Mengkaji Kurang Ajar
Apakah maksud kurang ajar?
Kurang ajar ini adalah satu perlakuan yang dilakukan oleh si pelaku samada dari segi perbuatan atau percakapan yang boleh mengundangkan kemarahan orang lain. Disebabkan itu, perlakuan si pelaku samada akan dihamburkan kata kata kesat, dipukul, dihina, diherdik dan kalau bernasib baik akan diberi nasihat dalam bentuk kata kata sinis.
Ada juga situasi di mana si pelaku bukan berniat untuk menjadi kurang ajar, tetapi perlakuan dan percakapannya di anggap sebagai kurang ajar oleh sesetengah orang. Mengapa terjadi begini? Baik! Baik! Mari kita lihat kisah benar seorang mangsa yang dianggap kurang ajar walaupun dia tiada berniat begitu.
Mangsa bernama Kingbinjai, amat famous di alam maya (hahahaha). Ikuti kisahnya.
Semalam, aku ke logistik department, En Asin, selaku HOD mengarahkan aku untuk mengambil beberapa barang untuk dikeluarkan bagi tujuan pembaikan. Sampai di sana, seperti biasa, aku memberi salam dan beramah mesra dengan pekerja pekerja logistik. Adat lah, masuk tempat orang kena lah hormat. Selepas beramah mesra lebih kurang, aku minta izin utnuk mengambil beberapa barang bagi tujuan pembaikan dan mereka mengizinkannya. Lalu kau masuk ke satu lagi bilik yang dipenuhi dengan rak rak dan di atas rak tersusun barang barang untuk tujuan pembaikan. Ketika aku melangkah masuk, aku terserempak dengan EN. Zul selaku ketua di situ dan lantas aku memberi salam. Dan dia membalas salam aku. Aku meneruskan kerja kerja aku, memilih tiga barang dan bawa ke bilik hadapan untuk direkodkan pengeluarannya. Form di isi, sambil borak borak, gelak gelak, kutuk kutuk.
"Bang, kertas A4 ada tak?" tanya aku, memandangkan tempat aku dah kekurangan kertas A4nya.
"Itu kene mintak dengan En. Zul." jawab dia.
Tak apalah nanti nanti aku mintak lah kot, bisik hati aku. setelah selesai semua urusan aku berjumpa dengan En. Zul,
"Bang, kertas A4 ada tak?" tanya aku.
Dan pertanyaan itu di jawab oleh En. Zul dengan pandangan yang tajam. Aku jadi serba salah.
"Hang nak kertas A4 ada isu demand? Kalau takde kene isu dulu demand, pasal kertas A4 ini control item." Jelas dia.
Aku hanya mengangguk, dan belum sempat aku mengucapkan terima kasih, dia menyambungkan lagi. Bla bla bla bla, sampai ayat yang terakhir telinga aku jadi berdesing.
"Kalau nak mintak tu ada cara dia, kalau tanya macam pasar malam, saya jawab macam pasar malam la." kata dia lagi.
Aku malas nak bising bising, setahu aku, aku takde cakap tengking tengking, aku takde tinggi suara, aku dah bagi salam, bagi senyuman semua, tapi kalau itu masih kau anggap sebagai kurang ajar aku tak tahulah. Aku tak cakap banyak, aku hanya senyum dan ucapkan terima kasih, pastu aku keluar. Cuma satu aku nak pesan, kau anggap orang lain kurang ajar di mata kau takut kerana kau menganggap diri kau terlalu bagus.
21 Bangsawan Menatang Sembah:
Aku ingat malam semalamnya dia disenggol dek bininya sampai jatuh katil. Nak marah bini dia, takut malam-malam yang akan datang disenggol lagi.. Tak dapat marah kat bini dia, dia lepaskan kat engkau..boleh macam tu, King?? hehehe...
hahaha
ish. ko memang penyabar king.hahahah, kalau aku kat situ aku maki balik =]
org dah kawin memang penyabar. hahaha
org mcmtu pun adaa.. ish,ish..
sure hati kau rasa panas gila kan king. aku jadi kau pun aku panas.
tapi ikutkan hati, mati. jadi marilah kita semua bersabar...
mana ko melampiaskan ko punya marah? lalala
kau beli kertas a4 dua rim, kau hempuk kat kepala dia 3 kali, kau sebut nama aku 2 kali.. sure ok..
anne : yang lagi teruk pun ada!
amanitium : kau tak tahu telinga aku ni berdesing masa tu macam macam bunyi kuar.cing! kecing! krrrrcing!
esis : kau nak tahu? lalala
ontahsapo : hahahahaha boleh diguna pakai nie! hahahha
ko pas kuar tu ko ade pi makan eskrem tak bang?lain kali kalau pas kene marah cecepat makan eskrem sure ko akan rase lege,cam aku pas kene marah ngan sensei sure aku pi makan eskrem,hmm tu pasal aku chomel kot hehe
mentang mentang la dia berkuasa terhadap kertas A4. Tu baru sikit kuasa. Cuba kalau kuasa tu lebih lagi. Lagi kuwang ajau.
sekian.Terima kasih.
baru kertas A4
belum duit petronas satu bilion
baru kertas A4
kure kure : aku takleh makan eskrem. batuk.
mazudi,book : manusia.
dia ada masalah kot king. sabar je lah..
he he sabor2 ... bawak bertendang ...
sikenit & faizal : memang bersabo pun
nasib baik engko sabar, kalau tak meletup tempat tu. encik zul vs king binjai.
dan tentunya aku menang
konpom ke menang???he he....
nak cuba?
Tun Musa Hitam " Melayu kena kurang ajar sedikit...!"
Post a Comment