Saturday, September 16, 2006

Mesra Resah

mesranya resah
mengulit ulit di hujung jari
bagaikan anak kecil
cuba mengait manja

aku tidak betah
duduk berayun sendu
atau berdiri di tengah pentas
mendendang lagu sayu

tinggallah kau di situ
aku mahu berlari
melangkau gunung
memijak lautan
melompat ke bintang

jika kau mahu menurut
tidak kan ku halang
untung untung resah,
engkau kan matang
menjadi bahagia

5 Bangsawan Menatang Sembah:

Amanitium Cho said...

aku seorang yang perasan. haha.

BooK said...

gerak. jangan undur. jangan reverse.

pssttt.. hari tu enjin kereta mati. aku lupa aku bawa manual. bukan auto. nasib baik tak reverse langgar bmw kat belakang.

Lan Rambai said...

ini sajak pasal gear kereta ke? er.. aku tak paham sajak lahhh..

Anonymous said...

king, kenapa klik comment je, dia link ke exchange bravenet... mmg cam tu ke??

saya pun samalah, tak paham sajak nih.. buat bengkel ajar sikit ... :)

kingbinjai said...

amanitium : hoh?

book : hoh??

lan : aku pun jadi tak paham

sikenit : tak juga cuma dia ada hidden pop up