Wednesday, August 30, 2006

Menyambut Ulang Tahun

Sedar tidak sedar, pada 26 ogos yang lalu, telah genap rupanya setahun aku berblogging ini. Siapa sangka, dari hanya sekadar cuba cuba, kini menjadi satu ketagihan di dalam hidup aku. Dan aku juga tidak menyangka, dapat berkenalan dengan ramai blogger blogger yang terkenal.

Justeru itu, aku, di dalam isen kali ini dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua, para sahabat yang aku kenali sepanjang tempoh ini, kerana sudi meluangkan masa kau orang yang amat berharga itu membaca isen isen aku yang tak sebeberapa ini. Tanpa lawatan kau orang semua, tidak mungkin aku dapat mengumpulkan hits sebanyak 014022. Terima kasih kerana sudi menghantar komen komen. Semoga persahabatan kita ini berpanjangan, semoga kau orang semua panjang umur dan dimurahkan rejeki.

Blog kini, sudah menjadi medan peperangan kita semua. Mungkin ada yang menulis hanya suka suka mencatatkan kisah peribadi. Ada juga yang menjadikan blog ini lidah yang menegur para para hiporkrik di atas sana. Lantaran itu, aku ingin katakan, teruslah berjuang, merdeka kali ini kita perlu cipta sejarah, kalau bukan kita yang bebaskan diri kita, siapa lagi? Usahlah gentar, setiap peperangan itu memang dihiasi dengan penuh duri dan ranjau, teruslah berjuang, kau tidak bersendirian. Kita melangkah bersama sama mencari sinar kemerdekaan yang sebenanrnya, demi maruah gama dan demi masa hadapan anak anak kita semua. Ingatlah, berblogging itu satu tanggungjawab.

Banyak perkara ingin aku sampaikan, namun tidak muat rasanya untuk satu isen. Tak apalah, ada masa akan aku selitkan di isen isen yang lain. Oh ya, sempena ulangtahun pertama aku berblogging ini, aku berazam, aku akan cuba menulis dengan lebih baik, yakni, aku akan cuba tidak menggunakan bahasa pasar. Malah aku akan cuba menggunakan bahasa melayu yang betul. Kemduian, aku berazam akan cuba lebih lagi untuk menegur para para hiporkrik tua itu. Dan aku juga berazam untuk menambahkan hits aku ke 020000 sebelum hujung tahun ini. :) yang ini perlukan bantuan kau orang semua tentunya, boleh?

Akhir kata dari aku, kingbinjai, beranilah dalam menulis, dengan keberanian itu mana tahu, satu putik kebenaran akan berkembang. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada kalian semua, jasa kalian semua hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya.
----------------------------------------------------

Disebabkan aku sibuk, isen untuk 31 ogos aku sumbatkan juga di dalam ini :

Merdeka Kali Ini

merdeka kali ini
biarlah lumpur lumpur itu tetap basah
itu asal kita
penat dan lelah
kasih dan sayang

barlah anak anak muda bergelumang didalamnya
biarkan mereka menghirup bauannya
semoga mereka kenal dan tidak lupa
kesenangan dan kebahagian
perlu turun berjuang sehabis daya

merdeka kali ini biarlah yang bergema itu
suara sahutan para makmum
menggantikan loceng dan sorakan
tutuplah lorong lorong kegelapan
agar kesampingan kaki kaki melangakah
agar lalai dikecapi kesepian
semoga rindu kita lebih lagi
kepada Dia maha pencipta

bebaskan minda kalian
dari kongkongan karat besi
dari belenggu rantai demokrasi
islamkan sekularisme
samakkan seluruh negara

merdeka kali ini
cucilah sungai sungai menjadi jernih
itu hati kita
bersih dan tenang
menjadi cermin kepada alam

biarlah ikan ikan berenang renang di dalamnya
hidup harmoni dan selesa
penat lelah kita, sungai itu lah rehatnya
biar anak cucu semua hayati
apa yang moyangnya dulu rasa

merdeka kali ini
jemputlah patriotik kembali.

p/s : dey tambi! nyanyi lagu negaraku kalu tengok lirik tak payah nyanyi la. Itu jalan kasi repair dulu la dey! Itu macam nyanyi, anak saya umur 7 bulan pun boleh nyanyi, chit poodah!

16 Bangsawan Menatang Sembah:

Amanitium Cho said...

baru setahun? aku lg senior dari ko beberapa bulan. haha. lewat gila ko update. tak tido lagi? esok tak keje? ko tak bukak ke gtalk ko?

p/s: aku da topup. haha.

Aku Bukan Bidadari said...

Terima kasih pada tuhan..
Terima kasih pada pejuang kemerdekaan dulu..
tanpa DIA dan mereka kita tak mampu tersenyum hari ini..
tanpa DIA mereka kita tak pasti
mana malaysia..
tanpa DIA dan mereka tak mungkin ada nama Malaysia
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

INDERA KENCANA said...

Ko sekarang dah banyak peminat...
Apa kata kita celebrate..?? Ko belanja aku Purnama Merindu Nasi Kabuli dan aku pulak jamu engkau dengan Tart Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Deboomm aku tu... Nak..?? Nak..??

Anonymous said...

tahniah kerana berazam nak gunakan bahasa Melayu dengan betul.
BTW, rujuklah Kamus Dewan atau Kamus Besar Utusan.

**para-para 1. sj rak drpd kayu dll utk menyimpan perkakas dapur, pagu; 2. rak tempat meletakkan barang-barang di rumah (kereta api dll); 3. sj rak drpd kayu (buluh) utk menjemur tepung (ikan dll).

Anonymous said...

dah setahun dah yer.aku pun tak pasti bila aku mula blogging.asyik pindah2 blog jer.hehe.kalau tak silap aku penghujung 2004 kot aku mula.

fiq said...

salam merdeka king =] dan juga ulangtahun. hohohoh

Anonymous said...

mcm dengar ucapan merdeka oleh PM pulak. hehehe

kalau aku dpt hits 20000
hang nak kasi apa?

tumismenumis said...

Kita sedang berperang ker ni?

Terasa seolah olah aku ni satu entiti yang membawa satu perjuangan yang maha penting pulak bila baca entry kali ni.

Tahniah.

blackpurple @ jowopinter said...

Kira kau ni lebih senior dari aku la ekk dalam arena per'blogging'an ini.....tabik la kat kau...hehehe

Jiwa yg merdeka dan patriotik tu tak perlu tunggu 31 ogos ...

Anonymous said...

King Selamat Merdeka. Berhati-hati di jalan raya.

kingbinjai said...

amanitium : curi curi masa tu, oo dah topup good good

Aku Bukan Bidadari : ya syukur

Indera Kencana : taknak, aku tak suka kuih yang melalaikan muhehehehe

embun : ya terima kasih. saya sudah ada kamus dewan, sedang membacanya.

neeziee : oh, kau sudah senior kalau begitu

fiqroorganisma : terima kasih, hohoho krismas lambat lagi maaa


ron97 : aku beri ucapan tahniah dah lah.


Mazudi : ya, kita sedang berperang. anyway terima kasih.


blackpurple : oh yeke? aku ingat kau yang lagi senior hahahahaa. betul betul tak perlu tunggu 31 ogos.

Sikenit Comel-AminBakish : terima kasih. ya! saya sentiasa ingat pada yang tersayang

BooK said...

selamat sudenthiram binjai oi.
jom. terus kan menulis.
:D
dah lama rupa nya kau menulis. tapi aku baru jumpa kau [ke kau yang jumpa aku?]
haha.

Anonymous said...

selamat menyambut hari kemerdekaan, semoga berkekalan di dalam keadaan yang aman dan sentosa.

ontahsapo said...

selamat hari merdeka...!!

Lan Rambai said...

Salam merdeka buat ko Raja Binjai hahaha....

mari kasi dengar u punya anak umur 7 bulan nyanyi negaraku! saya bukan tengok lirik lah.. saya tgk note lahh... hahaha

kingbinjai said...

book : sudenthiram tu apa?

apandi : amin

ontahsapo : selamat

lan : hahahaha bukan pakai buku teks ke? hahaha