Sunday, August 27, 2006

Gunting Rambut

Semalam,

Jem agak teruk ya, semalam? Kiranya minggu ini, jem agak teruk keadaannya. Oh! pengenalan aku kali ini sudah lari dari tajuk. Baik! Baik! Kita mulakan sekali lagi.

Queen tidak sihat semalam. Lalu aku membawa dia ke klinik Idzham.

Apa? Pengenalan ini juga lari dari tajuk? Baca dulu, jangan terus terus nak melatah. Jangan jadi macam mereka, tahu nak bantai je. Periksa asal usul dulu baru beri komen. Alamak aku tersasar lagi. Baik! Baik! Kita sambung.

Selepas mendapat rawatan, aku mengajak Queen ke kedai gunting rambut. Rambut aku dah panjang. Rimas. Mulanya Queen taknak. Tapi aku bagi alasan, aku malaslah, bila sampai rumah pastu nak keluar balik. Queen terima alasan aku. Kami tiba di kedai gunting rambut. Aku dan Queen masuk. 2 orang penggunting rambut, sedang sibuk menggunting rambut. Aku dan Queen menunggu.

Dalam menunggu, kami diberi layanan menonton tv. Ya!Ya! Cerita tamil. Dalam cerita itu, pasal aku tengok dah sekerat jalan. Seorang hero sedang bergaduh. Lepas itu, hero itu lari ke sana ke mari, dan tiba di sebuah dewan. Dalam dewan itu ada sepasang kekasih hendak berkahwin. Si hero masih ke sana ke mari mencari sesuatu. Tiba tiba si hero jumpa dengan apa yang dicarinya, sebuah bom buatan sendiri. Si hero berpeluh peluh kerana cuba mematikan bom tersebut. Antara wayar, merah, kuning dan hitam mana satu mahu di potong? Dalam masa si hero menguis nguis ketiga wayar terbabit, tiba tiba sahaja, dia mengeluarkan cutter. Untuk korang yang bukan teknikal, cutter adalah sejenis alat untuk memotong wayar atau kabel. Ok, sampai sini, aku dah nak tergelak, tetiba je si penggunting rambut memanggil aku. Ceh! tak sempat aku nak gelak,

Aku duduk di atas kerusi, si penggunting rambut membalut aku dengan kain hijau dan di ikat dari leher. Depan aku cermin, aku dapat lihat imej Queen. Mula mula dia senyum, pastu dia menutup mulutnya, menahan gelak. Aku syak dia gelakkan aku. Dan aku syak, ini mesti kali pertama dia ikut ke kedai gunting rambut lelaki.

14 Bangsawan Menatang Sembah:

ibuVouge said...

salam
agaknya mmg macam ni bila queen first time tengok king potong rambut
sbb..saya pun bereaksi begitu bila ikut hubby kekedai gunting...

Amanitium Cho said...

aku pun tak pernah tengok kau potong rambut, haha. oh, aku masih suci. haha.

fiq said...

kisah cinta suci di barber shop. menarik!

Rie said...

cerita tamil tu... kemudian apa jadi??? bom meletop? apa? apa?

INDERA KENCANA said...

Waahhh..seronok main-main mata dgn wife..

Sepatutnya event tu diisi dengan filem Hindustan. Bukan filem Tamil.

ontahsapo said...

dia gelakkan india tukang gunting tu la...

Lan Rambai said...

ko ikut style rambut aku tak binjai?

el-Maaniq said...

Kau hanya syak. Sebenarnya bukan.

haha. aku syak juga!

Aku Bukan Bidadari said...

Best ke gunting rambut kat kedai mamak.. ?? dia orang ada massage ke?

BooK said...

cerita kau pun berbelit macam cerita tamil jugak lah.

Anonymous said...

lepas gunting rambut mesti kena urut, tu yang best tu... bagi patah leher sket...

Anonymous said...

gelak je lah... :)

Qiez AR said...

sweet :)

kingbinjai said...

ibuvouge : hmm mungkin

amanitium : ahahhaa dah top up kredit ke belum?

fiq : ya!

esis : ntah, mana aku tahu, aku tengah bergunting rambut

indera : hahahaha

os : hmmm, mungkin

lan rambai : aku tak sampai hati pada diri aku sendirir hahahha

kakibangku : hmm, mungkin

elmaaniq : banyaknya syak

aku : mestilah tu yang syiok tu

book : biasa la

jamri :fuhh takyah cerita la beb!

sikenit : tu sneyum bukan gelak

missberry : tq. :)