Cerita Temuduga
Ah! Semalam temuduga dengan Inti College. Waktu temuduga pukul 3.00 ptg. Aku keluar rumah pukul 12.45 tghari. Pergi servis motor, pastu direct ke Subang. Sampai Bukit Jalil (aku ikut Kesas) dah mula mendung dan rintik. Terpaksa la aku memakai baju Gaban aku - Givi Raincoat. Aku mengambil masa 5 minit menyarungkannya.
Sesampai di Subang baru pukul 2.00 ptg. Tapi tak hujan. Aku singgah makan di Restoran Darussalam. Elok je aku parking terus hujan lebat. Lepas makan 2.30 aku masuk Inti College. Lepak kat HR Department. Isi Borang semua. Pukul 3.00 tak panggil interview lagi. Boring betul. Lama plak nak tunggu. Alih alih untuk menghilangkan kebosanan aku main dengan motion sensor kat atas pintu utama. Motion sensor tersebut betul betul depan aku. Bila aku alih badan ke kiri lampu merah dia padam. Bila aku balik ke kanan, lampu merah dia menyala tandanya dia mengesan pergerakan. Mainlah aku sampei penat, kemudian aku di bawa ke tempat lain pula. Tengok kat pintu kaca tersebut tertera perkataan : Pricipal's Office (saat ini aku amat berharap mata aku macam mata Robocop supaya dapat aku rakam gambar pitnu terbabit). Ah, takkan la nak kene interview dengan pengetua plak!
Sedang aku menunggu aku ternampak dekat luar ada tergantung bendera Israel bersama bendera bendera lain. Aku tak sempat nak tengok ada tak bendera Iraq ke tak, pasal aku telah dipanggil mengadap. Penat aku study, haram satu pun dia tak tanya. Dia banyak tanya pasal future plan aku di satu satu organisasi.
"How do you see yourself at your current employer?" pompuan penginterviewer
"I see myself in 3 year i will become senior technician dan in 7 years i will grab the highest ranking technical department that is, system programmer." aku
"If that so, why you want to work at Inti?" pompuan penginterviewer
"Because of the distance. Im staying at Gombak and the current office are at Sepang, so i have to travel 146km daily. It is very tiring." aku.
"I see, so if you were taken in Inti, how do you see yourself?" pompuan penginterviewer
"I see myself within 2 years i will further my studies with the help of Inti. I want to take a degree." aku.
"After you have degree?" pompuan penginterviewer
"I will consider teaching" aku.
Nampaknya pompuan penginterviewer agak impress dengan jawapan aku. Pastu banyak la kita orang borak sampai termasuk bab blogging. Pastu aku tanya pasal benefit, dia pun bla, bla, bla, bla, satu pun tak lekat dalam kepala aku pasal aku dok pikir kat subang ni ada Ampbank ke ha?
"So when i will get the answer?" aku.
"In two to three weeks time. If you not hear from us within that, you are not short listed. If we call you then you will be giving second interview." pompuan penginterviewer
Oh. Doakan aku lagi!
14 Bangsawan Menatang Sembah:
nak aku doakan hang dpt kerja atau dapat second interview?
dapat keje la!! hahahaha
ingat! mesti dapat nombor satu!
ya! ya!
doa aku : semoga kau berjaya.... eh ada kosong lagi tak..?
selama ni aku ingat ko tinggal kek soromban ker tanjung malim ke dan kerja kat kl... ko apply kerja apa ni?
aku pun br lepas intebiu.. ekeke
aku tau makan jer.kira boleh la ek..
kau sembang pasal blog ye? ada promote blog kawan2 tak?
ontahsapo : tq, kosong? ada, poket aku, kalo rajin tolong la isi
lanrambai : laaaa
nash : sukses ke tak?
neezie : bole, bila nak belanja?
gitartong : lum lagi hari itu baru intro kira foreplay la dulu hahahaha
good luck, adik diminta lapor diri ke INTAN pada bulan depan, alhamdulilah.
Semoga berjaya...Dah berjaya nanti jgn lupa open table..... hehe
kulatcomel : intan mana pulok?
bp : insyaAllah
Ohhh aku doakan ko dapat juga. Aku pernah gi interview Inti, 7 tahun yang lalu. Dia offer aku RM 1900 masa tu zaman gawat. Cina pompuan tu kata kenapa aku tak ambik jer offer dia tu? Surat tawaran kerja pun dah keluar. Aku tak minat kerja bawah boss Cina yang berkira. Alhamdulillah aku dapat kerja yang best lepas tuu. Hingga minggu lepas after 7 years kat sini aku pergi interview kat INCEIF. Study organisasi tu cam nak mampus, tak satu pun dia tanya pasal tu. Ohhh kita selalunya akan tahu bahawa kita goreng hangus atau tidak lepas tu. Kalau kerja di KL gaji 5K pun aku terpaksa pertimbangkan banyak kali ... jammed kang tua dalam kereta jer ...
Post a Comment