Monday, September 25, 2006

Pelik?

Sabtu.
Malam, selepas Isyak.
Terawih pertama.

Masih ada lagi di antara saf saf seorang dua, tiga, empat pakcik dan abang abang membawa anak anak yang belum baligh sembahyang bersama. Dalam satu saf makmum yang lain.

Aku pelik betullah, dia orang ni tidak tahu kah anak anak (tidak kira la umurnya berapa atau sudah bersunat ke belum) yang belum baligh, yakni yang belum lagi mimpi basah atau terhasil maninya, tidak boleh bersembahyang bersama saf dengan makmum yang lain. Dia kena di pisahkan masuk saf kanak kanak?

Susahkah? Tak pasal pasal je saf itu terputus tengah jalan, tak pasal pasal kau tanggung dosa memutuskan saf. Dan tak pasal pasal kau orang kena maki dengan aku dalam hati.

Susah betul nak jadi orang baik!

16 Bangsawan Menatang Sembah:

blackpurple @ jowopinter said...

Dan tak pasal-pasal hilang khusyuk solat kau kan..?

INDERA KENCANA said...

Weeii, weeii. Sorry lambat ucapkan Selamat Berpuasa kat engko, King. Selamat Berpuasa. (Aku nak tepung pelita, hehehehe)

Dalam kes ni King, aku cadang engko semayang kat saf paling depan. Sure dapat banyak pahala dan ko pun tak nampak tu semua.

Konpem ke ko tak niaga..??

kingbinjai said...

kemungkinan besar. malam ini baru tahu. tepung pelita naik harga siut!!!!

ontahsapo said...

satu lagi naik harga, otak otak... sebab dia pakai otak betul...

Amanitium Cho said...

ntah, aku pun jammed gak ngan pakcik-pakcik macam tu. pastu nanti start a anak2 kecil tu menarik perhatian aku. nnt aku tak khusyuk dah. huhu.

Lan Rambai said...

takpun ko semayang sekali ngan budak2 sekolah rendah kat saf belakang pulakk.. lagi meriahhh

BooK said...

nasihat dude!
beritau ajk semejid. mudah-mudahan ada tindakan.

fiq said...

yep yep. betol kate book, tmpt aku dah ok dah, kalau taun lepas tepaksa tahan sebab budak2 ni melompat2 kat sebelah aku. =]

kingbinjai said...

ontahsapo : mungkin dia pakai otak pakcik dan abang yang bawak budak ke masjid tu kot

amanitium : samalah

lan : kau pernah buat ke? ha ha ha

book : aku rasa dah banyak aduan dah tu. lagipun benda ni basic, aku yang muda ni pun tahu takkan kau yang dah tua tua tu tak tahu kan?

fig : kau takpela melompat, aku tahun lepas dia siap tawaf keliling aku plak tu! bapak dia buat dek je!

Anonymous said...

ish..ish! masjid mana tu? kelmarin sy komplen terus dengan tuan nazir(err.. abah sy jugak) ttg budak2 yg menjerit2 ketika jemaah lain sedang solat. alhamdulillah, smlm da ok! (ya, barangkali king akan kata, ah bapak kau senang lah!) tp hendak menegur, terutamanya org tua.. tidak semudah itu. tdk semua org boleh terima. sy sendiri nk komplen dgn abah sendiri pun siap karang ayat supaya dia tdk kecil hati & boleh memahami maksud sy.. haha!
kalau mcm2 awk da cuba lakukan namun tiada susulan, bersabar jelah king. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar, betul?!

o,ya selamat menunaikn ibadah puasa & terawih :D

Unknown said...

tujuan mereka nak mendidik anak2 itu dekat dgn masjid cuma mereka lupa mengajarkan adab di masjid.. memang gangguan bila dgr suara menjerit2 dan berlari...

kingbinjai said...

anne : ini anne arianna ke ann lain? konpius.

sikenit : betul. tak salah nak didik. tapi kene tau juga hukum hakam.

Anonymous said...

tau tapi degil
atau lupa :)

arianna adrizal said...

anne arianna. ;)

kingbinjai said...

op : apa nak buat

anne : ooooo

Anonymous said...

susah, tapi tak mustahil kan?