Saturday, August 12, 2006

Entry Dari Blogdrive pt 7

Tudung : Tanda Kasih Sayang

Untuk pertama kalinya, hati lelaki ini diusik.

8/5/2006 2020Hrs : Gombak.
Aku sedang menonton berita sambil menjaga Adib yang sedang tidur di dalam buaian. Sementara Queen, berada diatas, sudah selesai Maghrib. Diatas agak bising bunyi Queen mengemas. Seketika kemudian. Queen turun. Muka muncung.
Aku kaget. Kenapa plak nie? Queen melintas depan aku pergi ke ruang tamu. Aku menyapa, dia tidak menyahut. Masih muncung. Ah, dia ada panggil aku ke tadi? (untuk maklumat korang aku nie pekak skit) bisik hati ku.
"Kenapa nie?" tanya aku. Concern.
Tidak menjawab. Queen masuk bilik mentua (mak dia la tu), aku ngekor. Tetiba berderai tangisan Queen. Ah sudah. Apahal plak nie?
"Kenapa nie?" tanya aku lagi dengan nada sedikit tinggi. Risau beb!
"Tudung hilang!" jawab Queen dalam tersenguk.
"Tudung mana?" tanya aku.
"Tudung yang abi (aku) baru beli tu la. Hilang."Queen. tersengguk.
"Laa awak letak mana? itu hari sidai sapa angkat?" aku.
"Bibik! (org gaji)" Queen.
"Bibik!" aku. "Mana tudung along? (Queen)"
"Mana saya tahu?" Bibik.
Queen dan Bibik naik ke atas mencari tudung. Aku masih mendengar tangisan Queen. Dan secara tak sengaja aku terdengar ayat berikut :
"Bibik, itu tudung abi beli untuk saya tau, saya belum pakai lagi. Baru sangat tudung tu. Sekarang mana pegi? Bibik letak mana? Cari balik tudung tu! Saya sedih sangat ni!" Queen. dalam tersenguk. Hati aku sedikit tersentuh. Tidak menyangka begitu tinggi sanjungan yang Queen hamparkan pada pemberian ( 2 minngu lalu, aku belikan Queen satu blaus dan tudung sehelai. Biasa kalo aku belikan dia baju pasti aku akan belikan satu tudung yang sesuai dengan baju tersebut) aku yang tak seberapa tu.
Aku tak sampai hati tengok Queen. aku naik tolong cari. Sambil sambil tu aku sound jugak Bibik tu. Maid ni suka letak barang merata. Last last aku jumpa tudung tu. Tergantung di tempat yang tak sepatutnya.
"Ni!" jerit aku.
Queen meluru mengambil tudung dari aku. "Tengok Bibik, mana awak letak. Saya risau ingat tudung ni hilang!" Queen.
Bibik diam.

2050Hrs.

Queen selesai Isyak. Dia turun ke dapur, Saki baki tangisan tu masih ada di wajah dia. Siap siapkan meja makan. Aku masuk ke dapur seketika kemudian. Aku peluk Queen dari belakang.
"Jangan la sedih. Tudung je takde apa apa" aku, cuba menenangkan Queen.
"Mana takde apa. Tudung tu abi beli." Queen. Sayu.
"Alah bukan mahal pun, tudung murah je." aku. Masih cuba memujuk.
"Murah pun, abi yang beli!"Queen. Sedikit sendu.
Sampai ayat tu aku terpaku. Aku dapat merasa cairnya hati aku ketika itu. Hari ini juga, hati suami ini, tersentuh dan dapat merasa erti perhargaan seorang isteri.

Syukur Alhamdulillah.

Kaya Kaya Kaya
Sapa takmo jadi kaya? Semua orang nak jadi kaya. Hatta kalo kau tanya budak kecik pun dia pasti mahu jadi kaya. Malah orang kurang siuman pun mahu jadi kaya. Bila jadi kaya, bukan sahaja kau dapat memiliki apa saja yang kau hajati atau ingini, malah ianya adalah satu tiket, untuk mendapat pelbagai kemudahan di dalam dunia yang sementara ini. Dengan kaya boleh dapat rumah besar, kereta besar, isteri kecik, handphone kecik, wang besar, opis besar. Saman? Eh eh dapat diskaun plak.
Kalau kau kaya, pastu dapat plak masuk tv 7 8 kali, masuk plak talk show hingga dikenali itu sudah bagus. Kalo dapat title lagi cantik. Kalo jadi PM laaaaagiiiii la baik! Bila dah kaya, buat apa sahaja, takde orang nak halang, malah disanjung lagi. Pergi lah kemana sahaja, pastu akan mendapat kemudahan seperti diskaun di mana mana sahaja. Pastu takyah nak risau pasal traffic jam. Panggil je kuda putih 8 10 biji, suruh dorang clearkan jalan. Lantak pi lah orang lain yang susah susah terpaksa beri laluan tengah tengah jam tu janji kau yang kaya tu senang. Sapa suruh dorang miskin ye tak?
Kalau dah jadi kaya, boleh parking kete merata rata, masuk simpang takyah bagi signal, lampu traffic light? Alah apa kisah langgar je la. Setakat saman RM100 RM200 apa ada hal ye tak? Peraturan lalu lintas takyah nak ikut sangat. Dapat saman RM3300 apa nak kira? Esok esok boleh bayar, takyah nak risau masuk jail atau kene denda, yang tu sume untuk orang miskin je. Yang kaya, siap dapat diskaun lagi. Fuh tu yang syok jadi kaya nie!

Suka Hati Kau Je!

Semalam, 12/6/2006.
Aku balik kerje seperti biasa. Lumba dengan bas di Higway Sg Besi. Suka hati dia je kejap kiri kejap kanan, nak cepat cepat pegi mana ntah?! Alih alih, aku jugak yang di depan. Bas tu? Dia sangkut. Jam. Padan Muka hahahhahaha.
Sampai di Sri Rampai. Nak masuk ke Wangsa Maju. Aku disebelah kiri/tepi jalan. Sebelah kanan aku sebuah teksi. Jarak antara motor aku dan teksi tersebut, dekat. Ada lah, dalam panjang pembaris panjang. Di depan aku ada 2 orang di tepi jalan. Tetiba angkat tangan, tahan teksi yang disebelah aku tu. Dan tanpa signal tanpa apa, teksi tu terus je belok kiri. Aku yang dah memang disebelah kiri, terkejut, dan dalam keadaan yang panik, membelok ke kiri. Nasib baik la sebelah kiri tu tanah merah yang agak luas skit, kalo tak mausk longkang aku.
Terselamat, aku tukar gear, berhentikan moto depan teksi. Aku toleh belakang. Pemandu teksi angkat lima jari dia. seolah olah berkata "Sowwy". Aku pandang je pakcik teksi tu. Kalo ikut sifat aku yang panas baran ni mahu saja aku maki hamun pemandu teksi tu. Tapi mengenangkan dia lagi tua dari aku, dan memandang aku diasuh supaya hormat pada orang tua, aku tidak mengambil apa apa tindakan. Aku masuk gear satu, dan blah.
Ini bukan insiden pertama yang berlaku antara aku dan pemandu teksi. Banyak dah. Sungguh aku tak paham pemandu teksi nie, apa? dia ingat jalanraya nie dia sorang je ke nak guna? Ingat dia sorang je marah pasal kenaikan minyak? Apa dia ingat dia sorang je yang ada masalah? Sungguh aku tak paham!

"Lamo Tak Nampak Boh?"

Lrt Taman Melati.
Di depannya ada orang orang kita, peniaga kecil kecilan membuka gerai. Menjual Burger, air, pisang goreng, keropok, nasik lemak, jagung rebus, karipap sardin dan kesukaan aku, jejari. Bukan Jarri aaaa itu geng GeJu hahahaha. Tetapi jejari yang aku maksudkan adalah ubi yang dipotong halus macam jari jemari dan digoreng dengan tepung.
Sudah lama juga aku tidak singgah digerai mamat yang jual jejari itu kerana sejak sebulan lalu aku asyik dengan karipap sardin. Semalam timbul rasa rindu pada jejari itu lantas aku ambil keputusan untuk merasa kembali kenikmatan jejari itu. Aku beli, RM1.00. Cukuplah selalu aku beli RM2.00 tapi tak habis. Banyak. Selesai membuat bayaran brader penjual tu tegur aku dalam loghat kelantannya,
"Lamo tak nampak boh? hehehehehe" penjual jejari sambil ketawa
"Arrr ada ada hehehehe" jawab aku sedikit kaget.
Kaget bukan kerana kena tegur dengan dia. Kaget kerana cuba memahami apa yang dikatakannya. Boh? Aku mengambil masa 15 saat untuk mengalih bahasa kelantannya ke bahasa pasar kuala lumpur. Boh = Bos. Oh!

0 Bangsawan Menatang Sembah: