Monday, September 11, 2006

Mengigau

Hari ini, hari pertama aku di Sepang, setelah 3 minggu bertapa di Subang. Untuk makluman kau orang, aku ke Sepang menaiki kereta dan ditumpangi oleh Hafiz HR dan Kak Zedah selaku PA Datuk. Hafiz tinggal berdekatan dengan rumah aku, jadi macam biasalah aku jemput dia dahulu.

"Ok, kita shoot terus ke office, Kak Zedah MC." kata Hafiz setelah memberi salam dan sambil masuk ke dalam kereta.

"Okai." aku.

3 minggu tak jumpa, banyaklah yang diperkatakan. Sampai Sungai Besi, Hafiz dah lentok. Tidur. Aku? Aku terus memandu sambil memikirkan isen untuk hari ini. Masuk Uniten, Hafiz tiba tiba berkata, "Hang posting ke Salak Tinggi nanti bagitau la aku." Hafiz.

"Haaa?" aku, cuba memahamai apa yang ingin disampaikan beliau.

""Hang posting ke Salak Tinggi nanti bagitau la aku." Hafiz.

"Posting?" tanya aku lagi, tak paham.

"Ha'ah." Hafiz.

Senyap.
Aku terus memandu. Aku jeling dia. Masih Tidur. Aku tersenyum sumbing. Mengigau agaknya. Bisik hati aku. Sepanjang perjalanan itu, aku tersengih riang, aku dah dapat isen untuk hari ini.

13 Bangsawan Menatang Sembah:

fiqroorganisma said...

huehuehuehue.hahahahaha.adess..macam2 =p

kingbinjai said...

hehhehehe

INDERA KENCANA said...

Hehehe..okai sekali cerita engkau, King. Tergelak habis...

amanitium said...

dude, ape kau buat kat dalam uniten?

kingbinjai said...

indera : hahaha

amanitium : aku tak masuk, lalu kat luar tu je menuju ke jenderam hilir. dah check email?

arianna adrizal said...

wah..wah! untung ada org ngigau, bole buat isen!!! hehehe..

zizie ali said...

pesanan: jgn sakat budak-budak, nanti mengigau.

blue_cherry said...

best time nih minta no.. ha ha. Acah jer, selalu adek sya ngigau mcm tu.. selalu try korek nama awek dia.. he he.

kingbinjai said...

anne : eh, biasa! hahaha

zizie : tak, tak sakat pun dia ngigau sendiri hahaha

blue cherry : baik la kau mintak no pin atm dia

BooK said...

ceh
opportunis ya amat
mengambil kesempatan atas ketidaksedaran orang lain
ceh!

kingbinjai said...

hahahaha

book! puasa balik malaya tak?

Sikenit Comel-AminBakish said...

king: hati2 memandu, isen boleh fikir di rumah.:)

kingbinjai said...

orait