha ha

Anonymous said...

maka buatlah persediaan~ sudahkah kita bersedia? :)

Literature Sushi said...

tambah sikit kat hujung sajak tu...

Lah,
Undur Lah...

~inilah saya~ said...

Ni pun nak tambah seket kat hujung tuh

Lah,
Kos sudah naik...
Mcmana saya nak kawin?

:-0

* Mohon ampun....

kingbinjai said...

Q : anda?

raiedzall : ha ha

Qasseh : eh kan boelh kawin free? daftar je kat jawi, kenduri semua dorang tanggung dapat duit poket lagi

Anonymous said...

bagus sajak ni!

malam esok, ahad (17 dis 06) 9.00 mlm. ceramah DSAI di Flat Seri Melaka.

tumismenumis said...

Letih"Lah" kalau macam ni.
Sampai bila?

kingbinjai said...

gt : tq tq, flat kat cheras tu ke?

mazudi : aku lagi letih

Anonymous said...

sudah insyaAllah. tp masih ada yg perlu diperlengkapkan. sekurangnya yang asas sudah ada~ :)