Sunday, September 17, 2006

Memulas Minah Memulas Mesin Masa

Assalammualaikum.

Jika pemerhatian kau tajam, kau akan perasan tajuk di atas semuanya bermula dengan huruf M. Baiklah! Baiklah! Mari kita teruskan.


"Disaat orang lain sedang menulis sejarah hidup yang dihiasi gambar gambar di blog, aku memilih untuk menjadi penulis lagu. Ya, memang ini ketagihanku, menulis dan berlagu."

Demikian adalah kata kata pujangga dari Gitartong di saat aku menerima kiriman dari beliau khamis 13.09.2006. Aku menerima kiriman tersebut pada lewat petang yakni setibanya aku dari pejabat. Lebih kurang seminggu jugalah aku menunggu kiriman terbabit yang berisikan hasil kerja beliau. Dan selama seminggu itulah telinga aku menjadi gatal. Orang tua tua kata kalau tangan merasakan gatal, maka engkau akan menerima duit sedikit hari lagi. Dan kata aku pula, sekiranya telinga kalian gatal, kalian bakal mendengar nyanyian dari beliau sedikit masa lagi. Itu pun, kalau kalian sudah menempah Balada Minah Memulas Mesin Masa.

Baiklah, setelah mendengar dan mengamati hasil kerja Gitartong. Aku merasa ada sesuatu di dalam jiwa aku dan banyak juga perkara yang bermain dan berbisik bisik di fikiran ku, lantas ini, aku tampil di hadapan untuk membuat sedikit ulasan tentang hasil kerja beliau. Dan aku perlu mengingatkan kalian, isen kali ini akan menjadi panjang kerana aku mahu mengulas sejujur hati aku. Dan aku mohon maaf sekiranya kata kata atau pandangan aku ini membuat kalian tidak selesa, marah, benci dan sebagainya terutama kepada empunya badan, Gitartong.

Untuk ulasan Balada Minah Memulas Mesin Masa ini. Aku telah bahagikan kepada beberapa bahagian :

1. Cover Album

2. Susunan Lagu dan Muzik

3. ALatan Muzik

4. Kualiti Audio

5. Ulasan Setiap Lagu

6. Kesimpulan

Cover Album
Secara jujur, aku tak suka cover album ini. Satu, kerana printingnya tidak kemas. Dua, kualiti kertas yang digunakan dan tiga, kertas lekat di atas CD itu tidak baik untuk kesihatan CD. Dari pengalaman aku yang lepas lepas, jika kau tampal kertas lekat di atas CD, maka CD terbabit tidak akan tahan lama. Akan terjadi nanti ia tidak boleh dimainkan lagi. Untuk kertas yang digunakan, beliau sepatutnya menggunakan kertas berjenis glossy. Ia ada dijual, kertas untuk cover CD, berjenis glossy, lembut tetapi bersaiz A3. Sekiranya beliau menggunakan kertas terbabit, album ini akan nampak lebih baik. Aku tidak tahu, pengatur cara apakah yang beliau gunakan untuk membuat cover album ini, dan aku tidak tahu bagaimanakah beliau melakukan printing untuk cover ini. Kerana tampak jelas ketidakelokan grafik pada cover terbabit. Ini aku rasa menjejaskan grafik yang telah dibuat itu. Namun demikian, aku bukan orang yang cerewet, aku segera memikirkan kemungkinan beliau belum mempunyai budget yang besar. Lagipun beliau telah berkata ini hanyalah demo album. Dan aku ucapkan syabas juga kepada beliau kerana bersusah payah menjayakan projek ini.

Susunan Lagu dan Muzik
Sebelum menerima album ini, yakni sepanjang masa tempahan, aku berangan angan bahawa album ini pasti baik secara keseluruhannya. Terutama pada lagu lagu yang bakal aku dengar. Tatkala aku pertama kali mendengarnya, ternyata, jangkaan aku tidak meleset. Setakat ini, sepanjang 3 hari ini, aku asyik dengan album ini, malah aku sudah boleh mengulang bait bait kata dalam lagu Bumi Sendiri dan Membenarkan Kebodohan. Aku juga agak surprise bila beliau mempelbagaikan konsep muzik untuk sajak sajak di dalam album ini. Aku tidak tahu apa yang beliau fikirkan, namun ide ini amat menarik perhatian aku. Perbezaan yang beliau bawa ini adalah satu usaha yang baik. Dan aku amat mengharap beliau mengekalkan konsep ini di dalam album yang seterusnya.

Alatan Muzik
Aku tidak pasti adakah beliau menggunakan sepenuhnya alat alat muzik atau mencampurkan alat muzik secara elektronik yakni menggunakan pengaturcara tertentu. Dalam hal ini aku amat pasti beliau menggunakan pengaturcara Cakewalk dalam sesetengah lagu. Dalam lagu Menambat Rakit dan Balada minah memulas mesin masa misalnya, dari amatan aku, adanya elemen elemen MIDI di sini. Lantaran bunyi alatan yang sedikit berbeza dengan yang asal. Usaha ini pada aku amat baik, namun begitu jika digunakan secara keterlaluan sedikit sebanyak mengurangkan nilai atau kualiti sesuatu lagu itu. Dan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengimbangkan hal ini.

Kualiti Audio
Dari amatan aku, kualiti audio agak baik dan aku tidak ada masalah tentang kualiti audio ini

Ulasan Setiap Lagu
1. Balada minah memulas mesin masa. Masa : 4.56
- Lagu ini agak kurang mendapat perhatian aku kerana, faktor alatan muzik yang diketengahkan. Kendatipun begitu, aku tarifkan lagu ini sebagai funky. Dan susunan muzik yang rancak berjaya menambahkan seri lagu ini. Mendengar lagu ini, minda aku menerjah bersama minah ke masa lampau.Untuk lagu ini aku bagi markah 7/10

2. Menambat rakit. Masa : 6:58
- Lagu ini juga, kurang mendapat perhatian aku, di atas faktor yang sama. Lagu ini agak slow ditambah dengan masa yang panjang. Namun begitu beliau berjaya menaikkan nilai lagu ini tanpa membiarkannya terus mendayu. Elemen elemen yang sedikit rancak berjaya mengurangkan kebosanan dalam menghayati lagu ini. Aku tetap dapat mengambarkan suasana di tepi sungai, terbayang sebuah rakit yang menanti.Aku bagi markah 7/10 untuk lagu ini.

3. Bumi sendiri. Masa : 5.13
- Aku amat menyukai lagu ini. Tersangat. Aku rasa lagu inilah yang patut diketengahkan. Dalam lagu ini, beliau menggunakan gitar sebagai muzik utama, ditambah dengan siulan harmonika berjaya menaikkan sajak A Samad Said ini. Sekiranya beliau meletakkan lagu Balada minah memulas mesin masa sebagai pertaruhan, aku syorkan supaya beliau menukarkkannya kepada lagu ini. Berkumandang lagu ini, maka minda aku turut sama mengikut sajak ini, terbayang susana perjuangan. Ah! payah untuk diceritakan. Kau orang dengarlah sendiri! 10/10 untuk lagu ini.

4. Membenarkan Kebodohan. Masa : 3:45
- Lagu ini adalah sajak dari AbdullahJones, seorang bloggers yang terkenal dengan kata kata sinis. Aku ucapkan Syabas kepada Gitartong kerana berjaya menaikkan seri sajak ini. 10/10

5. Tragedi satu pagi versi unplugged. Masa : 4:35
- Aku suka lagu ini di dalam versi unplugged ini. Aku tidak suka lagu ini di dalam versi yang lagi satu tu. Kesesuaian versi unplugged ini berjaya membuat aku merasai suasana pagi tatkala beliau sedang menunggu bas yang tidak kunjung tiba kerana beliau tersalah waktu. Pun begitu, lagu ini mungkin lebih menarik sekiranya dirancakkan. 9/10.

6. Faraqstika. Masa : 4.50
- Jika kau orang dengar lagu ini, pasti kau orang faham apa yang aku maksudkan dengan kelainan yang Gitartong cuba tampilkan. Dengan muzik yang rancak, bersama lirik yang keras, aku terbayang bayang senjata kerambit dalam genggaman, seorang sedang bersilat. Aku suka lagu ini juga. Rancak. Semangat membara. Ada suasana perang. 10/10

7. Di bawah langit ujung. Masa 6.17
- Menurut info dari album ini, lagu ini dirakamkan secara live. Aku tidak pasti apakah yang beliau maksudkan sebagai live. kerana tiada kedengaran suara riuh rendah para penonton atau tepukan gemuruh. Aku suka lagu ini juga. Irama plucking berjaya menambat jiwa ku. 10/10

8. Mahligai duka. Masa : 6.21
- Lagu ini juga dikatakan sebagai live, namun aku tidak mendengar suara riuh penonton atau tepukan para penonton. Aku masih keliru tentang alatan muzik yang digunakan untuk lagu ini. Mendengar lagu ini, berjaya meletakkan aku di dalam suasana Puteri Gunung Ledang. 10/10

9. Inu. Masa 4.03
- Pertama kali aku mendengar lagu ini, kalau tidak tahu yang lagu ini lagu puisi, pasti aku tarifkan lagu ini sebagai genre POP. Walaupun aku telah tahu semua lagu di dalam album ini adalah lagu lagu puisi, lagu ini tetap mempunyai nilai pop. Walau berapa kali mendengarnya. Dan ketara perbezaan bunyi alatan muzik di dalam lagu ini. 9/10

10. Tragedi satu pagi. Masa : 4:31
- Aku tidak suka lagu ini. Terlalu mendayu. Tidak bersesuaian dengan sajak penulis. Lagu ini sepatutnya dirancakkan kerana sajaknya berbentuk jenaka. Disebabkan itu, terasa lagu ini terlalu lama walaupun masanya hanyalah 4.31 saat. Aku tidak pasti mengapa beliau tidak merancakkan lagu ini. 5/10.

Kesimpulan.
Kesimpulannya, kau tak rugi memilik labum ini. Dari sudut pandangan aku, sesebuah album yang mempertaruhkan 10 buah lagu, dan 9 berjaya menambat hati pendengar, boleh ditarifkan sebagai album yang bagus dan berjaya. Aku sarankan pada kau orang yang meminati muzik dan puisi belilah album ini. Tidak rugi. Sangat Berbaloi. Album ini aku letakkan di atas rak yang berlabel "sesuai utnuk semua peringkat umur dan fikiran." Syabas kepada Gitartong. Teruskan Usaha anda. Aku akan sentiasa menyokong. Jangan hangat hangat tahi ayam je, kerana itu hanya membenarkan kebodohan.

Akhir kata dari aku, ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung. Ketahuilah aku hanya mahu bersikap jujur. Dan pada kau orang, belilah album ini. Beli bukan kerana kau orang kenal Gitartong atau kerana aku menyuruh, tetapi belilah kerana mahu memartabatkan sastera melayu yang semakin luput dari ingatan anak anak bangsa kita yang sedang terumbang ambing di bumi sendiri.

P/s : Aku akan tunggu album kedua.

Beli Album Balada Minah Memulas Mesin Masa

14 Bangsawan Menatang Sembah:

BooK said...

waaaa. aku nak beli cemane ek?

kingbinjai said...

lerrr kau ni, kan aku bagi link tu?

Anonymous said...

takde sample ke?hehe.

kingbinjai said...

kene tanya tuan dia ler hehehe

Anonymous said...

terima kasih kingbinjai. padat dan berisi. segala kekurangan terutamanya dalam kualiti kulit album akan diperbaiki jika saya mempunyai peruntukan kewangan yang lebih.

termasuk juga kualiti rakaman. kebanyakkan lagu mempunyai tempo drum yang agak dragging (komplen teman2 yang sudah membeli) ini berpunca dari ke'lagging'an komputer saya. saya patut tambah memori. baru 'pikap'!

lagu-lagu live: kena kuatkan audio utk mendengar tepukan orang ramai seusai lagu. haha! apalah kau ni tak peka. haha!

terima kasih sekali lagi atas komen ini.

kingbinjai said...

gitartong : untuk makluman kau aku dah pulas volume tinggi namun tak dengar bunyi tepukan! mungkin aku dah pekak agaknya.

untuk next projek kalau boleh burn file tu ke format dat bukan cda untuk mendapatkan kualiti yang baik.

Anonymous said...

walla. aku nak jemput gitartong buat persembahan di gath06 ni :)

INDERA KENCANA said...

Aku pulak terkedu banget dengan komen King.
King, komen engkau menghilangkan kekaguman aku pada Balada Minah Memulas Mesin Masa..
Kalau si Adlin Aman Ramly baca entri ko nih, menangis dia.. sebab baru dia tahu ada mamat lain lebih power, lebih laser, lebih bernas komennya.
Engko tak nak offer diri jadi juri professional Akademi Fantasia?
Aku tak leh bayang camner bebudak AF kena fire ngan ko.. ahaks..

kingbinjai said...

op : bagus sangat tu pak!

indera : kenapa pula? aku masih berbangga dengan balada minah memulas mesin masa. masuk hari ini sudah hari keempat aku melayan album itu.

Unknown said...

pedas dan bernas.. :)

kingbinjai said...

jgn komen je, beli ler

Bunga Rampai said...

Salam. Bawa sini air basuh tangan, kalau tak basuh tangan yang berselut ni nanti tangkap bola tak lekat pula ;)

Memulas juga kepala saya membaca :), namun komen ini menarik. Gitartong memang berbakat besar, dan KingBinjai apa kurangnya .. berjiwa besar.

ontahsapo said...

aku tunggu konsert di planet hollywood nanti.... jgn lupa jemput..

kingbinjai said...

bunga rampai : terima kasih

ontahsapo : lambat! tiket dah abis maaa hahaha