RM 2.00
Aku, balik keje pergi keje lalu Lebuhraya Sg. Besi. Waktu balik, yakni dari KLIA,Seremban atau Johor menuju ke KL, selepas simpang ke UPM, kau akan jumpa ProJet. Depan lagi Tol Sg. Besi. Dan depan dia sikit ada Mobil.
Aku selalu singgah ke situ untuk memberi minum kepada Ex5 aku yang kehausan. Dan selalunya aku menghabiskan RM2.00 di situ. Aku tak suka Mobil tu. Sebabnya setiap kali aku isi minyak aku akan bagi RM5.00 atau RM10.00 dan terjadilah perbualan ini:
"RM2 bang pam 12." aku
"Bape? Lima?" cashier
"RM2!"aku
esok :
"RM2 bang pam 12." aku
"Bape? Lima?" cashier
"RM2!!"aku
"Bape? Lima?" cashier
"RM2!!"aku
esoknya lagi :
"RM2 bang pam 12." aku
"Bape? Lima?" cashier
"RM2!!!"aku
"Bape? Lima?" cashier
"RM2!!!"aku
Sejak dari hari itu, aku jarang jarang ke sana lagi.
15 Bangsawan Menatang Sembah:
he!he!, cashier tu suker duit lima ringgit agaknyer! dulu aliff pernah jadi cashier petronas di putrajaya, selalu gak kene kata kat pelanggan biler kad kdt depa kena block (salah sapa?)kad ajer gempak, tapi duitnyer serdak!
pekak tul cashier tu...
ya Allah! pekak badak rupanya.
kulat comel : glad to read your comment
nash& bas : hahahaha agaknya, kat situ ada awek cun, fatiha nama dia, hahahaha
cubalah hang isi 5 inggit sekali
kesian aku kat dia tu..
dahlah pekak, benggap pulak.
Bagi genap RM2 kat dia..habis cerita...he he..
ron : hahaha
bp : aku dah bagi, tapi timbul soalan lain plak : lama ke baru? setiap kali!
Tak try seringgit lak?
ko try la dulu hahahaha
haha, tulah, ko nak isi satu liter je dalam ex5 ko tapi bayar gaya nak isi minyak lori. mau dia perlekehkan kau.
lain kali sediakan wang yang sesuai. haha.
hahahaha poodah!! jgnlupa update link!
Eh. sama la kita!
Maksud aku, EX5 tu yang sama.
Yang aku pernah alami:
Aku : tiga ringgit pam lima.
casher : pam tiga lima ringgit?
Aku : Ya. (bayar tiga ringgit isi lima ringgit. haha)
tapi pernah juga (di pam & casher yang sama!) alami :
Aku : lima ringgit pam tiga.
casher : pam lima tiga ringgit?
Aku : tak. lima ringgit pam tiga!(hahahaha)
hahahaha kalo aku hari2 aku dtg situ hari2 dpt minyak rm5 tapi bayar rm3
Dorang sesajer nak perli ko le tu... apa kelas isi RM2 jer... seliter lebih sikit jer tu hehehe
cukup la tu rm2, kan kerajaan suh berjimat cermat
Post a Comment