Thursday, August 10, 2006

Botak!

Ya, ya, ianya mula menyinggah. Tanpa aku sedar sedikit demi sedikit ianya mula tampak jelas. Sebulan dua ini, berlalu tanpa aku ingat dengan jelas tanda tanda awalanya. Kali ini setiap kali aku usapi, kelicinan itu bagai pelincir menyebabkan gosokan tangan aku begitu laju terbuai. Takkanlah? Bisik hati aku. Walaupun sejauh mana penipuan yang aku tabur utnuk memujuk hati aku, hakikatnya begitulah.

Aku cukup risau kalau ianya melarat dah tentu waktu siang panas terik kepanasan itu bisa meresap ke dalam dan boleh mngempiskan apa yang dilindunginya. Ah! aku harus buat sesuatu.

"Bos, ini tayar sudah botak la" celah mamat cina kedai motor yang sedang menggantikan tiub Ex5 aku yang terkena sebatang paku dan sebatang skru. Ia menghentikan lamunan aku.

"Aaaa?" aku.

"Ini tayar motor lu sudah botak mau tukar ka?" ulang mamat cina kedai motor.

"Tak apalah, biar dulu lu ganti tiub saja" aku, memberi arahan.

Dan mamat cina kedai motor itu pun mengikut perintah aku. Sementara dia menggantikan tiub, fikiran aku kembali menerawang, memikirkan isen apa untuk blog aku kali ini.
Hmmm.

10 Bangsawan Menatang Sembah:

Romantis Selatan said...

brontak = bermasuk tayar yang sudah bocor dan botak

kingbinjai said...

ha ha pandaila ko ha ha

Lan Rambai said...

pakai tiubless lah wei

kingbinjai said...

tiubless kene tukar sportrim la ongkos takde ko hadiahkan la hahahha

esis said...

apasal ko tak tukar tayar ex5 ko yang brontak tu...?

kingbinjai said...

gaji lum masuk hehehhee

Mazudi said...

Jadi isen ni nih mamat cina tu punya idea la ni. Wahaha.

kingbinjai said...

eke situ pulak! hahaha

ontahsapo said...

pakai tayar mati la...

kingbinjai said...

hancur la rim!!