Tuesday, August 08, 2006

Sketsa Seorang Penganggur Yang Baru Dapat Kerja

Tengok, Pukul Berapa?

tengok, pukul berapa?
ah! masih awal lagi
langit masih hitam
bulan masih ada
burung burung belum berkicauan

tengok, pukul berapa?
jam locengku masih senyap
langit sedikit terang
ah! masih awal lagi
belum kedengaran riuh ibu di dapur

tengok, pukul berapa?
matahari sudah terbit
terdengar ku suara kicauan burung
tapi, masih awal lagi
belum kedengaran suara ibu memanggil

alamak!
tengok, pukul berapa dah nie?
jam loceng ku tiada bateri rupanya!
ini hari pertama aku di pejabat!
ibu ku sudah meneriak!
aku memang sudah terlambat!

ah! lantaklah!
jom, kita cari kerja lain!

7 Bangsawan Menatang Sembah:

arianna adrizal said...

kehkehkeh.. mcm kisah benar je.

Mazudi said...

Pengajaran untuk aku juga, jam yg terset kat kepala tu lebih boleh diharap dari jam mekanikal.

kingbinjai said...

ariana : tiada kene mengena hehehe

mazudi : aku pakai hp

blackpurple said...

Kau kena cari kerja yang office hour masuk tengahari ni kot...he he he..

neeziee said...

jam aku ada bateri tapi takde loceng.
mungkin aku kena beli satu loceng yang besar macam kat gereja tu.

peehh..pecah tiub tiub pendengaran.

Romantis Selatan said...

kena bangun sahur dan kemudian terus ke pejabat kalau macam itu. :)

kingbinjai said...

bp : itu bos namanya! hahaha

neeziee : hahahaha

romantis : satu cadangan yang baik, akan di praktikkan ramadhan nanti