Bercerita
Wira ku menderu dalam kelajuan yang sederhana merentas lebuhraya Putrajaya. Hafiz yang bertindak sebagai co pilot sedang lena diulit mimpi. Sudah sampai kemana agaknya tu. Begitu jua dengan Kak Zedah. Entah kemana hala mimpi membawanya. Aku membiarkan fikiranku melayang bagi mengelak dari mengantuk. Dalam leka fikiran aku melayang itu tetiba tiba aku teringat satu cerita, spontan bibir mengukir senyum. Minda ku membaca semula cerita itu dengan lantang. Seketika, aku ketawa kecil...
* * *
Seorang pemandu teksi yang baru sahaja memulakan tugasnya pada hari pertama berlegar legar di sekitar bandaraya PJ mencari pelanggan. Alhamdulillah rezekinya murah. Seorang lelaki menahan teksinya dan sekaligus menjadi pelanggan pertamanya. Pintu di buka bila teksinya berhenti di sebelah.
"Bang, Jalan Duta ya." kata lelaki itu.
Pemandu teksi itu hanya mengangguk senyum. Rezeki pertama aku ni bisik hati kecilnya. Pemandu teksi itu menjalankan tugasnya, memandu teksinya ke Jalan Duta. Seketika, suasana menjadi sunyi, tiada patah patah perkataan berlegar memecah hening. Masing masing melayan perasaan. Teksi sudah melepasi Jalan Bangsar. Dan si penumpang secara tiba tiba menepuk si pemandu teksi dengan perlahan bagi tujuan memberitahu destinasi yang tepat. Siapa sangka, tepukan di bahu yang perlahan itu menyebabkan si pemandu tersentak amat dan menyebabkan teksi itu terhuyang hayang. Puas si pemandu cuba mengawal kenderaan. Dan puas jugalah si penumpang di belakang memaut ke sana kemari. Akhirnya si pemandu berjaya mengawal kenderaannya dan memberhentikannya di lorong kecemasan. Masing masing mengurut dada.
"Bang minta maaf ya, saya tak berniat nak mengejut kan abang." kata si penumpang. Ikhlas.
"Ya ya. Takpe. Saya pun minta maaflah pasal terkejut. Ni kali pertama saya bawak teksi ni." sahut si pemandu.
"Ooo" balas si penumpang.
Setelah memberitahu arah yang tepat, teksi beraksi kembali di jalanan. Si penumpang teringat kata kata si pemandu yang mengatakan ini kali pertamanya membawa teksi. Lalu dia pun bertanya,
"Bang, tanya sikit boleh?" si penumpang.
"Boleh boleh." pemandu.
"Tadi abang kata, ini kali pertama abang bawak teksi, err sebelum ni abang kerja apa?" penumpang
"Oh sebelum ni saya kerja sebagai pemandu van mayat." jawap si pemandu sambil tersengih.
17 Bangsawan Menatang Sembah:
woo...
pemandu van mayat.
Saya ketawa :))
Terima kasih menceriakan pagi saya!
Salam.
Pertama kali aku baca citer ni aku ketawa terpingkal-pingkal. Sekarang baca lagi, pun aku masih berdekah-dekah lagi..
macam baca mastika.
sambungan : lepas itu sipemandu tanya kepada penumpang, "selalu naik teksi ke?"
si penumpang menjawab, "selalu jugak,tapi dulu penah jadi penumpang van mayat sekali. itu pertama dan terakhir.
sipenumpang mengilai2~~~
=p
best best cita nih king
version lain pulak :-
penumpang : abang penah ke bawak mayat yg teruk2 dulu
pemandu teksi : penah jugak, ada yang tak de kepala, putus kaki, mcm2 la...
penumpang : yang takde kepala tu.....mcm ni ke? (sambil mengangkat kepala nya dan menunjukkan pada pemandu teksi)
selepas tu,dgr2nya teksi tu tak sampai jalan duta tapi setakat batu dua sahaja.
~sekian~
fuh!! patut la driver teksi tu terkezut sakan. ha ha
aku rasa dia terkejut sbb kali terakhir dia bawak van mayat, tiba2 ader org tepuk bahu duia dari belakang...
adakah penumpang itu minta turun?
sambungan versi kak luna sungguh best.
lawak ni macam evergreen aar.
Tiap kali aku baca mesti suspen dan terkena dan gelak.
haha... :D
sayala anonymous tu aminbakish
sambungan 13may:
"Tadi abang kata, ini kali pertama abang bawak teksi, err sebelum ni abang kerja apa?" penumpang.
"Oh sebelum ni saya kerja sebagai pemandu van mayat." jawap si pemandu sambil tersengih.
"oh..begitu..saya penggali kubur.." sambung penumpang tu sambil diringi ketawa berdekah2...
aku fikir co pilot ko mimpi duduk dalam kereta mayat tuh...
hehehehe
Kat mana aku baca cerita ni dulu ekk...tapi masih mampu membuat orang tersengih....hahaha...
semua semua : maaf kelewatan membalas komen. sungguh bernas semuanya. ha ha. kakluna dan fig anda berdua suka hantu ya? nanti saya cerita kisah hantu pula
Post a Comment