Friday, August 11, 2006

Rama Rama Di Dalam Perut

Jatuh cinta adalah sama seperti sakit perut. Ya! Ya! Kau akan rasa seperti ada rama rama berterbangan di dalam perut kau seperti kata para penjajah. Kau akan rasa gelisah, berpeluh peluh, tidak keruan dan mata berpinar pinar.

Pagi ini, seperti pagi pagi yang lain. Aku bersiap siap. Selepas solat subuh, aku memakai baju tebal berlengan panjang, kemudiannya aku memakai jaket. Ini bertujuan untuk melindungi dada aku dari kesejukan pagi. Setelah aku bersiap siap itu lah, aku terasa aku seperti jatuh cinta. Perut rasa memulas mulas. Aku kerling jam pada dinding. Sudah menunjuk 6.25 pagi. Sekiranya aku menurut perasan jatuh cinta itu maka aku akan terlambat sampai ke opis. Ini amat membebankan kerana, jika aku lewat, punch kad aku akan merah. Kemudiannya aku terpaksa mengisi borang Datang lewat, dan meminta tandatangan pengesahan dari HOD aku dan kemudiannya aku terpaksa menghantar borang itu kepada HR. Aku tak suka semua itu. Lalu aku memutuskan untuk tahan sahaja, dan melepaskan rindu dendam di opis nanti.

Pernahkah kalian, semasa memandu di lebuhraya samada berkereta atau bermotosikal, atau semasa di dalam bas awam atau ekspress atau semasa berjalan kaki korang terasa jatuh cinta yakni perut memulas mulas? Jika ya, korang perasan tak, lagi dekat korang ke destinasi, maksud aku, ke tempat yang korang ingin melepaskan hajat, maka secara automatiknya, perut kau semakin memulas mulas. Perasan tak?

Begitulah pagi ini, makin aku dekat dengan opis, makin ia memulas mulas. Sebelum aku melepaskan rindu dendam itu, aku kena punch kad dulu : 7:52 pagi aku punch. Tapi ops, belum boleh lagi, aku ada 8 minit sebelum pukul 8 pagi, untuk beli sarapan, kerana semua staff wajib di tempat masing masing pada pukul 8. Jadi aku terpaksa keluar dari opis semula dan bergegas ke restoran terdekat. Waktu itu, rindu yang berada di dalam perut aku itu bagai mahu terkeluar dengan sendirinya.

Cepat! Cepat! Cepat!

8 Bangsawan Menatang Sembah:

Unknown said...

ingatkan certa centa betul2.. hehehe... :)

ontahsapo said...

habis berterabur lah ek...?

akirasuri said...

selalu kalau 'terasa nak jatuh cinta' di tempat yang tak sepatutnya, saya akan bercakap-cakap dengan si perut...

"oiittt perut!!kau sudah lamakan hidup dengan aku kan, sudah 23 tahun bukan, tak boleh ke tahan sikit, janganlah sakit perut saat-saat kritikal ni..tolonglah perut, kau tolonglah fahami tuan kau ni..janganlah dengki sangat dengan aku..."

ha ha ha selamat mencuba!!

arianna adrizal said...

ingatkan jatuh cinta yg bagaimana td. saspen je..

kingbinjai said...

sikenit & arianna : hahahaha

ontahsapo : sempat beb sempat!

akirasuri : hahahaha aku rasa aku akan tergelak kalo aku cuba

tumismenumis said...

Ini satu lagi petanda yg orang asia ni tak cukup romantik. Sanggup menahan rindu dendam kat dalam perut semata mata nak memuaskan hati penjaga punch kad.

hahah... makin dekat makin rindu eek. Sepatutnya makin jauh makin rindu.

Kemat said...

kamu berlari sambil menekan perut kerana perasaan rindu itu..tapi bila tiba depan pintu.. kebersihan bilik termenung itu mampu mematikan ridumukan..

kingbinjai said...

mazudi : adakah kau salah faham isen ini atau aku yang tak paham komen ko? hahahaha

kemat : nasib baik, bilik termenung opis aku itu bersih