Saturday, September 23, 2006

Berpuasa

Assalammualaikum

Sempena Ramadhan esok, aku ingin mengucapkan salam Ramadhan. Semoga puasa kita semua tahun ini lebih diberkati. Dan semoga kita dapat menyambut lagi Ramadhan tahun hadapan. Sempena ini juga, aku ingin menyeru kepada kalian, jadikan sebulan ini sebagai latihan untuk meninggalkan yang mungkar dan melaksanakan yang hak. Tidak lupa juga kepada pak pak menteri semua yang sedang leka di atas sana, dah masuk ramdhan dah ni, insaf insaflah. Sepatutnya kau orang yang seharusnya melebihkan amal makruf nahi mungkar berbanding kita orang. Tak tak, bukan maksud aku, kita rakyat tak perlu buat. Perlu. Namun Kerajaan lebih lagi tugas dia. Jangan salah faham. Hai, kang tak terang betul betul ada plak yang menempel kat sini bagi pendapat persendirian dia.

Baiklah! Baiklah! Cukuplah setakat ini. Ampun dan maaf kepada kalian andai aku ada terkasar bahasa dan tulisan. Terima kasih kerana mengunjungi blog aku yang indah ini. Atas dasar kasih sayang aku kepada kalian, aku persembahkan sajak terbaru aku untuk tatapan kalian, moga moga menjadi peringatan untuk kita dan aku lebihnya.

Iman

"ia sudah tiba."
masa yang dinanti nantikan
telah datang
dengan senyuman dan salam
iman lantas bangkit
keluar dari persembunyiannya
di satu ceruk gelap sekeping hati

iman membega
cahaya ramadhan bagaikan suria
membasahi wajahnya
berdikit dikit
terang bermaharajalela

"sebulan!" bisik iman
sebulan ini aku mahu
mewarnai hati ini
dengan hijau biru dan putih
kan kuhampari lantai kering ini
dengan sejadah
kan kuhiasi dinding yang merekah ini
dengan kalamullah

seketika,
terdengar ketawa yang azamat
itu nafsu!
"iman! hati itu milik aku!"
"milik aku!"
"milik aku!"
bergema dan perlahan hilang

ah! aku tak perlu gentar lagi
hikmah taubat nasuha
kan kucuba sedaya upaya
calak hati ini
takkan kubiarkan lenyap
hingga sampai ramadhan yang seterusnya
dan seterusnya
selama lama.

14 Bangsawan Menatang Sembah:

fiqroorganisma said...

salam ramdahan king =] semoga amalan kita di bulan mulia ini diberkati

kingbinjai said...

salam, insyaAllah

bunga rampai said...

Bulan mulia, bulan meneguhkan mata hati. InsyaAllah.

Salam Ramadhan untuk KB sekeluarga.

jarri said...

salam al-mubarak. selamat berpuasa dan selamat menghidupkan ramadhan.

BooK said...

selamat pose binjai!
ada lelaki dalam cermin ingat kan kau?

Sikenit Comel-AminBakish said...

Selamat berpuasa, bertarawikh, bertadarus, bangun sahur, bersedekah dan suma2..

amanitium said...

kurangkan new york tokyo paris tu sempena bulan mulia ni. haha.

kingbinjai said...

bunga rampai : terima kasih, salam ramadan juga

jarri : samalah

book : dia siap bacakan sajak itu lagi

sikenit : selamat

amanitium : paku dulang paku serpih hahahha

jamri said...

Salam Ramadhan

Selamat semuanya, moga diri kita akan diberkati olehNya dibulan yang mulia ini...

Apa makanan feberet ko masa sahur king?

kingbinjai said...

jamri : selamat, napa? kau nak masakkan ke? ehehhe

akirasuri said...

puasa yang selamat incet binjai...selamat beramal juga..tu gambar-gamabr anak ya..comel!!

kingbinjai said...

akisuri :terima kasih. selamat berpuasa juga

neeziee said...

selamat berpuasa seluruh anggota. XD

kingbinjai said...

ya!