Mengkritik
Fenomena,
Ya! Ya! itulah ayat yang aku cari. Op, Elmaaniq, Esis, itulah ayat yang aku cari hari jumaat malam itu hari. Hahahahaha. Maaf, sedikit lari dari topik. Baik! Baik! Kita mulakan sekali lagi.
Kita, bloggers. Sekarang melalui satu lagi fasa. Atau, menyaksikan satu lagi fenomena yang melanda kita semua. Kita, bloggers, sedang dikritik. Awas! Ya! Ya! Kita bukan sahaja dipantau, tetapi juga sedang dikritik.
Persoalan yang aku ingin timbulkan, adakah perlu kita, bloggers, dikritik? Apa kesudahannya? Kita bukan bertanding? Kita bukan masuk mana mana acara? Jadi apa perlunya kritikan itu? Aku, kalau kritikan itu disasarkan pada isen isen yang dipaparkan itu maka wajarlah, tetapi jika kritikan mengenai keseluruhan blog, yakni merangkumi layout, isi, pautan dan sebagainya maka tak wajarlah. Kerana ini bukanlah pertandingan blog tercantik. Tetapi adalah tempat kita meluahkan kreativiti kita sendiri.
Jika semua blog yang ada ini dikritik, dan bloggers pula mengubah blog mereka mengikut kehendak kritikan terbabit, maka akan wujudlah blog blog yang berjenis standard. Dan secara tak langsung keunikan blog masing masing akan hilang.
Blog pada aku, adalah satu tempat untuk engkau bermaharajalela, membentangkan segala kreativiti kau baik dari segi pemikiran hinggalah kepada bakat yang kau miliki selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Apa sahaja yang kau paparkan di blog kau itu, melambangkan identiti masing masing. Tak kisahlah layout kau itu hambar, semak dan sebagainya, itu blog engkau. Kesemakan dan kehambaran itu adalah identiti dan keunikan diri engkau. Orang jarang melihat tentang layout atau cara susun atur blog, tetapi orang lebih memandang kepada isi blog engkau. Selagi isi itu menarik perhatian, blog yang tiada hiasan apa apa pun akan sentiasa dikunjungi.
Andai benar, kita, bloggers perlu dikritik, apa kriteria dan spesifikasi yang perlu ada untuk seorang pengkritik blog? Aku rasa yang paling utama, blog para pengkritik blog, perlu lebih sempurna dari semua segi dan tiada cacat cela. Kalau setakat blog sendiri pun kelam kabut, tidak kemas dan bercabang sana sini, dan isi blog pun mahu meniru gaya gaya orang lain, tak perlulah. Lebih baik mengkritik perkara perkara yang besar yang sedang dihidangkan di dunia nyata. Sekurang kurangnya, kita saling ingat mengingati.
Ah! Aku sudah menjadi pengkritik!
P/s : Mungkinkah nanti, akan ada genre pula untuk blog?

20 Bangsawan Menatang Sembah:
rasanya blog aku terkecuali
blog aku pujaan gadis2
hehehe
heh! hahahaha
betul dan tepat sekali king. tapi aku suka hias-hias blog aku. bagi kau tertawan sket, hah.
p/s: nama kau pilih, aku follow je. sori semalam, connection dekat cc tu sangat slow, aku tak dpt connect semula ke gtalk.
hias je, takpe walau macam mana bentuk blog kau itu, ia akan melambangkan keperibadian dan keunikan kau.
p/s : kau contributela sekali.
blog aku pun terkecuali
haha
binjai, belanje aku makan
lapar ni weih
kau tau ar student. duit tengah kering ni.
:D
bro.
ko la kritik pulak
book : oh! jemput la makan book, jemput, jangan malu malu
jarri : sudah!
tolong kritik blog aku plak, hahaha....
King... jangan marah2.. :)
wah! apa projek king ngan si amanitium tu.. ??
aku nak kritik gak,tapi takde idea nak kritik ape?adekah aku seorang kritik yang kurang handal?
Datang lagi ni...salam.
Berblog sekadar sembang-sembang masa senggang. Mengkritik tidak, sekadar berkongsi pendapat dan pandangan.
Ada kopi?
jamri : hahahaha. taknak la
sikenit : tak marah la, ada la projek barisan nasional hahaha
kurekure : bukan tak handal, tak tere. hahahha
bunga rampai : datangla selalu, kopi takde, air basuh tangan ada la nak?
Aku setuju dengan engkau, King. 100%. Memang tak syak lagi (iklan apa tu, ye??)
iklan? Ntah aku lupa dah
haha seperti yang diperbincangkan...
esis : email dah check?
setuju...
yep, tak payah la nak komen 'rope' orang lain ek? mereka pun manusia jugak.
genre untuk blog?
aiseyy..;p
vovin : kalau setuju nape tak angkat tangan?
ungku nor : ya.
Post a Comment