Friday, September 01, 2006

Q, Hidup Begitulah

Q, hidup begitulah
ada pasang surutnya
dari dendam ombak tsunami
reda hingga pepatung terbang riang

masih lagi kau melakar rindu?
sedih itu masih lagi liar
belari di dalam kongkongan hatimu?

kau harus tahu
benih benih bahagia sedang bercambah
sedang menanti senyumanmu
untuknya berbunga

atau,
kau mahu mengikut aku?
kita membonceng angin
bertanyakan perkhabaran dunia
daun daun yang berguguran itu
apa yang dirindunya?
kita sapa bintang bintang
kau tanyalah mereka
di dalam kesepian itu mengapa tetap bersinar?

Q, hidup begitulah
andai tertunai segala hajatmu
nescaya akan hilang kasih sayang
yang sedang bercambah di dalam hatimu

2 Bangsawan Menatang Sembah:

Amanitium Cho said...

aku tak pasti samada Q tu motor kau ataupun bekas awek ataupun sesiapa. tapi dia agak signifikan sehingga kau sanggup wat puisi untuk dia. huhu. untuk aku bila lagi?

kingbinjai said...

hahahha untuk kau? kau kene tukar jantina dulu aku rasa hahahahhaha