Entry Dari Blogdrive pt 2
bi, kalau...
pagi tadi king dan queen pegi ke pusat perubatan naluri untuk medical check up yang ke empat. sambil sambil tunggu giliran tu tetiba queen bertanya;
"bi, kalau tetiba kan masa check up ni doktor kata : emm awak ni dah boleh bersalin. dah terbukak dah ni so kene tahan nie, apa reaksi bi kalau doktor kata camtu?"
king tak jawab king sengih sambil mengurut janggut yang tak beberapa nak tumbuh nie.
pastu queen sambung lagi. "camne plak kan kalo masa bi tengah keje tetiba bu message cakap bu dah nak bersalin air dah pecah so nak tunggu bi ke atau nak kawan antar? mesti panikkan masa tu pastu message kat mak plak mesti mak panik kan?"
king sengih lagi, belum sempat king jawab queen dengan pantas sambung lagi.
"bi bi, nanti masa bersalin bu nak pakai spek ke nak pakai contact lense?"
"ha ha ha ha ha ha ha" gelak king.
"he he he he he he he" queen pun ketawa sama.
king pegang tangan queen dan berkata " pakai cermin mata la senang."
note : queen binjai kalo keluar/ pegi opis pakai contact lense. kalo kat umah pakai cermin mata.
Terkenang Semasa Dulu...
Dulu la
king berkawan dengan satu perempuan ni. baik orangnya. namanya azalina (nama sebenar). so satu malam kita orang borak pasal bunga.
"apsal pompuan suka bunga?" soal king.
"i tak suka bunga." jawab azalina.
"ha? u tak suka bunga?" soal king balik. nak kepastian.
"ha'ah" jawab azalina ringkas.
"apsal?"
"ntah. pasal tak best kot"
"hmm... kalo u tak suka bunga tentu u suka daun?"
"eee lagi la tak suka"
"kalau semua u tak suka, apa yang you suka?"
"i suka batang dia."
"hahahahahahaha" gelak king
"apsal you gelak?" soal azalina konpius.
"kalo setakat batang. i pun ada!" jawab king. nakal.
"hampeh!!!" kata dia.
hahahahahahhahaha - king gelak.
Minyak Atar
king tidak pernah suka pada minyak wangi. sejak kecil lagi. bau minyak wangi itu amat menyiksakan hidung king. dan jika memakai nya king akan penng pening lalat. lantaran itu king tidak pernah memakai minyak wangi. apatah lagi minyak atar. walaupun king tahu perihal minyak atar namun king tak pernah mahu mencubanya. sehinggalah king kenal dengan ayahanda mentua.
ayahanda mentua memang suka memakai minyak atar. dan bonda mentua pula tidak suka padanya. "busuk" kata bonda mentua. setelah king selalu mengunjungi surau, bau minyak atar itu mula menarik minat king. oleh kerana itu semalam di pasar malam king berkobar kobar mahu membeli minyak atar dan disokokng penuh oleh queen.
so king pun belilah sebotol minyak atar : seribu bunga namanya. harga rm4.00 sebotol yang hanya sebesar jari telunjuk king. balik rumah maghrib dah masuk. selesai mandi king pun mencuba minyak tersebut. emmm wangi.... queen pun suka. "wangi" katanya. dan bau yang semerbak itu kekal sehingga isyak.
selepas makan malam king naik ke bilik peraduan dan king belek belek botol minyak atar tersebut. dan timbullah satu idea... king buka penutup dan king calitkan di alas meja solek, pada cadar, pada bantal kepala, pada bantal peluk, pada selimut, pada tuala, pada kain sembahyang dan sejadah. hasilnya? bilik peraduan king semerbak harumnya hehehehe.
bila queen masuk kebilik peraduan terkezut dia dengan bau yang semerbak itu. dan kami pun baring2 diatas katil. bau minyak atar yang wangi itu mula menimbulkan kesan. hasilnya? king pening!!
"kenapa gerak kuat sangat nie?" soal queen setelah king terpusing sana terpusing sini.
"peningla" kata king
"hehehhehe tula buh lagi banyak banyak" kata queen.
"isk bantal ni busuk" kata king sambil menolak bantal king kepada queen.
"terbalikkan lah bantal kepala tu" cadang queen.
"bukan bantal kepala la... bantal peluk nie ha" kata king
"ha kau! hehehehhehehe" gelak queen.
Kereta Ku Rosak
Labu : bengangla aku!!
Labi : apsal?bini lari ke?
Labu :bukan lah!! kete aku rosak!!
Labi : aiii? baru sebulan ko pakai kancil tu dah rosak???Rosak apa?
Labu : ko tahu, hari ni aku ambik kete tu, esok tu baru aku pasan tingkap dia rosak, belah driver plak tu. Tingkap tu bila aku tekan dia terus je turun tak stop stop!!! Tingap yang 3 bijik lagi semua ok!! Mesti motor dalam dia tu loose, aku nak pi kedai kete tu aku nak maki tokey tu huh!
Labi : oi mangkuk memang la tingkap belah driver sume bila tekan terus turun, senang nak bayar tol!!
Labu : ye ke? hehehehehe so tak rosak la?
Labi : takla!!
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment