Wednesday, August 09, 2006

Baru

Jika mat mat rempit, mempunyai istilah istilah mereka sendiri, jika para penagih profesional, juga, mempunyai istilah istilah tersendiri dan jika, para golongan elit mempunyai istilah istilah mereka sendiri, maka wajarlah, kita, bloggers juga, mempunyai istilah istilah tertentu bagi menunjukkan keunikan budaya ini.

Oleh kerana itu, aku menyeru kamu, kamu, kamu dan kamu sekalian jika ada istilah istilah yang telah kamu gunakan maka kongsilah bersama. Dan dengan ini aku paparkan beberapa istilah yang sempat aku lahirkan di dalam kepala aku sepanjang perjalanan dari Gombak ke Sepang pagi ini.

1. Isen - entry (penggunaan istilah ini bagi menggantikan perkataan entry yang bukan bahasa kebangsaan)sebutan : e - sen
contoh ayat : Apa isen terbaru blog kau?

2. Wasanat - ucapan, kalimah atau kata kata terakhir seorang bloggers. Juga boleh digunakan sebagai penghormatan terakhir.
sebutan : wa - sa - nat
contoh ayat : Jika kau masuk ke blog Cik Nana, isen yang terpapar itulah wasanat beliau.
contoh lain : komen komen yang diberikan di dalam blog Cik Nana itulah wasanat kami semua.

3. Klimat - kepuasan dalam menulis
sebutan - kli (bukan klai) - mat
contoh ayat : apa yang seronoknya bebrblog nie? Oh! ianya memberi klimat yang tiada terhingga

4. Pindaterda - kependekan kepada "pindaan terakhir pada"
sebutan : pin - da - ter - da
contoh ayat : blog aku telah dipindaterda semalam.
atau boleh juga dipaparkan pada blog, selain menggunakan ayat "pindaan terakhir pada", gantikan sahaja terus kepada pindaterda. contoh : koleksi sajak (pindaterda 9/8/2006)

5. Alterna - alternatif, lain lain
sebutan : al - ter - na
contoh ayat : apa pilihan alterna kita?

6. Misju - matlamat.
sebutan : mis - ju
contoh ayat : Bebas dadah itulah misju kita!

Ya, ini adalah beberapa istilah yang baru, aku dah periksa di dalam kamus dewan, ianya belum wujud lagi. Namun sekiranya ada istilah istilah di atas membawa maksud yang tidak baik atau sudah ada di dalam kamus dewan yang terbaru (aku punya edisi ketiga) maka beritahu aku dengan segera. Jika tiada, maka kamu semua, bloggers, gunakanlah istilah ini dengan sesuka hati, sebanyak mana dan sekerap yang boleh demi memartabatkan bahasa melayu kita. Ingat! Kita mahu tunjukkan pada mereka berblog juga boleh memberi manfaat pada agama, bangsa dan negara. Jadikan itu misju kita!

13 Bangsawan Menatang Sembah:

Lan Rambai said...

Perkataan BLOG itu sendiri apa ek kalau nak dimelayukan?

kingbinjai said...

mungkin bloG kita turkan kepada bloK amacam?

Anonymous said...

aku rasa, perkataan2 itu sendiri sudah ada perkataan melayunya. cukuplah.

ontahsapo said...

kau memang tegar dan penulis besar.. aku tak silap...

Rie said...

hohoho 3 hari 3 malam ko pikir ni kan. bukan 3 jam nih.. haha

kingbinjai said...

gitartong : apa salahnya memperbanyakkan lagi

ontahsapo: takde sapa kata ko silap :p

esis : eh camne ko tahu nie? terer laaaa

Anonymous said...

wooo...byk juga perkataan baru yg harus aku belajar.

tumismenumis said...

Menarik jugak ni. Rasanya, untuk meluaskan lagi penggunaan istilah ni, tempatkan senarai istilah ni kat mana-mana, forum ker apa ker, supaya nanti blogger boleh rujuk, tambah dan guna istilah tu.

kingbinjai said...

nd : hari hari kita belajar

mazudi : menarik! nanti aku try post dalam gj

BooK said...

aku tak berapa nak paham la..

kingbinjai said...

bahagian mana?

fiq said...

um um..belajar2

Anonymous said...

binja : istilah ini digunakan untuk mereka yang rajin mengupdate blok.
contoh ayat : kingbinjai adalah seorang yang binja