Saturday, August 12, 2006

Entry Dari Blogdrive pt 4

Pantene vs Pantyliner

Hari ni aku pegi giant. beli barang baby skit. queen masih dalam pantang so aku pegi sengsorang.
"Bi nanti belikan pantyliner ek?" pinta queen.
aku hanya anggukkan kepala. apa kebendenya tu haram aku tak tahu. tapi aku badget mesti dia ada tulis kat packaging dia tu. sesampai aku di giant, aku pun pegi la cari pantyliner di bahagian tuala wanita. lama juga aku ulang alik ulang alik haram tak jumpa. last last aku pakat tanya giant punya sales girl.
"kaa chey, itu pantyliner mana aa?" tanya aku kat minah cina tu.
"pantene aaa? pantene sebelah sana" kata dia dengan penuh konfident sambil menuding jarinya ke arah kawasan shampoo.

Dah Pukul 10 Ke?

Aktiviti aku bila sampai opis.
1. Sampai opis, parking kete.
2. Mengeliat.
3. Kuar dari kete, pi punch kad.
4. Masuk balik dalam kete, pakai kasut.
5. Jalan slow slow ke workhop, jumpa member kat tepi tangga, lepak jap sambil isap rokok sebatang sementara menunggu pintu workshop dibuka.
6. Pintu dibuka, masuk workshop, letak beg ngan sweater.
7. Duduk kat meja aku, bukak nota check apa bende aku buat semalam dan apa bende nak buat hari nie.
8. Bukak laci amik tools, dah nak start keje... pastu aku akan tanya "dah pukul 10 dah?" - pukul 10 break makan pagi.
Member aku akan jawab "blum la mangkuk! baru pukul 8:30! eeiii tensen la aku asyik tanya bende sama je setiap pagi!"
"hahahahhaha aku lapa la siot!!" kata aku.

PSU?

PSU pc aku meletup. Kene kilat.
Maka dengan berkobar kobar aku melagkah ke Low Yat setelah setahun aku tak ke sana. Dapat la juga jalan jalan sambil cari PSU. Kalo korang biasa dengan Low Yat korang tentu tahu kedai Sri Computer. Aku ke Sri. Cari PSU.
"Alo bos, itu PSU ada ka?" tanya aku.
"PSU?" tanya mamat cina tu balik kat aku sambil berkerut dahi tanda kehairanan.
"Ya. PSU, u ada tak?" tanya aku balik.
"Apa tu ha?" tanya mamat cina.
"Err.. PSU la Power Supply Unit maaa" cakap aku. Sedikit bengang.
"Itu untuk apa ha?" mamat cina.
"Aiya itu PSU la power supply untuk PC punya!!!" cakap aku dengan nada tinggi sedikit.
"Oh kita takde jual la bende tu" kata mamat cina.
Aku tidak dapat berkata apa apa lepas tu. Aku pandang muka mamat cina tu sekejap sebelum melangkah keluar dari kedai Sri sambil menggelengkan kepala. Dan; on the way keluar aku tertengok didalam satu kotak penuh dengan PSU!!
Kalo aku bukan kingbinjai, mahu saja aku sumbat satu kotak PSU itu kedalam mulut mamat cina tu!

"Arrr... Saya Tak keje Sini la Auntie!"

Aku pegi giant sabtu lepas. Cari Buaian. Aku berpecah ngan Queen, dia cari barang lain aku cari buaian. Tak susah nak cari pun. Sedang aku belek belek buaian yang telah aku jumpa tu ternampak seorang makcik cina menunjuk nunjuk kan tangannya ke arah suatu bende sambil memandang aku. Aku pun musykil, makcik nie cakap ngan aku ke. Setelah agak lama dia mula menghampiri aku.
"Boy, itu bola boleh bukak ka? saya mau tengok la kat dalam dia?" soal dia.
""Arrr... Saya Tak keje Sini la Auntie!" kata aku.
"Ohhh!! Sorry aaa1" kata dia berlalu pergi.
Aku terfikir, baju yang aku pakai nie ada melambangkan aku pekerja giant ke? Setelah selesai semua urusan. Aku dan Queen bergegas ke cashier counter untuk membayar barang barang yang dibeli. Sedang menunggu giliran untuk membayar aku terpandang satu mamat pekerja giant memakai baju yang sama kaler macam baju yang pakai dan dilengannya ada tertera perkata "Giant".
"Oh!"

Kerana Setongkol RM45

Apalah sangat RM45 tu kalau nak dibandingkan dengan kesedapan yang kita rasa? Kerana itulah kita tak pernah komplen bila makan mahal mahal di hotel, di pizza hut, kfc, burger king atau direstoran insaf yang kalo salah pilih lauk seorang makan boleh cecah RM30.
Ada kita merungut? kita mungkin merungut namun kita tetap memakannya dan selepas sedawa dua tiga kali akibat pencampuran dan tindak balas kimia yang datang dari air berkabonat kita lupa tentang harga mahal makanan yang kita makan. Alasan utama kerana ada tanda harga. Aku ingat kalau makcik tu bubuh tanda harga dan menyatakan "tidak termasuk 5% cukai kerajaan" mesti takde org komplen punya.
Secara jujur aku agak berbulu dengan mamat yang buat aduan tu. Makcik tu dah pesan, katanya;
"Saya tak jual lauk ni" makcik nasi dagang.
"Isk takpela saya sanggup beli, jual je bape" mamat komplen.
"Tak boleh saya tak jual" makcik nasi dagang.
"Takpe jual je saya beli!" mamat komplen.
"Jangan monyet!" makcik nasi dagang.
"Nak juga! Tak kira nak juga!" mamat komplen.
RM45.00 satu bungkus, penuh dengan isi, telur ikan, kepala, badan, tulang, semua semuanya yang boleh dijamu kepada dua puluh orang makan, ulang taip DUA PULUH ORANG MAKAN, maka tak wajarkah makcik tu letak harga RM45? Sedangkan sudah diperingatkan yang isi itu tidak dijual.
RM45 itu, adalah harga kedegilan mamat komplen itu yang terpaksa ditanggung oleh seorang makcik yang menyara anak anaknya dengan cara berniaga kerana hanya itu sahaja makcik itu boleh buat. Dan penat lelah makcik itu yang berniaga selama 20 tahun dengan tabah dan penuh kesusahan, dan juga mungkin akan mengakibatkan dia tidak lagi berniaga, Dibalas dengan hanya setongkol yang RM45.
Kuih Muih dihotel, 1 keping = RM0.70 ke RM1.50. Taknak komplen ke???


0 Bangsawan Menatang Sembah: