Saturday, August 12, 2006

Entry Dari Blogdrive 6

Drama Di Jalanraya

Berapa jam ko spend hari hari ko di jalanraya? Aku, satu hari 3 jam aku spend di jalanraya. 3 jam driving. Pergi dan balik keje.
Di jalanraya, ko boleh jumpa macam macam kenderaan. Ada pendek, ada panjang, besar kecik, bulat, 4 segi, lonjong dan macam macam lagi. Macam mana kenderaan tu macam tu jugalah orang yang memandunya. Ada berhemah, ada tak makan saman, ada kurang ajar, ada yang protokol, ada yang tak reti bahasa, ada kaki projek, kaki skodeng, kaki race dan kaki hon macam aku ni.
Korang perasan tak, yang jenis tak makan saman punya driver ni selalunya yang berkereta mewah. Mentang mentang kereta dorang best, potong tu main suka je. Ingat dia sorang je bayar roadtax? Dia ingat dia pakai BMW dia bess ke? aku pakai honda tak bising pun.
Dan selalunya bila bergaduh kat jalanraya ni, takyah guna suara, yang penting hon ko bagus dan kuat pastu, main tunjuk tunjuk jari dan pamerkan memek muka yang sesuai. Kalo korang dalam pembelajaran menangkap maksud seseorang melalui air muka dia, maka di jalanrayalah medium yang sesuai sekali.
Dan dalam banyak banyak situasi yang ada di jalanraya, aku suka bila berselisih dengan kereta honda. Tak kiralah, civic ke, accord ke, crv ke, kerana kereta honda ini kebanyakannya pompuan yang drive. Dan bila berselisih aku pasti usha, dan kebanyakannya melayu kita dan memang cun. Sedikit sebanyak membuatkan aku yang memakai honda merasa bangga walaupun aku hanya pakai honda ex5.

Empat Belas

Batuk!
Seminggu ni batuk je keje aku. Lebih parah lagi bila waktu malam. Pada waktu pagi dengan kesejukan yang melanda aku ketika memandu ex5 menerjah pagi subuh sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada dada aku yang dipenuhi dengan asap nikortin.
Namun begitu, ketiadaan dunhill 10 dipasaran tidak membantu aku untuk mengurang kadar pengambilan benda alah ini. ia memaksa aku beralih ke pack 14.
"Bi, kenapa beli pack besar?" Queen. Risau.
"Dah yang 10 tak jual. Itu 14 je bukan 20" pujuk aku.
Queen diam. Biasalah sapa tak risau. Kalo ko jadi isteri aku pun ko pasti risau. melainkan kalo ko takde hati perut. hehehehe.
Tetapi QueenBinjai tak tahu yang aku tinggalkan rokok 14 aku tu dalam laci di opis. so balik rumah aku tak hisap rokok. Sampai opis aku hisap. Itu pun lepas nreakfast, lepas lunch dan sebelum balik. Sekurang kurangnya 14 itu boleh bertahan selama 3 ke 4 hari.
Namun begitu aktivitu pengurangan tersebut belum membantu menyelesaikan masalah sesak didada ku diwaktu pagi dingin diatas motor yang aku pandu selaju 100kmj. Ah mungkin aku perlu bawa tto bersama.

Bahasa Jiwa Bangsa

Mej (B) Yanni masuk dept aku. Borak borak. Tanya progress. Pasal aku, pasal Butterworth. Pasal Test Equipment.
Aku jelaskan sebaik mungkin segala apa yang dia nak tahu. Dia minta list test equipment. Yang aku bagi dulu dia dah hilangkan. Aku sebagai pekerja berhemah hanya menurut saja kemahuannya.
"Hafiz, jom teman aku jumpa Mejar Yanni jap." aku.
"Buat apa?" Hafiz
"Bagi list ni ha. Jom la, boleh tengok awek Gen2*" aku.
"Jom!!" Hafiz. Bersemangat.
Sambil berjalan ke opis Mej Yanni Hafiz bertanya " Mej Yanni ada kat opis dia ke?"
"Ntah, ada kot" aku.
"Laa ko tak tipon dulu ke? pegi ni buat dia takde penat je" Hafiz.
"Aku dah try call extension dia tadi, tak dapat. No extension dia aku takde!" aku.
Hafiz memberhentikan langkahnya setelah mendengar jawapan aku.
"Awat?" aku.
"BM ko teruk la!!" Hafiz. Sambil ketawa.
"Ha ha ha ha." aku.
* kat opis aku ada satu awek. Cun. Bawak Gen2. Kita orang gelarkan dia awek Gen2 hehehehehe.

Iklan

Apakah tujuan iklan? Jika engkau seorang pengusaha yang mengeluarkan sesuatu barang samada biskut, aircond, paip air, rokok, handphone atau buku jiwa kacau 2, maka promosi adalah satu medium yang penting untuk melariskan barangan tersebut selain dari mencari tangkal pelaris.
Oleh itu iklan yang disiarkan dikaca tv di rumah rumah kita, adalah bertujuan untuk mempromosikan barangan barangan tersebut. Sapa yang tak tengok tv? Di dalam dunia sekarang semua orang tengok tv, walaupun kau lupa bayar bil letrik (mungkin disebabkan tarif dah naik 12% hingga menyebabkan kau sesak bulan ni) kau tetap juga tengok tv tu walaupun hanya dengan ekor mata. Cumanya, kau tak dapat tengok iklan iklan yang canggih manggih hari ini.
Dari sudut perniagaan ianya satu perkara yang baik. Kerana untuk tempoh 30 saat iklan mendedahkan kepada pengguna (kita) tentang nama barang, kebaikan dia, kecanggihan dan juga keunikan ia.
Tetapi sedarkah kita, dalam tempoh 30 saat itu juga iklan mengajak pengguna (kita) melakukan perkara perkara yang tidak elok. Lebih lebih lagi untuk iklan syampoo, kosmetik dan pencuci muka. ia mendedahkan kepada pengguna (kita) atau lebih tepat cuba menanam perasaan rendah diri kepada pengguna (kita) :
"kalau tak cantik takde orang nak".
Dan rata rata iklan tersebut walaupun berbeza cara penyampaiannya namun hujungnya tetap sama iaitu menggalakkan pengguna (kita) menghampiri zina. Dan menyebabkan kita (yang lelaki) terlopong melihat kecantikan model model yang bergaya seksi selepas berjaya diputihkan.
3 bintang aku berikan kepada iklan berjenama Fair & Lovely, yang sekarang mempersembahkan secara baik, tentang kasih sayang antara suami dan isteri. Namun nanti dulu, iklan tersebut juga menerangkan kepada pengguna (kita) :
"kalau tak cantik, bila bergaduh pasti bercerai. Kalau guna produk tersebut, kemungkinan besar tidak".
Kerana selepas bergaduh si suami dalam masa 5 saat akan kembali sambil menggayakan tangan seperti di dalam iklan tersebut. Oleh itu sesiapa yang nak pergi majlis perkahwinan bawalah hadiah product Fair & Lovely. Mana tahu, kau berjaya menyelamatkan sebuah masjid dari runtuh.
Walau demikian, disebalik segala kritikan aku, aku memuji juga tindakan mereka yang memperbanyakkan iklan perempuan memakai tudung. Secara halus disini, mengajak pengguna (yang perempuan) memakai tudung. Akan tetapi jangan pulak kau ingat syampoo sunsilk je sesuai untuk kau yang bertudung, dan juga jangan ingat syampoo tersebut boleh menyelamatkan kau yang bertudung dari datang lewat ke rumah mentua, dan juga jangan ingat kau yang bertudung pakai sunsilk akan menyebabkan suami kau akan bawa kau melihat kehebatan TNB menyinari bandar KL di atas bukit!

Juring

Aku menyusuri jalanraya bersama sama dengan Queen, Adib, Bonda dan Opahanda. Kereta yang aku pandu menyusur secara sederhana dengan kelajuan 60Km/j, dari jauh mata aku terpandang, Rusa. Ya, Van Rusa. Mata aku tidak berganjak dari memandang cermin belakang Rusa tersebut, kerana disitu ada satu perkataan yang kurang jelas di penglihatan aku. Aku cuma nampak huruf "J" di permulaan dan "NG" di akhir ayat.
"Juring?" bisik hati aku.
Kaki aku menerima arahan dari otakku untuk mempercepatkan kenderaan supaya mata aku dapat melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya yang tertera di cermin belakang rusa tersebut. Pedal minyak di tekan, membawa kenderaan ku laju sedikit ke hadapan. Dan dalam jarak sebuah kereta baru jelas apa sebenarnya yang tertera;

"JKING"

dan aku tersengih sendiri.

0 Bangsawan Menatang Sembah: