Menyambut Ulang Tahun
Justeru itu, aku, di dalam isen kali ini dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua, para sahabat yang aku kenali sepanjang tempoh ini, kerana sudi meluangkan masa kau orang yang amat berharga itu membaca isen isen aku yang tak sebeberapa ini. Tanpa lawatan kau orang semua, tidak mungkin aku dapat mengumpulkan hits sebanyak 014022. Terima kasih kerana sudi menghantar komen komen. Semoga persahabatan kita ini berpanjangan, semoga kau orang semua panjang umur dan dimurahkan rejeki.
Blog kini, sudah menjadi medan peperangan kita semua. Mungkin ada yang menulis hanya suka suka mencatatkan kisah peribadi. Ada juga yang menjadikan blog ini lidah yang menegur para para hiporkrik di atas sana. Lantaran itu, aku ingin katakan, teruslah berjuang, merdeka kali ini kita perlu cipta sejarah, kalau bukan kita yang bebaskan diri kita, siapa lagi? Usahlah gentar, setiap peperangan itu memang dihiasi dengan penuh duri dan ranjau, teruslah berjuang, kau tidak bersendirian. Kita melangkah bersama sama mencari sinar kemerdekaan yang sebenanrnya, demi maruah gama dan demi masa hadapan anak anak kita semua. Ingatlah, berblogging itu satu tanggungjawab.
Banyak perkara ingin aku sampaikan, namun tidak muat rasanya untuk satu isen. Tak apalah, ada masa akan aku selitkan di isen isen yang lain. Oh ya, sempena ulangtahun pertama aku berblogging ini, aku berazam, aku akan cuba menulis dengan lebih baik, yakni, aku akan cuba tidak menggunakan bahasa pasar. Malah aku akan cuba menggunakan bahasa melayu yang betul. Kemduian, aku berazam akan cuba lebih lagi untuk menegur para para hiporkrik tua itu. Dan aku juga berazam untuk menambahkan hits aku ke 020000 sebelum hujung tahun ini. :) yang ini perlukan bantuan kau orang semua tentunya, boleh?
Akhir kata dari aku, kingbinjai, beranilah dalam menulis, dengan keberanian itu mana tahu, satu putik kebenaran akan berkembang. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada kalian semua, jasa kalian semua hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya.
Disebabkan aku sibuk, isen untuk 31 ogos aku sumbatkan juga di dalam ini :
Merdeka Kali Ini
merdeka kali ini
barlah anak anak muda bergelumang didalamnya
merdeka kali ini biarlah yang bergema itu
bebaskan minda kalian
merdeka kali ini
biarlah ikan ikan berenang renang di dalamnya
merdeka kali ini
p/s : dey tambi! nyanyi lagu negaraku kalu tengok lirik tak payah nyanyi la. Itu jalan kasi repair dulu la dey! Itu macam nyanyi, anak saya umur 7 bulan pun boleh nyanyi, chit poodah!