Tuesday, September 26, 2006

Terdengar Tali Putus

Terawih semalam. Berjaya juga aku menyelit nyelit di antara saf, supaya bahu aku bertemu dengan bahu makmum yang lain kiri dan kanan. Kiranya barisan saf yang aku masuki itu sedikit padat. Agak sukar juga mahu memenuhi saf saf ini, kerana kiranya kau cuba menyelit dan merapatkan diri, nanti sama ada yang disebelah kanan atau kiri kau itu cuba menjarakkan diri. Bila cuba rapati, akan cuba juga dia jarakkan.

Namun semalam dapat aku menyelit dan merasa bahu aku bertemu dengan bahu makmum yang di kiri dan kanan. Rakaat pertama.

Rakaat kedua. Masih terasa geselan bahu namun sedikit berkurangan. Dan makin lama makin tidak bersentuhan dan aku seperti terasa ada getaran bunyi anak anak tali terputus dari renggangan saf itu.

Tus, tus, tus...

14 Bangsawan Menatang Sembah:

INDERA KENCANA said...

King, Olahan ayatmu sangat menarik dan engkau semakin matang bermain dengan bahasa.

Selamat bertarawikh..

kingbinjai said...

well u donthave to say, i know. ha ha ha

p/s: kompem aku tak meniaga, sewa tapak naik, barang jual pun naik. so tarak untung

INDERA KENCANA said...

Tak jadi niaga?? Aku dah cadang-cadang nak melepak kat Gerai Ramadhan ko..

Semalam aku beli apa engko tau..?? Sotong mentah 5 ekor je. Ko tahu berapa aku kena..?? RM 5.50. Bukan besar pun. Geramnya aku.

kingbinjai said...

ala semalam aku beli ayam 2 ketul masak asam, kau tahu berapa? rm9.00! nasib baik ayam dia beso beso

ontahsapo said...

susah, memang susah....

arianna adrizal said...

haha.. senario tali putus. tunggu sket lg, senario padang jarak padang tekukur pula melanda ;)

hmm.. lepas ni jom kita menternak ayam, mencandat sotong!

Amanitium Cho said...

kalau tali terputus, kau pastikan tali kau tu yang terlekat dengan sauh utama. kalau nak senang paling dekat dengan imam a, takpun jadi imam terus. heh.

tumismenumis said...

... aku sememangnya kena bersetuju dengan ko.

kingbinjai said...

ontahsapo : ya

anne : uiks garangnya

amanitium : ha ha kau memang penuh dengan ide

mazudi : yo cikgu lama tak masuk sini

arianna adrizal said...

garang??! oh, bukan. sy pemandu berhemah. ;P

Lan Rambai said...

apa ni... nak solat solat jelah.. tak yah lah nak gesel2 bahu aku pulak, rimaslah!.. kata mamat disebelah ko!

fiq said...

kalo sebelah tu awek mesti suma nak rapat kan? alahai~~

kingbinjai said...

anne : ha ha

lan : akutampo ko kang tahu la rimas tak rimas kata aku dalam hati

fig : oit oit tu dengan aminah wadud boleh lah

hayad said...

agaknya mn2 tempat pn sm ek? mst takmo rapatkan saf. mesti org2 tua kan? kan? sbb kat tempat sy org tua yg tak rapatkan saf,,geram btul