Saturday, August 05, 2006

Alas!

Akhirnya, dapat juga aku jumpa dengan bloggers bloggers terhebat di Laman Seni petang tadi (5.8.06). Sesampai aku di sana, aku jumpa Mat Jan, Vovin, Sinaga Naga, Op dan Jigo. Tak ramai bloggers yang datang. Aku sedikit keciwa. Aku mengharapkan ramai yang datang pagi tadi. Mungkin masing masing ada hal agaknya. Pengunjung juga tidak beberapa ramai, tak tahu la pasal apa.

Ah! Malam sebelum tu, Queen mengamuk kat aku. Gara gara sms yang aku hantar ke LanRambai :

"Jumpa kau kat laman seni 11.30" LanRambai
"Rogor!! Nanti pakai seksi2 jangan pakai gincu. I like it natural" aku.

Gara gara sms lawak bodo ini, sebakul penjelasan aku terpaksa hadiahkan. Biasalah, kalau kau kawin dengan aku yang hensem ini mesti kau jeles juga. Ha ha ha ha.

Ok berbalik pada Laman Seni, selepas ketibaan aku, yang disambut dengan asap Sinaga naga, esis memunculkan diri dia, whussh! Selepas itu LanRambai muncul dengan tidak membawa sebarang buah rambai. Aku menunggu lagi. Kami borak borak sambil menukar nukar asap. Aku tanya kat Op tentang OntahSapo. Tak lama lepas tu macam magic Blaine, OntahSapo memunculkan diri, panjang umur mamat nie.

"Kingbinjai" LanRambai memperkenalkan dirinya sambil bersalam dengan OntahSapo
"LanRambai" aku pula memperkenalkan diri sambil bersalam dengan dia.

Aku dan LanRambai ketawa. Seketika kemudian OntahSapo mengundur diri. Aku tak pasti jika dia percaya atau dia tahu itu semua gurauan.

Encik Basri muncul setelah banyak minit berlalu sambil membawa banner. Aku berjaya menarik sepasang customer. Muhehehehe. Dorang kene belanja aku minum nie! Anyway, aku harap masa perasmian Jiwa Kacau 2 : Masuk Barisan nanti, ramai bloggers akan turun.

p/s : aku terlupa nak beli sticker kereta gengJurnal! Cheit!

22 Bangsawan Menatang Sembah:

Lan Rambai said...

tak sangka betul aku si ontahsapo tu pemalu rupanya hehehehe

kingbinjai said...

hahahaha ye ke? aku tak perasan plak jom kita kutuk dia hahaahahhaha

ontahsapo said...

korang berdua memang jahanam!!, kenakan aku, memang aku tak sedar lansung aku dikenakan, maklumlah aku nervous bila berdepan semua penulis besar, tapi sebelum pergi tadi aku sempat tgk gambar lan di blog dia, dan aku tahu dia tak akan lebih cerah dari rambai, tapi tadi aku konpius, aku cuba kawal perasan malu, tapi memang itu kelemahan aku, maafkan aku, jgn korang ingat aku sombong.. aku penulis kecil jer..

cilaka korang...!! apsal tak mintak sticker dr aku tadi? aku malu nak offer..!!

kingbinjai said...

ontahsapo : saya selaku bloggers ayng baru meminta maaf sekiranya gurauan yang secara spontan itu menyinggung anda. ketahuilah, ianya berlaku secara spontan dan tidak dirancang. Malah saya sebenarnya gembira dapat bertemu anda dan mereka yang lain. setiap bloggers yang saya kenal saya tanyakan pada op, nada dan maj jan adakah mereka sudag datang atau belum. Dan ya! lan memang tidak secerah rambai, aku amat keciwa sekali.

saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai penulis besar. saya sebaliknya menganggap anda dan yang lain sebagai penulis yang besar dan berkaliber. sebab itu saya teruja bila dapat berjumpa dengan anda.

jangan jadi kan malu itu sebagai penghalang, ianya bukan penghalang malah, ianya satu anugerah dari yang Esa. percayalah ianya bukan satu kelemahan, dan saya tak pernah anggap anda seorang yang sombong.

saya tiada pernah memandang rendah orang lain. saya amat memandang tinggi kepada anda dan penulis blogger lain kerana saya masih baru di dalam arena blogging ini.

akhir kata saya memohon maaf sekali lagi sekiranya saya menyinggung perasaan anda. percayalah tiada niat untuk itu dan harap berhubungan kita tiada terjejas.

BooK said...

hish. buat drama masyarakat lak korang ni. malu la sket kat anak muda remaja macam aku ni. ha ha.

oit binjai, kau ada pesan kat mat jan suro updet blog dia?

pssttt... aku dengki ni. dah berapa kali laman seni aku terlepas.

kingbinjai said...

book : kita orang tengah berlatih drama la tu ko apa tahu ko kan anak muda remaja ha ha ha.

ada! ada! aku cakap kat mat jan : book kim salam bila nak update blog? aku juga tanya kat Op. mereka cakap cuti blogging sebulan. ha ha ha

Op said...

peh mintak maap macam dalam surat rasmi hehehe.

kingbinjai+lan+ontahsapo: terima kasih kerana datang ke laman seni tempohari. harap kalian tak serik nak join xtvt GJ yg akan datang. aku nak buat piknik ujung bulan nih. check thread kat forum GJ hehehe. join jangan tak join!
bawak family sekali :)

kingbinjai said...

oooooo ok ok jgn risau takkan serik punyalah

ron97 said...

ko pergi tu, beli buku tak?

aku malas nak pi

kingbinjai said...

beli beli, ko memang

neeziee said...

err..aku kirim kat kemat jer beli zine2 tu.sebab aku bangun pagi pukul 12.00pm.wakakaka.

lainkali..mungkin...hehe.

kingbinjai said...

ah lain kali pun ko bangun pukul 12.00 juga! hahahaha

gitartong said...

hehehe.. lain kali punya program, saya tiba..

kingbinjai said...

aku tunggu kehadiran anda diperasmian jiwa kacau 2 nanti

esis said...

alamak ontahsapo apasal lambatt. atau aku yang cepat balik? hehe

kingbinjai said...

ya ya ko balik cepat hehehhe

arianna adrizal said...

ah, rugi sungguh tak dapat join.. bnyk program bertindih hari yg sama. bila ada program lagi?? mcmana nk dptkan buku tu?

kingbinjai said...

kene contact op kot

arianna adrizal said...

kot?

kingbinjai said...

hehehhehee :P try la tanya, mungkin dia tahu kot.

arianna adrizal said...

o..

malangnya sy lebih pemalu dr ontasapo.

ND said...

aku tak dpt dtg sbb aku gi Pulau Perhentian...kalau tak, mesti dapat jumpa kau..hehe