Tuesday, September 19, 2006

Makan Biskut

Dulu dulu,

Masa di IKM, PJ. Tahun pertama. Duit takde. Nak tunggu elaun, berjanggut. Dalam 3 bulan tu kais pagi makan pagi.

Satu hari, Mat Nasir pergi ke Oldtown. Buat apa? Aku dah tak ingat. Tetapi yang aku ingat ialah saat dia kembali dari Oldtown. Mat Nasir membawa sebundut biskut.

"Nah!" katanya kepada kami yang dah memang macam serigala kelaparan.

Apalagi, dengan rakusnya kami membelasah biskut terbabit. Malah Pleot (nama glamer, ya! Ya! nama Binjai lahir dari sini) memakannya umpama memakan nasi, sekali genggam disumbatnya semua ke dalam mulut.

Sambil mengucapkan terima kasih, kami bertanya kepada Mat Nasir, yang sama merasai juadah tengahari itu,

"Hang beli kat mana ni Nasir?" kami, tidak serentak.

"Aku tak beli pun." Nasir, sambil mengunyah biskut.

"Dah tu, hang dapat kat mana biskut ni?" aku.

"Aku jumpa kat tokong!" Mat Nasir.

Aku dan lain lain terkedu. Lebih lebih lagi Pleot yang amat rakus itu. Kami semua memandang Mat Nasir mengharapkan ianya sekadar lawak. Namun hampa, Mat Nasir menegaskan yang memang dia jumpa biskut itu di tokong.

"Dah tu yang hang makan sekali ni pasal apa?" aku.

"Dah aku tengok semua makan sedap je aku join la, aku pun lapaq!" Mat Nasir.

Dan kami semua pakat ketawa. Biskut itu habis akhirnya. Tak baik membazirkan?

19 Bangsawan Menatang Sembah:

Amanitium Cho said...

ape M. Nasir tu buat dekat tokong? haha.

dewa kegembiraan dan kekayaan tak datang marah-marah dekat kau? haha.

kingbinjai said...

on the way ke oldtown tu ada sebuah tokong, kes rembat la nie

bluecherry @ fai said...

Nih antu kelaparan ke antu biskut.. he he

BooK said...

kau buat kan aku rasa lapar. cet!

INDERA KENCANA said...

Tu ade gaks Tokong. Kawan aku masa belajar kat Teknik Ipoh tahun 1990, ada satu mamat satu dorm ngan kawan aku bawak balik limau banyak. Kutu-kutu sukalah dapat limau. Faham-faham jelah dok kat asrama, buah yang paling ternama setakat pisang rastali je. Habis je kutu-kutu belasah limau tu, dorang tanya kat mamat yang bawak tu dari mana dapat limau. Mamat tu cakap dia amik dari jirat cina dekat ngan sekolah tu..

Lan Rambai said...

biskut lemak ke biskut merry? haha

kingbinjai said...

blue : hantu kebuluran

book : lapa makan.

indera : hahahha lagi sadis!

kingbinjai said...

lan : ala biskut kecil yang ada krim warna warni kat atas dia tu apatah nama dia

fiq said...

ini dinamakan rejeki, ye ke? hehehehhe

kingbinjai said...

agaknya hhehehe

zizie ali said...

biskut kecil-kecil ada krim keras warna warni atasnya? di kampung aku dipanggil 'biskut ssoneh'. ha ha ha . hingga hari ini aku tak tahu apa maksud ssoneh. mungkin pencipta biskut tu nama wak ssoneh atau albert ssoneh atau apa-apa ssonehlah.

kingbinjai said...

ssoneh ke songeh? hahahaha

blackpurple @ jowopinter said...

Apasal kau tak suruh Mat Nasir tu ambik sekali buah pisang, epal, limau kat tokong tu...? hehehe

kingbinjai said...

aku rasa bende tu takde kat situ masa tu, kalau ada dah tentu kene ambik punya, sekali ngan kuih apam!

ontahsapo said...

biskut tokong, wah sure ada mcm2 bentuk...

kingbinjai said...

ya! ya! mainan je takde

Anonymous said...

cam tu rupanya kalau org lelaki lapar....

Anonymous said...

apam kukus warna merah takde ke?

kingbinjai said...

sikenit : ha ha

neezie : takde! itu lepas kawin baru merasa :p