Friday, September 08, 2006

Melontar Bola

Bola Yang Ku Lontarkan

bola yang ku lontarkan itu
adalah kata kata peringatan
yang digumpal dari cebisan cebisan kain
ciciran amanah mereka

bola yang ku lontarkan itu
adalah susunan ayat ayat teguran
yang ku ikat kemas
hanya dengan 5 tali hijau

bola yang ku lontarkan itu
adalah pesan
adalah peringatan
adalah teguran

mengapa lohong tapak tanganmu?

12 Bangsawan Menatang Sembah:

Amanitium Cho said...

sepatutnya bola itu diterima dan digenggam dengan erat, jika sebetulnya tidak salah.

lima tali hijau tu solat ke?

kingbinjai said...

:) boleh jadi!

Rie said...

5 tali hijau rukun islam kot.

kalau tapak tangan lohong nak buat camne. yang penting ko dah campak bola tu.

lohong dihati lebih parah sebenarnya. agaknya.

Lan Rambai said...

tapi .. bola yang aku sepak tidak masuk ke gol.. hahaha..ehh. lari topik pulak!

INDERA KENCANA said...

Kita hanya boleh menegur. Samada mereka menerima atau tidak, tidak kuasa kita menetapkannya. Sekurang-kurang engkau sudah berusaha untuk melakukan perubahan. Tahniah.

P/s : berapa harga tepung pelita yang hang nak juai tu..?? 3 singgit ka..??

Dont worry king. Aku mesti datang punya la..

blackpurple @ jowopinter said...

Off topic;
Lama tak main bola baling....hehehe..

tumismenumis said...

Mungkin mereka takder cikgu yg mengajar bagaimana nak menyambut bola yg dilontar dengan cara yang terbaik.

fiq said...

mereka perlu letak gam ditangan agaknya =]

BooK said...

lagi off topic
last skali aku main baling selipar masa kat williamstown

ok la back to the topic
berpegang teguh la kita pada apa yang patut kita pegang ye binjai
kalau aku hanyut. sila tarik aku naik tebing.

Bunga Rampai said...

Terima kasih melontar bola ... (saya pun melihat tapak tangan selesai membaca)

Teruskan.
Salam.

Anonymous said...

manusia = lupa.

sebab itu perlu diingat.

kingbinjai said...

esis : ya! ko memang terer

lan : usaha tangga kejayaan

indera : 4 = rm2.00 kawan2 punya pasal 4 = rm40.00 ok?

bp : ya, aku pun :p

mazudi : kau ajarkan lah kau kan cikgu hahahha

fig : hahahaha

book : kalau kau hanyut kat sungai di australia tu camne aku nak tarik?

bunga rampai : terima kaish menyinggah selalu selalu la datang

sikenit : ya.