Entry Dari Blogdrive pt 5
Amin
Aku cari JPJ di Jalan Genting Klang. Tak Jumpa. Ayahanda Mertua kata lepas traffic light. Mungkin aku dah terlepas, pasal aku rasa kalo aku terus lagi aku kan ke KL. Aku patah balik. Benti kat traffic light. Tak tahu nak kemana. Terus atau masuk kanan. Hijau je lampu tu aku belok kanan. Dan aku rasa aku salah lagi. Pasal banyak plak kedai hardware kat situ. Aku benti. Patah balik, nampak satu mamat cina tengah berjalan. Aku bentikan moto depan dia,
"Ahh bos, tumpang tanya, itu JPJ mana ha?" tanya aku.
"JPJ? JPJ sana." Kata dia sambil menuding jari menunjuk kearah kanan.
"Sana ka? masuk ini traffic belok kanan ka?" tanya aku.
"Ya ya masuk tlaffic light ni pastu masuk kanan. Nanti u boleh nampak lia sebelah kanan u depan itu Amin." kata dia.
"Amin?" tanya aku sedikit konpius.
"Ya ya depan Amin u punya Amin, nanti u boleh nampak, lia ada sign board sana." jelas dia.
"ok ok terima kasih aaa" kata aku.
Aku pecutkan moto aku masuk traffic light dan belok ke kanan. Sambil tu aku pikir apa kebendenya amin? Sambil sambil pikir aku sampai satu lagi traffic light. Merah. Aku benti. Dan nampak JPJ sebelah kanan. Dan sepantas kilat aku pandang kiri, "Oh.. ini rupanya Amin" bisik hati ku bila je terpandang masjid di sebelah kiri tu.
Hasilnya aku gelak sengsorang atas motor sementara menunggu lampu hijau. Aku geli hati bila aku paham maksud cina tu bila dia kata masjid tu Amin. Yelah selalu selalu kalo semayang jemaah, selesai iman baca Fatihah, kita ramai ramai sebut "AMIN!"
Suara Parlimen
Setiap kali aku tengok Berita Utama, sekarang, bagai satu trend, akan menyiarkan kisah kisah debat di antara ahli kabinet didalam parlimen. Dan bila ibu mertua ku, tukar siaran ke TV1 - Warta Perdana, juga menyiarkan perkara yang sama. Bagai satu trend.
Dan setiap kali segmen Suara Parlimen dipaparkan, aku akan berimaginasi, bagaimana agaknya keadaan didalam itu apabila ahli ahli kabinetnya adalah kita; Bloggers? Korang dapat bayangkan tak?
Mimpi
Orang tua tua kata, kalau kita mimpi seseorang tu, maknanya dia rindukan kita. Betul ke? Aku rasa tak. Sebabnya? Sebabnya malam tadi aku mimpi PM kita. Takkan dia rindu kat aku?
Orang tua tua kata, kalau kita mimpikan seseorang tu maknanya kita rindukan dia. Lagi la tak betul. Takkan la aku rindukan dia. walaupun aku tak beberapa ingat keseluruhan mimpi tersebut, namun lubang hidung dia tetap aku kenal.
Dulu dulu aku bermimpi tentang seekor tapir. Takkan aku rindu kat tapir tu kot?!
Itu Kawan Aku Tu!
Resume Mawi.
Aku tidak pernah tengok pun rancangan tu. Hatta iklan dia pun aku tak tengok. Tapi semalam, bukan aku tengok kerana nak tahu sapa pemenangnya. Malah aku pun tak tahu malam tadi adalah final episodenya.
Akan tetapi semalam, selepas makan malam. Seperti biasa aku akan duduk disofa. TV memang telah terpasang. Astro Ria - Resume Mawi. Sedang aku melabuhkan punggung aku, aku terlihat satu mamat dalam TV. Dalam Resume Mawi. Aku cam muka dia. Aku cam nada suara dia. Gayanya. Lalu aku separuh menjerit.
"Eh! itu kawan aku tu! Itu Payat!!" jerit aku.
"Ye ke bi?" tanya queen. "Dia salah seorang finalist"
"Wah tererla! hahahahaha" kata aku.
Aku capai handset, tipon comei. Tak dapat, masuk voicemail.Tak lama lepas tu, comei tipon balik.
"Ha binjai awat?" comei.
"mei, hang tgk astro dak skang?" aku.
"Dak! awat?" comei.
"Aku tgh tgk astro ni, rancangan resume mawi, payat masuk siot!" aku.
"Ha?! Payat? hahahahaha betul ke?" comei
"Betul aku cam mamat nie!" aku.
"Oi agas ada? itu hari dorang kata agas pun ada join" comei.
"Ha? Agas pun? takde la dah terkuar kot. Tinggal 3 orang je nie"aku
"Oh mungkin la... amacam payat dalam tv? sempoi dak?" comei.
"Uiks... sempoi beb!! hahahaha" aku
"Hahahahha" comei.
Kerana mu Payat, semalam pertama kalinya aku mengadap rancangan seumpama itu sampai habis. Hahahahha anyway congrats beb!!
P/S : Bangga siot tgk kengkawan masuk TV
Roti Jala
Ahad. 30 April 2006.
Ada pasar tani. Aku ke sana seawal pukul lapan pagi. Ramai org. Ramai keluarga amnya membeli belah. Beli ikan siap belah. Beli daging juga siap belah. Aku cari siakap. Sampai gerai jual ikan aku jadi blur. Mana satu siakap? Nak tanya segan orang ramai, nanti dorang ingat aku ni buta ikan. Maklumlah dah kawin baru kenal pasar. Aku singgah satu gerai ikan yang lain. Kurang orang. Aku perhatikan satu satu ikan depan mata. Mana satu siakap?
Selepas satu akak tu blah dari sisi aku, aku terus tanya brader ikan tu,
"Bang, siakap ada?" aku.
"Tu!" tuding brader ikan ke arah ikan yang betul betul berada didepan aku.
Sah! Aku buta ikan.
Di pasar tani ni, ada satu keluarga meniaga. Jual Mee soto, Mihun Soto dan roti jala. Roti jala dia memang best!. Satu keping RM0.50. Tapi besar dan tebel. Kuah dia jangan ceritala, ada ubi kentang dan daging ayam. Daging tau bukan tulang.
Sesampai aku disana sudah ada 2 orang akak yang menunggu. So otomatiknya aku menjadi orang ketiga. Aku pesan roti jala RM2.00. Kene tunggu. Akak yang pertama dah dapat. Tinggal akak no 2 yang kini menjadi no 1 dan menjadikan aku no 2. Datang satu makcik nak beli roti jala. Secara logiknya, dia jadi orang yang ketiga. Akak no 1 dapat roti jalanya yang dipesan. RM5.00 banyak beb. So aku jadi no 1 dan makcik tadi secara logiknya jadi no 2. Betul? betul la tu..
Siap aku punya roti jala RM2.00. Abang roti jala bungkus bagi aku dan dengan selamba kodoknya makcik tadi sound,
"Eh! Aku punya mana?!" makcik no 2.
"Dia datang dulu!" sound akak roti jala.
p/s : akak dan abang roti jala, saya rasa akak dan abang kene tambah satu lagi kuali la, taklah lama kita orang nak tunggu.
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment