Friday, January 05, 2007

Hadiah untuk Pak Menteri

sebuah hadiah yang dibeli
oleh seorang rakyat
ikhlas di hatinya
buat pak menteri
sempena harijadi

sebuah hadiah tanda penghargaan
beratus ringgit tiada berkira
mengenang jasa dan bakti
seorang pak menteri
sempena harijadi

sekeping kad ucapan
terlekat kemas
tersusun bait bait kata
dari hati seorang rakyat
ikhlas kepada pemimpinnya

pak menteri girang
menerima hadiah
rakus membuka balutan
senyuman manis bertukar kelat
demi terlihat di dalam kotak
sepasang alat bantuan pendengaran

lalu dicapai kad ucapan
tertera kemas baris tulisan

"buat bapak,
menteri tertinggi
semoga dengan hadiah ini
akan lebih mendengari
keluhan kami, rakyat sendiri"

13 Bangsawan Menatang Sembah:

Bunga Rampai said...

Selamat hari jadi kepada pak menteri itu.

Salam.

Pa'chik said...

hadiah yg baik utk pak menteri, juga kalau ada hati dan perut sekali. Karena mereka nampak seperti tidak berhati perut.

kingbinjai said...

br : heh

pachik : ha ha kanta lekap juga perlu

Unknown said...

sajak ni amat mudah untuk difahami. poskan pada pak menteri ya King... :D

kingbinjai said...

ha ha sajak je ke? yang alat bantuan pendengaran tu taknak?

kakLuna said...

king..

den baru dapek koba berito..
malam ni minyak naik 50sen!

camno ni King..
kono naik gajah la poie opis..

isk,isk..

kingbinjai said...

laaaa naik lagi ke? p*****k bunya KERAjaan!

Pa'chik said...

kak luna, betul ke ni? takkan taknak tunggu batu talam kot. tak sampai sebulan lagi ni.

fiq said...

aku nak bom bangunan ada lambang kaler merah tu leh x? ops. kang xpasal2 aku kene gantung cam saddam

kingbinjai said...

kalu ko kene gantung kitaorg riot!

13may said...

Make sure alat pendengaran boleh digunakan setiap masa...

jgn plak ada HAD dan HARInya...:))

hakim dirani said...

Mudahan pak menteri tak lagi menindas seperti sekarang ni.

kingbinjai said...

13may : baik!

hakim : harap harapnya