Entry Dari Blogdrive pt 8
Ceritera
Semalam julung julung kalinya aku mengadap Akedemi Fantasia. Ya! Aku pun tak percaya. Dan aku pun tak ingat bagaimana aku boleh secara tanpa aku sedari mengadap rancangan itu.
Setelah 2 3 peserta membuat persembahan baru aku sedar yang aku sedang menonton rancangan itu. Mungkin faktor Cik Mat Poi menjadi juri berjaya menambat hati aku yang sememangnya anti pada rancangan yang tak berinformasi itu.
Aku taknak mengulas tentang peserta peserta yang membuat persembahan itu. Juga tak mahu mengulas tenatng mulut laser Adlin yang memberi kritikan secara terlampau aku kira. Tetapi aku nak beritahu kalian, AF berjaya mengingat aku pada kisah aku di zaman kanak kanak tatkala aku melihat peserta peserta terbabit mempersembahkan lagu tema mereka "Menuju Puncak". Tarian yang mereka persembahkan berjaya membuat aku tersengih. Setiap gerak geri tangan, kaki, gaya dan loncatan mereka membuat aku terhibur kerana sepanjang persembahan tersebut mereka berjaya membuat aku teringat pada GABAN! Dan bila tarian GABAN ditarikan sewaktu mahu menukarkan bajunya, muncul kelibat KESATRIA BAJA HITAM pula dan kemudian ntah hapa hapa lagi superhero jepun yang muncul sampai aku rasa macam nak ketawa. Hahahahaha.
Pastu diberitahu pula, tentang kematian Ayahanda Mawi. Seisi rumah terkejut dengan berita tersebut. Takziah aku ucapkan pada Mawi sekeluarga. Semoga Arwah ayahanda anda ditempatkan dengan orang orang yang soleh.
Banyak juga yang aku nak katakan tentang Mawi, namun biarlah, dia bukan baca blog aku pun. Takut ada pulak peminat fanatik dia buat kecoh kat sini, apa pun Mawi, renungkanlah dugaan yang kau dapat ini dengan sebaik baiknya. Dan sebagai saudara seagama aku nasihatkan, ingat! ah korang tau lah ayat yang seterusnya kan? Hahahaha
Apa Ada Dengan Hon
Secara sedar atau tidak, kita menghabiskan masa kita sekurang kurangnya 3 jam (atau lebih) di jalanraya. Pergi kerja, balik kerja, pegi lunch, shopping, sembahyang jumaat, tengok wayang, dating, pergi makan, balik kampung dan sebagainya. Tahu tak, semasa di jalanraya, hon adalah satu medium yang amat penting kepada pengguna jalanraya dalam berinteraksi sesama pemandu. Hanya dengan satu bunyi hon, mengandungi pelbagai maksud yang tersembunyi. Contohnya :
Kau sedang memandu kereta, tiba tiba datang satu lagi kereta memintas depan kau secara tiba tiba. Dan kau tekejut beruk lalu menekan brek dan seraya membunyikan hon, TIN!
Disini boleh ditafsirkan hon ko bermaksud : "Oi! Gila ke?!"
Dan pemandu kurang ajar tadi memandang kau dan dia pun menekan honnya, TINN! - "Apahal?!"
Sketsa ini memberi contoh yang tipikal tentang kejadian kejadian yang boleh dan sentiasa terjadi kepada pengguna jalanraya. Namun ada juga yang tidak suka membunyikan hon. Pada aku, tidak menggunakan hon pada waktu dan tempat yang betul adalah satu pembaziran teknologi. Kerana susah payah orang yang menciptakan hon itu, tetapi kita tidak menggunakannya. Hon itu penting kerana selain digunakan untuk saling bertingkah sehingga membawa kepada pergaduhan jari dan tangan, ia juga digunakan untuk memberitahu yang kau nak lalu dan memberi amaran kepada pengguna lain supaya memberikan laluan kepada kau. Sebagai contoh:
Seorang penunggang motosikal ketika melaui simpang empat. Dia mahu terus tetapi ada kereta disebelah kiri yang memecut tanpa tanda mahu berhenti lalu dia bunyikan hon, TINNNNN! Yang membawa maksud : "Berhentilah! Aku nak lalu la mangkuk!"
Selain itu hon juga digunakan untuk bertanya khabar. Sebagai contoh. Kau bawak kereta, dan tiba tiba kau perasan kereta di depan kau tu milik sahabat kau. Lalu kau potong dan berselisih dengan kereta tadi, sambil memandang ke arah kiri dan kau tekan hon : TIN - "Oi oi brader!"
Dan kereta terbabit menoleh dan perasan sebuah kereta disebelah kanannya, dan bila diamat amati rupanya kau - sahabat dia. Sambil tersengih dia pun membunyikan hon - TIN, TIN - "Oi oi nak pergi mana tu? hehehehe"
Nah! Nampak tak kepentingan hon? Jadi mulai hari ini, jangan lah kau merasa segan atau takut untuk membunyikan hon, kerana ianya adalah hak kita pengguna jalanraya untuk memaki hamun pemandu yang tak berhemah, memberi amaran untuk mengelakkan kemalangan dan juga untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Oleh itu jika kau menyusur lebuhraya Sungai Besi dan ternampak motor Ex5 berwarna biru, berrim emas, nombor plat WEP 7735, bunyikan lah hon anda kerana itu adalah aku.
TIN! - "Oi kingbinjai!" kau.
Kingbinjai menoleh, TINNN! - "Apahal brader hon hon gua?" aku.
Hahahahahha sory lah aku mana kenal muka korang (bloggers) hahahaha.
Setelah
Setelah 30 tahun nanti,
Adakah aku dan kau akan terus blogging? Ketika itu, apakah agaknya entry yang akan di paparkan? Adakah masih sama? Masihkah bercerita tentang politik, cinta, kehidupan, sajak, world cup, cuti semester, jumpa awek dalam bas, tentang daun pudina dan sebagainya?Ataupun nanti akan berkisar tentang hal hal yang lain? Adakah Fotopages dan Flickr akan dipenuhi dengan gambar cucu cucu kita?
Setelah 30 tahun nanti,
Adakah kau akan terus blogging?
"Tuk, tuk, jom la main bola nie." ajak cucu.
"Isk nanti la Atuk sibuk ni!" kita (kot?)
"Alaaa Atuk buat apa tu?"
"Atuk tengah masuk blog nie nanti la"
Hai.....
Hai,
Dah hampir sebulan lebih, batuk tidak juga hilang hilang. Baju sudah 3 lapis dipakai setiap pagi ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Rokok juga semakin berjaya dikurangkan, namun batuk tidak juga hilang. Woods, saling berganti, namun batuk masih degil. Masih mahu mengusik kerongkong, masih mahu juga bersuara.
Tak boleh kurangkan rokok agaknya? Ha ha ha.
Nampaknya, saranan aku pada diri aku sendiri untuk membalut diriku dengan toto ketika memandu moto di pagi buta, amatlah tidak baik untuk nyawa jika dipraktikkan. Lantaran itu, aku hanya mampu memakai baju sebanyak 3 lapis, aku rasa aku kene tambah lagi 2 lapis.
Dah hampir sebulan lebih, masih batuk batuk lagi. Kene korbankan perbelanjaan agaknya? Kene bertukar dari Ex5 ke Wira agaknya? Hai...
Kene car pool ngan bebudak opis ni agaknya? Hai....
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment