Friday, August 25, 2006

Rahmat Allah

Pintu kereta aku, belakang. Tak boleh buka. Kekuncinya tidak boleh ditarik, ianya seolah olah melekat di dalam. Lama juga ia berkeadaan begitu. Kereta diraja aku, hanya mempunyai 3 pintu sahaja yang boleh berfungsi secara normal.

Selasa.
Ketika berhenti di Caltex mahu membeli rokok, aku parking dan mematikan enjin. Sekonyong konyong aku terdengar bunyi yang amat kuat (untuk makluman kau orang, kereta aku, bila mati enjin semua pintu kereta aku akan terbuka kuncinya). Aku memerhati sekeliling dan terpandang ke arah belakang, kiri. Ke arah pintu yang rosak terbabit. Dan aku dapat lihat kekuncinya tertonjol ke atas. Ya! Ya! Pintu yang rosak itu telah terbaikpulih secara sendirinya. Hari itu. Aku amat girang.

Rabu.
Selepas mengambil Queen dari Kelana Jaya. Kami menyusuri LDP ke Federal. Federal ke NPE. NPE susur keluar ke Bangsar. Hujan. Dari Bangsar susur keluar ke Mahameru mahu ke Bulatan Pahang. Selepas Bulatan Pahang, sebelum Tawakkal, aku berhenti di Caltex. Memeriksa kereta, kerana aku perasan, bahagian enjin mengeluarkan asap. Aku mahu pastikan adakah enjin aku berasap atau sekadar wap sahaja. Aku keluar dari kereta, Queen juga ikut serta. Pintu kereta semua tertutup rapat. Enjin mati. Dan tetiba sistem penggera menjadi aktif, mengunci semua pintu. Aku tersentak Aku terlupa kereta aku ini auto lock bila enjin mati. Kunci ada kat dalam.
Aaaaaa.

Aku panggil mamat cina di kedai eksosoris minta dia tolong bukakan pintu ala ala pencuri.Sedang dia sibuk mencuba, dia menegur aku.

"Bos, ini kereta sudah pasang anti theft ka?" dia."Aiya! betullah. sudah pasang." aku. Buat buat terperanjat. hakikatnya aku dah tahu, tapi aku tak bagitau dia kiranya nak cover line lah kononnya."Kalau begitu, tak boleh ooo" dia."Yakah? Sekarang macam mana?" aku. Kecewa. Aku dah dapat agak apa yang akan terjadi."Kena pecah cermin." dia

Aaaaaaaa

Dia, dibantu oleh mamat mamat dari Caltex itu, memecahkan cermin 3 segi, bahagian kiri. Pasal kanan punya aku baru tukar (dulu kereta aku telah dipecahmasuk). Berderailah kaca cermin tersebut sama berderainya hati aku. Selepas dipecahkan, aku cepat cepat tarik kekunci pintu belakang. Buka pintu, tarik kekunci pintu hadapan. Buka pintu, aku masuk dalam kereta dan matikan sistem penggera. Start enjin. Panggil Queen dan pulang ke rumah.

OK. Kau orang nampak tak rahmat Allah yang ingin aku sampaikan?

Tak?

Cuba kau orang fikir, kalau pintu belakang bahagian kiri itu tidak baik secara sendirinya pada hari selasa, mampukah aku membuka pintu terbabit setelah mereka mereka memecahkan cermin 3 segi bahagian kiri? Ya! Ya! itulah rahmat Allah yang ingin aku sampaikan. Dalam satu kesusahan yang aku tempuhi, ada juga satu kesenangan yang terselit. Oleh kerana itu, bila kau orang ditimpa susah, jangan selalu mengeluh, renung kembali kesusahan itu dan kau akan jumpa satu (mungkin lebih) kesenangan. Bila dah terjumpa perkara baik itu, jangan lupa ucapkan syukur. Ingat, Allah itu maha adil dan penyayang.

Semoga kau orang semua dirahmatiNya. Amin.

8 Bangsawan Menatang Sembah:

BooK said...

kalau kita lihat dengan mata yang beriman. itu lah yang kita nampak.
hari ni hari jumaat. semua orang tulis benda baik-baik.

INDERA KENCANA said...

Berderai hati engkau, King? Kasihan, aku jua ikut simpati atas musibat yang menimpa engkau..

Tapi..tapi..apsal problem kete ko sama cam kete aku. Pintu bhgn belakang sebelah kiri tak leh bukak dari dalam. Kalau bukak dari luar, ok lak..

Fazira Albaijure said...

adeh.. pintu kreta sy pun rosak gak, sebelah kiri gaks. huhu. yep, setiap kesusahan ada kesenangan. dan perlu diingat juga, setiap kesenangan pun ada kesusahannya..

Kemat said...

lain kali aku tak nak cepat melatah bila ditimpa kesusahan. Kne pikir hikmah disebalik dugaan tu

Amanitium Cho said...

aku rasakan, lain kali kalau kunci pintu kereta aku melekat, aku kene berhenti kat Caltex dengan tujuan membeli rokok. haha. contoh saja. aku takde kete dan tak isap rokok. haha.

arianna adrizal said...

amin...

*mcmana pintu tu boleh betul sendiri. hmmmm...

kingbinjai said...

book : ya

mama : salam

indera : kau pasang lock dalam kot?!

Q : kete buatan malaya mcm tu ler

kemat : ya

amanitium : hahaha wei gaji dah masuk lum?

anne : magic! magic!

Fazira Albaijure said...

uiks, mana tau sy pakai kreta buatan malaya ke x, huhu..