Merdeka Kali Ini
10 hari lagi, kita akan menyambut kemerdekaan. Ya! Ya! Anda telah bersedia? Bersedia untuk menggantung bendera di rumah, kenderaan, lembu, kambing, reban ayam dan juga di atas dahi? Kenapa di dahi tidak boleh? Tidak rasional? kalau begitu rasionalkah dengan menghantar beberapa orang ke rumah rumah yang tidak tergantung benderanya sambil bertanyakan mengapa?
Adakah dengan tidak menggantung bendera itu bermakna tidak patriotik? Tanyalah kepada mereka mereka yang menggantung bendera itu, apakah kita benar benar telah merdeka? Buktikan kepada aku dahulu, dari segi mana kita merdeka. Dengan datangnya kamu, kamu, dan kamu ke rumah rumah yang tidak menggantungkan bendera, atau menyaman kenderaan yang tiada bendera, itu, adalah satu bukti, negara kita belum merdeka dan bebas. Kerana ada paksaan di situ.
Aku menganggap kau sebagai pengkhianat kerana menganggap aku sebagai pengkhianat hanya kerana tidak menggantungkan serentang kain yang telah diwarnakan.
Bendera itu, hanyalah kain. Bukan bukti kepada setia atau ketidaksetiaan. Apa apa sahaja sifat ketidakpatriotikan yang ditunjukan oleh aku, tidak lain tidak bukan aku belajar dari kamu semua.
Merdeka kali ini, fikir fikirkanlah, arak bermaharajalela di bawah pimpinan siapa? Pelacur tidak dibendung di bawah kerajaan mana? Penyakit sosial merebak tanpa batas di bawah tangan siapa? Murtad dibiarkan beranak pinak siapa mengizinkannya?
Kalau dah tahu kelab kelab malam menyuburkan dadah, tutupkan sahajalah semua kelab malam di Malaya ini, susahkah? Mana lebih penting, hiburan atau keselamatan rakyat? Lesen lesen kelab malam dikeluarkan oleh siapa?
Aku menganggap kau biadap, kerana menganggap isen aku ini biadap. Buka minda kau, ini teguran. Rakyat dah celik bukan lagi bodoh macam kau orang semua. Ingat! Tak dapat di dunia, akhirat nanti kau pasti akan terkena juga.
Akhir kata dari aku, turunlah dari takhta, kau orang semua dah tua, terlalu sensitif. Bagi kita orang yang muda muda ni pula mentadbir negara. Dan kau kan lihat, Jalur Gemilang dikibar dengan penuh megah!
Aku anak merdeka, aku mahu patriotik dengan cara aku sendiri.
P/s : aku di Subang mulai hari ini hingga 9 September nanti.
11 Bangsawan Menatang Sembah:
Merdeka Merdeka Merdeka!
Selamat Hari Merdeka King Binjai!
dude, salam merdeka dari anak malaysia yang tidak berada di tanah perantauan. haha.
di subang mesti tak best kan...?
sapa pulak yg meronda kat rumah yg takde bendera ni? suruh dia dtg rumah aku sekali ya binjai....
Kenapa setiap kali kita mengangkat tangan meneriak kemerdekaan, jiwa orang kita semakin tidak merdeka? Di manakah silapnya?
Sib baik aku kat Sabah.
Tempat yg sambut merdeka dengan mabuk mabuk kat Pantai Tanjung Aru. Pedulik apa ngan gantung bendera.
ammboooiiii patriotikk...........
Islam Hadhari
merdekaptuih~
err, meremang bulu roma baca isen tuan king.
bidadari : merdeka! mentega! metallica
amanitium : salam
ontahsapo : ya! sangat!
lan : okai!
indera : bangkai gajah takkan kau tak nampak?
mazudi : betulkah bernaisb baik? bala Allah tidak mengira kau di mana
esis : well
ron : mcm ada sambungan je ayat kau tu
fig : pergh! kahak hijau!
arianna : kisah seram 18sx la katakan hahaha
Post a Comment