Wednesday, September 27, 2006

Setia

Aku merasa sedikit kecewa. Bilamana tahun ni, aku tidak dapat berniaga seperti selalunya. Kendatipun begitu, aku cepat cepat mengingatkan diri aku, bahawa perkara ini tentu ada hikmahnya. Ya, dengan tidak berniaga dapatlah aku melakukan Solat Terawih dengan lebih kerap. Pun begitu, aku dan Zul (nama sebenar) selaku manusia yang lemah serba sedikit terkena juga tempias air kekecewaan. Dengan harga sewa tapak yang telah naik, ditambah pula dengan harga tepung pelita juga naik dan kekurangan pelanggan menyebabkan kami memutuskan utnuk tidak berniaga lagi.

Aku tak salahkan sesiapa. Hatta bila aku menjadi pengguna, membeli lauk pauk, kuih muih dan air airan (betul ke ni?) di pasar juadah dengan harga yang sedikit berbeza dari sebelumnya, aku tidak cepat melatah. Mahal pun aku tahu, bukan salah mereka. Kiranya pada pandangan aku, peniaga dan pengguna berhubung rapat. Yang menjadi masalah ialah orang tengah, keadaan semasa dan kerajaan.

Cuba kau bayangkan, dengan harga tambahan 65 sen sekilo (sekilo tau bukan seekor!), tidak wajarkah para peniaga menaikkan harga jualan ayamnya? Kalau tak naik maka dia akan rugi. Siapa nak berniaga rugi? Aku tidak juga menafikan ada segilintir peniaga yang jenis tamak. harga mentah murah pun masih nak jual pada harga yang mahal. Pada hakikatnya, sistemlah yang menjadikan mereka ini tamak. Dan sistem lahir dari mana? Sudah tentu bukan dari kita, pengguna.

Dalam keadaan Malaysia (sia?) hari ini, dengan pelbagai jenis barangan yang naik, dapat kita saksikan keprihatinan kerajaan di takuk yang mana. Dan jangan berdalihlah, memang menyedihkan. Kita ini ibarat sampah di bumi sendiri. Berdiri tegak nanti, terbakar mentari, duduk pula, basahnya lautan dan baring nanti miang tikar mengkuang. Dan dalam konteks ini, aku rasa persoalan mengapa engkau sokong parti itu dan bukan parti ini adalah satu soalan yang datang dari pemikiran yang tidak cukup sifatnya. Aku tidak perlu tunjukkan kesetiaan aku kepada satu badan kerajaan yang menjahanamkan bangsa dan agama. Malah sekiranya ianya kerajaan yang baik sekali pun belum 100% aku perlu menunjukkan kesetiaan. Kerana apa?
Cuba kau baca rukun negara yang kedua. Apa dia?

"Kesetiaan kepada Raja dan Negara." betul? Betullah tu.

Jadi dalam rukun yang kedua ini adakah ada menyebut perlunya kesetiaan kepada kerajaan? Tidak ada. Hanya perlu setia kepada raja dan negara. Dan jangan cuba berhelah, negara di sini tidak merujuk kepada kerajaan. Sebaliknya merujuk kepada bumi yang dipijak langit yang dijunjung. Jika terjadi peperangan. Kau bersama turut serta memerangi musuh, demi negara Malaya atau kerajaan?

Dacing yang diagungkan itu tidaklah sehebat neraca Allah. Dacing itu sudah berkarat dan timbangannya sudah berlubang lubang. Buat apa memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada satu puak yang memerintah negara sendiri dengan membelakangi "Kedaulatan Undang Undang" dan "keluhuran Perlembagaan"?

Its them, who needs to be calibrate.
-
kingbinjai.


15 Bangsawan Menatang Sembah:

fiq said...

thailand dah klimaks, adakah kita perlu begitu baru boleh dapat merasa apa yang kita nak? fuhhhhhh...

kingbinjai said...

kau rasa?

Amanitium Cho said...

kau jangan tulis macam ni dalam nara yuda, kang tak pasal2 empat2 kena ISA, kau sorang je kena cukup dulu, nanti kitorang follow. haha.

INDERA KENCANA said...

Amanitium, hahahahaha....
Kenaikan harga barangan sememangnya berkait rapat dengan hukum asas ekonomi bilamana permintaan melebihi penawaran, akan terjadilah kenaikan harga. Namun hukum asas ekonomi ini boleh dikawal dengan kuasa kerajaan melalui subsidi dan faktor luaran ekonomi seperti penguatkuasaan (hehehe.. dah macam Prof. Ekon lak aku).

Betul, dd dan ss itu tidak dapat selamanya dibendung, kelak dia menjadi empangan yang sarat air. Tetapi jika kerajaan tidak merestui kenaikan harga seperti barangan runcit dan kawalan, tol dan juga minyak. Kenaikan mendadak tidak mungkin akan berlaku.

(Adakah penjelasan aku ini seperti penjelasan Ali Setan..??)

el-Maaniq said...

kalau tak ada sifat tamak, semua ini tak berlaku.

salahkan sistem atau salahkan pendokong sistem?

BooK said...

aku dengar. kat kamunting. takde kemudahan internet. cemane kau nak updet blog nanti?

kingbinjai said...

amanitium : ha ha

indera : pakar ekonomi rupanya

el : kau rasa?

book : mana tahu?kau pernah ke sana ke?

Rie said...

woop woop... kerassssss tu. hahahah teruskannnnn

kingbinjai said...

ha ha ha

Lan Rambai said...

Dacing tu elok lagi weii.... berkilat! sebab ramai yg tukang brassoo... masalahnya.. dacing tu sudah kena adjust lahh.. gua 50kg dia timbang 80 kg!

kingbinjai said...

ha ha adjust apanya, buang je

Anonymous said...

"kita perlu turun dari menara
melapaskan capal berjalan kaki
merasakan keresahan nafas bumi" pak samad

cayalah bro!

BooK said...

binjai:
aku tak kata aku tahu. aku kata aku dengar. thihi.

psstt.. aku rasa it's them, who need to be calibrated. kan? kan? ntah. grammar aku pun berterabur ke laut gak.

hakim dirani said...

Yang pelik nya dah teruk macam ini pon ada lagi orang yang undi. pelik, pelik

kingbinjai said...

gitartong : wa caya lu tu!

book : aku pun rasa calibrated juga pasal ada perkataan be tu. tapi bila menyebutnya tak sedap so aku buang d tu ha ha suka aku la! ha ha

hakim : pelik bin ajaib!