Saturday, December 30, 2006

Wajarkah?

Ayat ayat Al Quran yang diwarisi kepada kita dari Nabi Allah Muhammad saw adalah satu perkara yang begitu suci kepada kita umat islam. Kesucian ia berdasarkan kepada fakta yang Al Quran itu adalah kalamullah, iaitu kata kata Allah. Persoalan adakah wajar atau sesuai atau perlu ia dijadikan ringtone menimbulkan pelbagai reaksi dari setiap pihak. Ada yang bersetuju ada yang tidak.

Bagi yang bersetuju, ianya berasakan kepada konteks perluasan. Di mana umat islam boleh mendengari ayat ayat Al Quran dimana mana sahaja. Malah ianya boleh membantu kita memperluaskan ajaran islam. Namun sejauh mana efektifnya? Saya bertanya kepada Ustaz Hafiz, dia menyambut baik usaha ini. Kata beliau,

"Kita di dalam satu negara dimana, umat islamnya lemah. Banyak yang tidak mendekatkan diri kepada bacaan ayat suci Al Quran. Apabila usaha ini dilakukan, maka secara tidak langsung ia menarik umat islam dari terus terleka dengan pelbagai hiburan yang dihidangkan."

Itu pendapat beliau. Saya amat menghormatinya. Lalu saya persoalkan beberapa perkara :

1. Penjualan.
2. Kesucian.
3. Keberkesanan.
4. Propaganda.

1.Penjualan
- Dari konteks ini, bagaimana atau apakah hukumnya aktiviti dan hasil penjualan tersebut? Kerana kita tahu rata rata yang menjual ringtone Al Quran ini bukan terdiri dari umat islam? Apakah boleh, orang orang bukan islam melakukan penjualan ini?

2. Kesucian
- Ayat ayat Al Quran adalah suci. Sedangkan Al Quran yang berbentuk buku itu, hukumnya untuk kita meletak di satu satu tempat mestilah lebih tinggi dari paras pinggang. Bagaimana dengan ringtone ini atau ayat Al Quran dalam bentuk CD? Jika ia dijual oleh orang bukan islam, tahukah dia tentang hukum ini? Bagaimana kalau dia meletak CD CD yang mengandungi ayat ayat Al Quran ini merata rata dan sekali sekala terpijak pula CD tersebut?

3. Keberkesanan.
- Dari faktor ini, jika isu ini bertujuan untuk mendidik umat islam supaya mendekatkan diri dengan ayat ayat Al Quran, sejauh mana keberkesanannya?
- Kita ambil contoh pembelajaran mengaji Al Quran di dalam bentuk CD. Sejauh mana keberkesanannya? Apakah seseorang yang tidak pandai mengaji boleh 100% pandai setelah melalui usaha ini? Tidak dinafikan ini satu usaha yang baik, tetapi berapa peratus yang bacaan seseorang itu betul sebutannya? Kerana jika dia tersilap CD CD tersebut tidak dapat menegurnya.
- Ada satu syarikat telekomunikasi yang memberi perkhidamatan tertentu kepada umat islam. Dan iklannya sering didengari di radio IKIM. Cuba kalian teliti iklan iklan syarikat telekomunikasi terbabit betul betul. Di akhir iklan itu, orang tua itu meminta mamat itu membaca doa Qunut. Sedangkan sebelum ini beliau hanya mendapat doa Qunut dari perkhidmatan yang disediakan. Apabila disuruh baca tidak juga dia ketahui. Maka berkesankah? Iklan itu sendiri sudah membuktikan ianya tidak berkesan, dan juga membuktikan bahawa ianya akan di ambil mudah bukan dari orang orang kafir, tetapi dari umat islam sendiri.

4. Propaganda.

- Kata kata Ustaz Hafiz itu ada kebenarannya. Tetapi saya lebih suka memandang di luar kebenaran itu sendiri. Seperti kata beliau, umat umat islam di negara ini, memang tidak banyak yang mendekati Al Quran apatah lagi menghafalnya dan mengetahui selok belok bahasa, sebutan, sejarah dan maksud sesuatu ayat Al Quran itu.
- Jesteru itu, apakah kita tahu, nanti jika ayat ayat Al Quran ini, suatu masa akan dipesongkan? Persoalan ini saya ambil dari faktor ringtone itu kebanyakannya dijual oleh bukan orang islam. Kita perlu ingat, musuh kita adalah orang orang bukan islam. Walau tiada tentangan secara terang ia tetap ada secara halus. Bukankah ini memberi peluang kepada mereka untuk merendah rendahkan dan menghina kesucian Al Quran?
- Satu syarikat telekomunikasi, memberi satu perkhidmatan, di mana boleh mendapat maklumat tentang hadis, doa doa dan ayat ayat Al Quran hanya melalui sms. Dari satu sudut memang ianya baik. Tetapi cuba pandang dari satu penujru yang lain. Syarikat telekomunikasi itu bukan syarikat orang islam. Dan tujuan dia memberi perkhidmatan ini sudah tentu bukan untuk manfaat umat islam melainkan keuntungan semata mata. Dalam bersaing dengan beberapa syarikat telekomunikasi yang lebih hebat, perkhidmatan ini adalah sebagai satu strategi perniagaan. Dan perkara ini melimpah ruah kepada umat islam. Dan apabila sesuatu itu menjadi terlalu banyak ia akan di ambil mudah. Macam makanan, jika terlalu banyak dihidangkan maka akan berlaku pembaziran.

Cadangan.
1. Usaha yang digalakkan ini bukanlah perkara yang tidak baik. Akan tetapi sekiranya ia tidak dikajiselidik dengan betul maka perkara perkara tidak baik mudah sahaja untuk berjangkit. Perlu diingat kita mempertaruhkan kesucian Al Quran itu sendiri. Oleh itu saya mencadangkan jika bersungguh benar mahu menjadikan ayat ayat Al Quran sebagai ringtone, maka wujudkan satu ketetapan dimana, ringtone hanya boleh dijual dan dibeli oleh kaum muslim sahaja. Pemantauan harus dijalankan dan adakan hukuman kepada setimpal sekiranya berlaku penyelewangan.

2. Adalah lebih baik memperbanyakkan madrasah madrasah mengaji Al Quran, dengan ini umat islam boleh mempelajarinya dengan seorang guru yang lebih arif dan cara ini tentunya lebih berkesan. Sebagai permulaan berilah bantuan kembali kepada SAR. Tak rugi pun. Takut apa?

3. Perbanyakkan program program ilmiah. Kurangkan hiburan yang berleluasa seperti Sure heboh, AF, Mentor dan yang seangkatan dengannya. Beringatlah, dunia sudah tua.

4. Beri perhatian dan liputan media sekiranya ada dikalangan umat islam yang menang berzanji, yang menghafal Al Quran dalam usia muda, beri bantuan sewajarnya. Dengan cara ini ianya dapat menimbulkan kesedaran dan menaikkan semangat umat islam serantau dan ianya lebih efektif berbanding dengan menjadikan Al Quran itu sebagai ringtone yang nanti akan berbunyi di dalam tandas, atau para bapa tidak lagi mengazankan anak dengan suara sendiri sebaliknya menggunakan ringtone sahaja, atau disimpan di dalam folder yang mengandungi perkara perkara lagha, atau CD CDnya disimpan dalam satu bekas dengan CD CD lucah!

Friday, December 29, 2006

Pintas

"Kita hidup mesti ada matlamat! Dengan matlamat baru kita nampak apa yang kita nak. Dan ketika itu kita akan go for it!"
-
Ustaz Hafiz.


Kata kata itu masih terngiang ngiang di dalam telinga aku hingga ke hari ini. Apa matlamat aku? Dulu kita belajar, matlamat kita mahu score dalam exam. Mahu kerja. Tak mahu belajar dah. Pening dengan assignment. Selepas bekerja apa pula matlamat kita? Kahwin? Enjoy? Tak kurang juga ada yang mahu sambung belajar semula. Taknak kerja, tensen! Namun ada yang bermatlamat mahu hidup senang. Siang malam cari duit demi menjamin masa depan sendiri. Apa matlamat hidup aku? Aku sudah lupa tentang itu. Dalam aku kesibukan dengan kerja serta hanyut dengan permasalahan hidup. Aku tidak lagi fikir tentang matlamat hidup aku. Apa nanti nasib aku ketika tua? Jika aku tidak bertindak sekarang, kelam sahaja nanti yang menemani.

"Pasai apa kita sekarang rasa tidak bermaya?" Soal Ustaz Hafiz. "Kita pergi kerja balik kerja, sampai rumah makan tidur. Itu sahaja. Apa matlamat hidup kita? Mahu jadi senang? Mahu jadi jutawan? Mahu berjihad? Tanpa matlamat kita memang tidak bermaya, kita hilang arah tuju. Bila kita setkan matlamat. Kita tahu apa yang kita mahu dan kita akan go for it!"

Apa matlamat aku? Mahu hidup senang? Jadi jutawan? Ahhh... tipikal. Semua orang mahu jadi begitu. Kalau boleh mahu tidur je kat rumah 24 jam tapi bulan bulan duit masuk. Aku renung wajah anak aku dalam dalam. Apa masa depan dia? Masa depan dia adalah caturan dalam hidup aku. Dia adalah king dalam permainan catur kehidupan. Aku sebagai askar, knight, castle dan bishop perlu menjamin masa depan dia yang cerah. Ya! Matlamat hidup aku adalah kemenangan. Aku mahu menang! Aku mahu tundukkan king di pihak lawan.

Tuhan, adakah aku akan berjaya? Bantulah hambaMu.

"Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam kehidupan."
- kingbinjai.


Thursday, December 28, 2006

Berapa?

Hari ini berapa haribulan? 28 hb bukan? Gaji sudah masuk bukan? So, bila nak beli Jiwa Kacau 2 : Masuk Barisan kat aku?

Kalau bukan kau orang, siapa lagi nak sokong usaha anak anak melayu kan? So belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah, belilah.

Ha ha.

Tuesday, December 26, 2006

Vroom!

Aku rasa, slogan "Kepimpinan melalui teladan" sudah tidak relevan. Tidak boleh digunapakai lagi. Oleh itu aku sarankan supaya ianya ditukar. Aku ada dua cadangan;

1. Sudah terhantuk baru tergadah.

2. Bagaikan melepaskan batuk di tangga.

Sila pilih salah satu. Nak pakai dua dua pun apa salahnya!

Cadangan kalian pula?

Monday, December 25, 2006

Gantian Lemon

gelung gelung dawai kokot
menggulung hidup
durinya,
menyucuk nyucuk sepedih rasa
pada setiap gerakan

kusut tidak terurai
tersimpul mati
tuhan jangan berikan ku lemon!
berikan aku gunting dan pemotong
sebaliknya

cemas berantai rantai
takut bukan pada dugaan
takut hanya kepada satu
putus asa kepadaMu

berilah ruang
di dalam gulung dawai berduri
di dalam jerut tali bersimpul mati
cukup muat untuk aku
terus rukuk dan sujud kepadaMu


"Ya Allah ya tuhanku, tiada lain selain dariMu tumpahnya penghambaanku. Berikanlah bantuan dan pertolongan di dalam kealpaan aku itu, untuk aku tidak syirik kepadaMu, untuk aku tidak putus harapan padaMu, untuk aku tidak kufur pada nikmatMu, demi untuk aku mendapat keredhaanMu, demi malu aku kepadaMu dalam setiap nafas dan kurnia yang tidak bisa terbalas, walau dengan nyawaku"

Sunday, December 24, 2006

Krismas

Jom nyanyi!

You better watch out
You better not cry
You better not pout
I'm telling you why
Satan Claws is coming to town

He's making a list,
Checking it twice;
Gonna find out who's naughty or nice.
Satan Claws is coming to town

He sees you when you're sleeping
He knows when you're awake
He knows if you've been bad or good
So be good for goodness sake

With little tin horns and little toy drums
Rooty toot toots and rummy tum tums
Satan Claws is coming to town

He sees you when you're sleeping
He knows when you're awake
He knows if you've been bad or good
So be good for goodness sake
Goodness sake

You better watch out
You better not cry
You better not pout
I'm telling you why
Satan Claws is coming to town

(Coming to town)
Satan's a busy man he has no time to play
He's got millions of stockings to fill on Christmas day
( Satan Claws is coming to town )
(Coming to town)
( Satan Claws is coming to town )
(Coming to town)

Ho! Ho! Ho!

Friday, December 22, 2006

Pesta Buku

Sepanjang perjalanan pulang dari kerja. Aku, Ustaz hafiz dan Kak Zedah rancak berborak. Tentang permasalahan di opis amnya. tanpa sedar, Wiraku meluncur laju memasuki zon Bandar Tasik Selatan. Aku turunkan Kak Zedah di situ.

Perjalanan disambung, aku menyusuri MRR2 selaku pemandu berhemah. Sampai aku di zon Ulu kelang, seraya minda aku mengingatkan aku tentang isen Cik BlueCherry. Tentang Pesta Buku Dawama.

"Hafiz, jom pi pesta buku?" ajak aku.

"Mana? Sini ka?" tanya Hafiz sambil menuding ke arah simpang masuk ke AU3.

"A'ah, jom?"

"Ok"

Aku memulas stering. Memasuki simpang masuk ke AU3 Keramat. Menuju ke Dawama. Aku parking kereta. Masuk ke dalam dewan. Memang tidak menghampakan. Sejam aku di dalam tu. Aku beli 4 buku. Hafiz beli 9 buku. Aku puas.

Aku beli :

1. Muhammad Iqbal Kitab Keabadian

2. Hikayat Umar Umaiyah

3. Memahami Gaya Bahasa

4. Puisi Puis Kebangsaan 1913 - 1957

Teka berapa harga semua? Percaya tak, semua sekali hanya RM4.00!

P/s : aku akan datang lagi esok, bawak Queen dan Adib. Kalau kau orang berkesempatan singgahlah, boleh aku jual Masuk Barisan kat kau orang ha ha!

Tujuh Taman

Aku dediakasi kan ini, untuk kalian di esastera dan para bloggers yang ku kenali dan yang mengenali diri ini. Semoga dirahmati, dimurahkan rejeki dan di lindungiNya selalu.

Tujuh Taman

tanah rata merah tanpa debunga
sirami air biar mengalir hilang rintih
penat jerih biar becak basah terendam
rumpur rumput pun tumbur subur mengharum
bersama cekal tapak ini asasnya

benih benih ditabur impian setinggi langit
cita cita nanti biar berbunga mekar setaman
usaha dan daya, sabar tawakal kita laksanakan
hurung sumurung meruak di laman
rena kencana istana harapan kita hiaskan

lima tiang serinya kita dirikan
kukuh luhur niat kita teraskan
ilmu dan iman menjadi bumbung berteduh
takwa kita lurut menirai jendela pedoman
citra impian jadi hiasan di dinding awan

di sini, lelah letih sesegara kita rehatkan
tujuh taman disuluh bintang lubruk disembahkan
di sini, kita sahabat sebesi halangan kita lenturkan
datang seteru usir tidak, kita tamukan
semoga bercambah matang mewangi seluruh zaman

Thursday, December 21, 2006

BomohMan

Berapa banyak kisah di dalam suratkhabar, berita tv dan perantaraan media yang lain mengisahkan perihal kaum yang satu ini. Tentang perilaku perilaku aneh dan juga tentang luah rasa mereka yang terkena. Aku kira Malaya ini banyak bomoh. Dari mana mereka graduate pun aku tak tahu. Seolah olah ada sekolah ghaib yang memberi latihan khusus kepada mereka yang berminat semacam cerita Harry Porter tu. Namun aku tahu, banyak juga yang berilmiah hasil dari keturunan. Saka.

Berapa banyak kehebatan bomoh yang kau tahu? Banyak bukan. Pandai terbang la, boleh hilanglah, keballah, tak mati lah dan macam macam lagi. Semua ketereran mereka dapat samaada dari perlakuan syirik ataupun khurafat. Tapi masih mengaku Islam dan Allah itu Esa.

"Kena minum darah dara yang mati dibunuh untuk menghidupkan tangkal ini. Selepas itu kau akan kebal!"

Eh? Kalau kau orang terer sangat apsal tak pi Palestin, Iraq atau Lubnan tolong saudara saudara kita yang kesusahan di sana? Mangkuk!

Wednesday, December 20, 2006

Merempit

Mat Rempit - Pembinaan trek khas, satu penyelesaian atau galakan?

Ah tak perlulah mukadimah yang lewah, semua tahu spesis ini. Cuma satu persoalan ingin aku ulas, pembinaan trek khas untuk golongan ini, satu penyelesaian gejala rempit atau satu galakan?

Sebelum trek itu dibina, harus ditanya dahulu apakah tujuan pembinaan itu dilaksanakan? Adakah dengan pembinaan trek ini akan menghentikan gejala yang tidak baik ini? Bukankah kempen kempen yang di buat sekarang ini adalah untuk membanteras masalah sosial ini? Banteras, bila mana masih ada saki baki bukanlah banteras namanya itu kerja sambil lewa. Jadi sebelum trek itu dibina, renung dan fikir dulu apakah matlamat yang ingin dicapai.

Memanglah bila trek khas dibina untuk golongan yang sosial ini, mereka tidak lagi berlumba di lebuhraya dan sekaligus akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalanraya yang lain. Tetapi setinggi dan sekuat mana jaminan itu? Dan bagaimana dengan masalah sosial yang berkaitan seperti bohsia, judi dan dadah? Akan terhapuskah nanti? Jika sekarang aktiviti sosial ini dilabelkan haram, di trek khas nanti akan jadi halalkah? Jika halal, maka penyakit bohsia, judi dan dadah akan jadi halal jugakah?

Kereta kalau rosak hantar ke bengkel kereta bukan? Manusia kalau sakit jumpa doktor bukan? Hati, kalau berpenyakit?

Tuesday, December 19, 2006

Pukul 10 Pagi

Mata menjadi letih asyik mendakap skrin komputer. Jeling jeling jam, oh! Sudah pukul 10 pagi. Masa untuk rehat. Aku bangun. Tengok Hafiz, rakan sekerja, sedang tekun... mendengar muzik.

"Hafiz!" jerit aku. Selaku senior di bahagian Instrument. Masih terngiang ngiang di telinga aku pesanan En. Asin selaku HOD. "You in charge dekat atas, so you kene jaga aaa you punya staff tau!"

Hafiz memandang aku. Tidak berkedip. "Jom!" ajak aku.

"Mana?" Hafiz.

"Ternak Kanser, jom?" aku.

"Ha ha ha. Pergilah dulu" Hafiz. Earphone masih melekap di telinganya.

"Jomlah, sejak bila pulak kau menjaga kesihatan ni?" ajak aku lagi sambil berjalan menuju ke pintu. Sayup sayup terdengar Hafiz ketawa kecil. Habis sebatang aku hisap. Hafiz masih tak muncul muncul. Rupa rupanya dia pegi kedai mamak. Ceh!

Saturday, December 16, 2006

Berat Dan Ringan

"Yang berat sama dijunjung yang ringan sama dijinjing."

Fahamkah kalian dengan peribahasa di atas? Oh, aku tak tanya kepada kalian bloggers. Aku tanya pada mereka. Fahamkah?

Maksudnya, kita kerja bersama sama, yang mana susah kita selesaikan bersama sama. Yang mana senang kita juga selesaikan bersama sama. Dan Peribahasa itu bukanlah menyuruh kau sesuka hati melakukan sesuatu untuk menyelebahi satu pihak!

Oleh itu kenyataan kau mengatakan beban itu harus ditanggung bersama sama adalah tidak wajar. Bukan sahaja tidak wajar, malah ianya amat tidak berkeperirakyatan! Sangat dayus! Hampas! Sosot! Dan semua segala macam kata carut lagilah. Tulah hutang lagi sana sini!

Apa? Ini kritiklah ni! Nak kritik yang macam mana lagi? Semua kritikan menyuruh kepada melakukan perubahan yang baik. Macam Narayuda, dikritik dan akhirnya, para Nara berhempas pulas melakukan yang terbaik untuk edisi ke 2. Kalau nak kritik yang lemah gemalai itu bukan kritik. Itu puji, bongok!

Takpa. Ini dunia. Setiap hasil kenaikan yang aku bayar aku akan tuntut di akhirat besok!

Eh? Kalian rasa ada ke dia orang baca blog aku ni? Ya! Aku tanya para bloggers. Kalau ada... Nah ambik ni! Tengok jari tengah aku! Poodah!

"Terbakar rumah boleh dinampak, terbakar hati, siapa yang tahu?"

Friday, December 15, 2006

Lah, Ini Surat Untukmu

lah,
layang surat ini
bukan duri isi kandungannya
andai kau baca
setenang Chini

lah,
cermin cermin bangsa
tiada ruang lagi untuk retak
serpihan serpihannya bertaburan
di bawah paras pengetahuanmu
melekat kami di bawah tapak kasutmu

lah,
empangan kemewahan yang kau dirikan
adalah fatamorgana bagi kami
sedang kau berendam di dalamnya
yang mengalir dari pili di rumah kami
hanyalah sekelingking arus

lah,
kami berlari larian
ketika hujan batu menimpa
mencari teduh yang berselindung
di bawah payung payung
peradabanmu

lah,
tangan yang ku hulurkan ini
akan bersambutkah salam?
atau kau memaling muka
pada satu lagi pelita
rintihan bangsa

Wednesday, December 13, 2006

Evolusi

"Saya pilih huruf G untuk Jagung!. Saya pilih huruf F untuk Maaf!"

Evolusi kehidupan, akan dirasai oleh semua insan di dunia ini. Maksud aku bukan berevolusi dari monyet kepada manusia atau sebaliknya. Namun fakta ini menarik bukan? Bagaimana manusia boleh berevolusi dari monyet? Pelik? Aku rasa persoalan yang lebih pelik adalah bagaimana seorang manusia mengaku yang dirinya berevolusi dari monyet?

Sebagaimana aku selalu pelik berfikir bagaimana seseorang itu boleh mencipta kren, sebegitu jugalah aku pelik dengan En Darwin. Khayalan apakah yang tersimpan di dalam kepalanya hingga tanpa malu malu menyatakan dirinya adalah keturunan monyet? betulkah teori ini? Sebagai umat Islam sudah tentu teori ini tidak betul. Namun cuba kita lihat dari sudut logik.

logik satu:
- jika semua manusia berevolusi dari monyet kenapa masih ada lagi monyet yang tidak bertukar menjadi manusia? Kenapa pula tidak bertukar? Apakah yang menyebabkan evolusinya terbantut?

logik dua:
- kita ambil contoh gajah. Gajah pada hari ini mengalami sekurang kurang 3 peringkat evolusi sebelum menjadi rupa bentuk pada hari ini. Dan lihat, semua spesis gajah yg terawal semuanya pupus. Begitu juga binatang lain. Evolusi peringkat pertama mereka semuanya pupus dan yang tinggal hari ini dalah evolusi mereka yang entah ke berapa.

Jadi hal ini berbalik semula ke logik satu di atas, kenapa masih ada monyet yang tidak berevolusi? Kuota evolusi sudah cukup 30% kah?

P/s : kalian, ada masalah untuk komen kah? Sila nyatakan di ruangan komen. Terima Kasih.

Durian Dan Mentimun


Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Al Baqarah. Ayat 284

12.12.2006

1638hrs

"kat gombak kene ribut sampai atap tercabut. Taufan durian.." sms Queen.

Aku hanya tergamam. Nak reply takde kredit. Betulkah? Semoga semua selamat.

1741hrs
"banyak pokok tumbang ada kuar radio" sms Queen.

1820hrs
Aku sampai kawasan Taman Melati Gombak. Memang Baru lepas dipukul ribut. Banyak pokok tercabut. Anggota bomba dan Rela bergotong royong. Dan aku tidak lepaskan peluang ini, mengambi seberapa banyak gambar yang boleh.

Alhamdulillah, semua selamat. Tiada nyawa terkorban. Atap rumah mentua hilang. Bilik adik ipar aku dimasuki air.

"Kuat sangat!" cerita mak mentua.

Aku menghubungi ayahanda dan bonda yang berada di Ampang. Pesan supaya berhati hati. Mana tahu kalau kalau dia datang menyinggah.

Untuk semua yang membaca blog, jgn pakir kereta bawah pokok ya.



Atap tercabut.


kebanyakan gerai gerai di kawasan ini rosak binasa.

Rebah.


Tak tahu datang dari mana.



Serpihan bumbung di rumah mentua.

P/s : Selebihnya ada di dalam flickers kalau nak tengok.

Monday, December 11, 2006

Sesat






"Sesat di Kuala Lumpur, pahala dan dosa bercampur, tapi kita perlu hidup, kita perlu terus hidup..."












"King! King!" jerit Pian dari dalam bengkel.

"Amende?" aku, dalam spray room.

"Oi kau bawak burung hantu ke opis ke?" tanya Pian.

Aku yang sedang memberi nyamuk makan sedikit pelik dengan pertanyaan dia. "Burung hantu? Ada burung hantu ke?"

"Ada kat dalam stor tu aku ingat patung, bila aku tengok betul betul sekali dia bergerak. Bukan kau bawak ke?" Pian.

"Hoi apa halnya plak aku nak bawak burung hantu." Aku, sambil membontoti Pian masuk ke dalam bengel. Betul, ada burung hantu tersesat masuk dalam bengkel. Cantik. Untuk sementara aku dan Pian biarkan je burung tu dalam stor. Petang sikit, bermulalah operasi menghalau burung hantu.



Jeling dia kat aku yg tengah membuka 4 biji tingkap sebagai laluan keluar.


Aku lupa buka tingkap yang ini, sebelah tu dah terbuka, yang itu juga dia nak lalu.

Oi oi tak boleh lah kat situ, sebelah tu kan dah terbukak?!


Selamat tinggal beb, jaga diri baik baik. Jangan tersesat lagi ya!


P/s : Orang kata, kalau rama rama masuk pejabat, tandanya bos nak datang melawat. Kalau burung hantu masuk pejabat siapa yang nak datang?

Saturday, December 09, 2006

Widuri

Widuri. Siapa yang tak tahu lagu ni? Rata rata semua orang tahu. Malah, satu Malaya tahu. Walaupun kau bukan peminat setia Broery atau peminat lagu lagu bercorak begitu, namun kau tetap boleh menyanyikan lagu ini dengan baik. Betul? Betullah tu.

Di IKM, kami hanya kenal melalui nama glamer. Nama betul memang tak tahu. Bila budak budak freshie masuk, maka berkerumunlah kami memberikan nama glamer. Dan salah seorangnya, terlekat dengan nama Kapal. Nama betul? Hey hey kan tadi aku kata nama betul memang tak ingat?!

Kapal sehostel dengan aku. Satu apartment di Jalan Klang Lama, 22 pelajar tinggal sebumbung. Kapal dengan Widuri, tidak dapat di pisahkan. Bagaikan aur dengan tebing, bagaikan sudu dan garpu, bagaikan mamat tu dengan EMC Libra.

Amnya, bila kita di institut, satu perkara yang sangat lazim adalah bangun lambat. Kebarangkalian untuk tidak ke kelas dalam satu minggu adalah tinggi sekali. Walaupun aku jarang jarang datang lewat, namun ada ada waktu terbabas juga. Namun, semunya berubah sejak ketibaan Kapal.

Pada setiap pagi, orang pertama yang akan bangun dulu ialah Kapal. Kapal akan mandi dulu. Selepas mandi kapal akan bersiap siap dengan uniform IKM. Setelah itu dia akan masuk setiap bilik sambil menyanyi, dengan kuat sekali.

"Widuri. Elok bagai rembulannnnnnnn sayanggggg!" Kemudian dia akan melalui hall, di situ ada beberapa katil bertingkat.

"Widuri. Bukalaaaah pintu hati untukkkuuuuuu!"

Kapal akan menyanyi sehingga semua orang bangun. Dan kapal terus terusan menyanyi setiap pagi. Sejak dari itu, hidup kami berubah. Kebarangkalian kami untuk lambat ke kelas amat rendah sekali. Sebaliknya kebarangkalian kami untuk sangap dalam kelas amat tinggi. Dan sejak hari tu, aku amat benci pada lagu feveret aku ini.


Friday, December 08, 2006

Beta

Yeay!!! Aku telah berjaya mengupgrade kan diri ke beta version. Tanpa hilang sebarang posting yang lama. Yeay!!!

Tapi sayang, semua komen haloscan hilang hai... Haloscan belum bersekutu dengan Blogger lagi. Kena tunggu lagi.

Takpelah yang penting happy! Yeay!

Kau orang bila lagi nak upgrade?

Bertuah

Kita tahu, Jumaat penghulu segala hari. Hari yang mulia dan hari yang baik. Orang kata, hari Jumaat ni berkat. Kalau hati gundah gulana semalam insyaAllah Jumaat penyejuknya. Kalau dari hari Isnin hingga Khamis tak hujan, nanti tiba Jumaat hujan pula, hari berkat. Rahmat pun turun.

Semalam memang aku gundah. Sedikit terkesima, terpampam dan sedikit terasa dalam satu komuniti yang aku sertai. Setakat komen tu, biasa biasa la, tapi kalau dah sampai tahap mencabar kredibiliti tu sedikit sebanyak terasa jugalah. Walaupun lelaki, namun aku tetap manusia. tetap ada hati, tetap ada perasaan. Kalau aku turut kata hati, mahu aku carutkan sahaja, namun disebabkan aku amat menghormati penghuni penghuni di komuniti tersebut aku senyum sahajalah. Nanti nantilah aku ceritakan dengan lebih detail.

Betullah, Jumaat itu berkat. Walaupun perkara itu terjadi di petang Khamis. Dan ketika menaip isen ini pada malam harinya, keberkatan Jumaat telah terasa. Terima kasih Gitartong kerana melagu puisikan sajak saya. Anda telah mengembirakan saya.

P/s : Silalah ramai ramai ke blog Gitartong untuk mendengar lagu ciptaan beliau dimana liriknya adalah dari sajak saya berjudul "Kata kata". Atau klik sahaja stickam player di kolum sebelah kanan anda. Sekali lagi, terima kasih bro! Kau cantik menarik kau memang daboom!

Thursday, December 07, 2006

Hidup

Perkara terbaik dalam kehidupan, adalah hidup.
- kingbinjai.

Monday, December 04, 2006

Pelangi

di,
suatu petang minda ku terperangkap
dalam arus haba aliran besi
kesesakan lalulintas
selautan sumpah seranah
di mana sabar hanya perkataan

lalu muncullah ia
pelangi nan indah
berteman gerimis
di apit suam cahya mentari

betapa ku lupa
kesenangan itu dicelahan payah
kesengsaraan itu sementara
sekuat mana ikatan tali
kan terlerai jua dengan caranya

di,
suatu petang berteman pelangi
ia mengingatkan ku
betapa kita lemah serba serbi
selayaknya hamba pada yang Esa

dan ku percaya
manusia itu jika berupaya
pelangi itu juga mahu dikurungkannya

Sunday, December 03, 2006

Untuk Sahabat ku Indera

Cinta, akan adakah?

andai kasih sebulan bicara
temu nanti bermadahkah cinta?
rindu jua diam terperi
bagai bara di dalam sekam berapi
semakin hangat di malam dingin

salut sayang sutera cina
hiasi laman bertemu puteri
andai sepi pengganti diri
itukah tanda selamanya tiada
atau sekadar masa belum bersedia?

indah khabar sepelangi langit
duduk bersantun budi di hati
bukanlah cinta ketika bersama ada
tapi kadang datang selewat hujan
kadang singgah di hujung jalan

tabah perlu menjana hidup
pada dunia yang tiada apa
asal jatuh bangkit berlari
asal luka sembuh kembali
asal hati pasti berisi

asal hidup berseri sepi
nanti nanti berteman jua
kerana hitam segelap malam
matari kan bersinar esok hari

P/s : Sajak ini bukan ditaip kerana aku menaruh perasan kepada Indera ya, harap maklum! Untuk mendalami dan memahami maksud sajak ini sila ke sini.

Saturday, December 02, 2006

Tercampak!


Ooo ooo Adib kene campak! Err... tak tak bukan aku atau Queen mencampakkan dia. Dia kene demam campak! Ooo ooo sila perturunkan segala petua, tips atau apa sahaja ilmu pengetahuan yang kau orang semua ada melalui eksperiansasi kalian bagaimana caranya untuk aku mendapatkan MC. Eh? Tak tak bagaimana caranya untuk membaik pulih Adib secepat mungkin dengan kadar risiko yang minima. Terima kasih.



P/s : "membaik pulih", fuhh teknikal sungguh aku!

Thursday, November 30, 2006

Cicak!

"Cuk! Cuk! Cuk!" Cicak disyiling berdecuk. Berdecuk? Berdecik, berdicit, berdicut, ah persetankan!


Look! Its a plane! Its bird! No! Its... its.. its CicakMan!!!




Ya, ia bakal ditayang di panggung yang berdekatan. Atau sudah ditayangkan? Entah! Satu usaha yang aku kira sangat baik dalam industri perfileman negara. Syabas untuk Yusri. Kerana berani mencuba sesuatu yang baru. Aku harap ianya amat berbaloi. Pertama kali aku melihat gezzetnya aku sudah teruja. Ooo ooo CicakMan! Namun keterujaan aku hanya sebenter. Ya, sebenter. Aku tak salah eja harap maklum!

Dalam keterujaan aku itu terlintas satu fikiran nakal, takde binatang lainkah selain dari cicak? Kenapa cicak, binatang yang mendedahkan tempat persembunyian Nabi itu mahu dijadikan superhero? Binatang yang sunat hukumnya dibunuh pada setiap malam jumaat itu telah dinaik tarafkan. Kenapa? Tidak ada binatang lainkah?

Dulu dulu, masa kita kecil, kalau bermain bersama kawan kita akan berangan angan mahu menjadi superman, batman, otromen, gaban dan ntah apa apa lagi. Zaman kita remaja yang senja, anak anak buah kita mahu menjadi Power Rangers dan KluangMan. Zaman anak anak kita (aku) nanti, mahu jadi CicakMan! Aduss...

Setiap kali aku menonton gezzet itu, persoalan itu masih terus berlegar. Tiada binatang lainkah? Kan ke ada kala jengking, tebuan, rama rama, ulat gonggok, ulat bulu, lintah, pacat, kumbang, belalang, cakciboi, semut ipoh, semut merah, semut mayat, tungau, tapak sulaiman, kutu kepala, kutu kucing, landak, hatta, macam macam ada!

Namun jangan risau, aku tetap menyokong industri filem melayu. Untuk CicakMan, aku amat pasti akan membeli CD Pirate! Kenapa? Kerana aku masih tidak boleh menerima cicak menjadi hero. Cicak beb cicak!

"Cuk! Cuk! Cuk!"

"Eeiii aku gelilah!" kata kawan aku yang berambut panjang dan meminati muzik Punk dan Metal bila terlihat cicak.


Wednesday, November 29, 2006

Seekor Itik, Sebuah Bar

Adapun, seperti yang diceritakan ada seekor itik pada suatu hari ia memasuki sebuah bar. Mata mata mula memandang liar. Suara hiruk pikuk menjadi sunyi seketika tatkala melangkah masuknya seekor itik ke dalam sebuah bar. Tunduk lah itik itu, tiada dia mahu mendongak, berjalan maju menuju ke meja panjang yang di bawahnya berderet kerusi tinggi bulat. Maka duduk lah dia di salah satu kerusi itu dan memanggil pelayan bar mahu memesan sesuatu. Datanglah pelayan lelaki tersebut sambil mencuci gelas ke arah itik.

"Mahu apa?" tanya pelayan bar.

"Roti ada?" tanya itik.

"Mana ada roti?!" pelayan bar. Keras nadanya.

"Ooo ok ok." itik.

Duduk lah itik di situ pabila permintaannya tiada bersambut. Makanlah ia semangkuk kacang yang terhidang. 30 minit berlalu, dipanggil lagi pelayan lelaki tadi.

"Mahu apa?" tanya pelayan lelaki tadi setiba dia di hadapan itik. Sedikit jelak lagaknya.

"Err, roti ada?" tanya itik, sedikit gentar.

"Takde!" tegas pelayan itu.

"Ok ok takpe." itik.

Maka berlalu pergi pelayan tadi meninggal itik tersebut. Dijeling jelingnya itik itu kadang kadang. Habis kacang, di tambah lagi maka makanlah ia itik itu dengan perlahan lahan. Sejam telah berlalu. Itik itu memanggil semula pelayan bar tadi.

"Mahu apa kau?!" tanya pelayan sedikit bengang.

"Roti ada?" tanya itik penuh pengharapan.

"Takdelah bodoh! Lagi sekali kau tanya pasal roti, aku paku kau kat dinding tahu!" marah pelayan bar itu.

Maka terkedulah itik. Hasratnya mahu merasa roti masih tidak kesampaian. Maka tinggallah ia di situ mengunyah kacang perlahan lahan. Sebiji demi sebiji demi sebiji demi sebiji, tanpa disedari 5 jam sudah berlalu. Di jelingnya pelayan tadi yang sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang pelanggan. Lalu dipanggilnya kembali pelayan itu.

"Ya?" tanya pelayan itu setelah menghampiri itik. Seakan akan telah lupa pada amarahnya.

"Paku ada?" tanya itik.

"Pelayan menjadi terkejut. Sedikit pelik dengan pertanyaan itik itu lalu dia menjawab, "Paku? Mana ada paku?!"

"Roti ada?!"

Tuesday, November 28, 2006

Untukmu

26.11.2006

Adalah tarikh keramat. Satu tarikh di mana aku dan Queen bergelar suami isteri 2 tahun lalu. Hari itu, ahad. Selesai mandi pagi. Aku kaget bila terlihat bungkusan di atas meja solek. Satu paper bag, di dalamnya ada sekeping kad dan setin biskut fames amos.

Ah, aku tidak langsung membelikannya sebarang hadiah pun. Hatta sekeping kad pun tiada. Sambil membaca kata kata yang membelai perasaan perlahan lahan hati aku memohon maaf. Maaf kerana tiada pemberian utnuk hari yang istimewa ini. Bukan aku terlupa, sama sekali tidak. Sebabnya, engkau lebih memahami.

Selesai memakai baju, aku turun. Menuju ke dapur. Terlihat si dia sedang menyiapkan sarapan. Aku peluk dan cium pipinya tanda terima kasih.

Lewat petang,

"Bi, tidak ada sajakkah?" tanya Queen.

"Emm takde ide la." aku. Sungguh! Bukan aku terlupa, tidak. Namun aku betul betul tiada ide. Sebelum tarikh itu tiba aku sudah merangka rangka ayat. Semua tidak kena. Lalu pagi ini Allah itu maha berkuasa amat! Perlahan lahan ide itu datang. Satu demi satu. Maka terimalah pemberian yang tidak seberapa ini yang datang dari hati serang suami yang ikhlas. Buat ulangtahun kita yang kedua. Semoga kita kekal selamanya. Maaf kerana maharaja ini tiada termampu menyaluti zahirmu dengan kemewahan dunia seperti layaknya. Maaf. Aku sedang berusaha mengubah suasana hidup kita. InsyaAllah, ketika itu kan ku cari padanan yang sesuai dengan senyummu. :)


Untukmu

untukmu
ku alirkan selautan kasih
yang tiada surutnya
setiap purnama

untukmu
ku layarkan bahtera
yang tiada resah
meredah gelora

untukmu
tulus kerinduan
selayak permaisuri
tiada berbelah bagi

dan kita hiasi awangan
dengan memori
kita ajarkan pada tiung
segala melodi

kukuhkan kota dihatimu itu
selagi ada nafas kurniaan tuhan
selamanya itu kan mekar
pun begitu
bila airmata mengiringi
cinta untuk kita sentiasa ada

untukmu
ku hadiahkan cinta yang terbaik


Saturday, November 25, 2006

Hikayat Merong Mahawangsa Bah 3

Adapun si Geruda setelah dipastikan angkatan dibawahnya itu adalah dari kerajaan Rum maka menjadi amat marahlah ia lalu ia datang menyambar. Raja Merong Mahawangsa menarik busur anak panahnya yang bernama Ayun Ayunan itu ke udara. Bergemuruhlah bunyinya bagai halilintar membelah angkasa. Maka segala jenis meriam di atas bahtera jua habis di halakan kepada Geruda, namun sedikit tidak memberi apa kepadanya. Lalu Geruda membalasnya dengan mendatangkan guruh, hujan, angin, ribut dari sebelah selatan menghala ke utara. Demi melihat kesaktian Geruda, Raja Merong Mahawangsa mengambil panahnya yang bernama Ayun Ayunan yang hujungnya merah seperti api dan dilepaskan ke arah ribut yang mendatang. Lalu terpaculah gunung menahan ribut yang diterbitkan oleh Geruda itu. Larilah burung Geruda itu setelah berjaya merosak 3 buah bahtera, saat itu malam pun tiba.

Keesokan harinya, setelah dipastikan tiada kehadiran Geruda itu, maka belayarlah bahtera yang tinggal hingga sampai ke Kuala Tawai. Dengan tiada semena mena muncullah Geruda itu dengan ribut dan taufan, kilat sabung menyabung. Maka Raja Merong Mahawangsa pun mengambil panahnya yang bernama Berana Pura itu, bernyala nyala api dihujungnya dan dilepaskan ke udara. Maka bergemuruhlah bunyi menerbangkan segala hujan, ribut dan taufan. Dan terlihat Geruda sudah membinasakan 3 lagi bahtera di dalam kelam kabut itu. Dan segeralah Raja Merong Mahawangsa itu memanah sekali lagi menggunakan Berana Pura itu. Maka bergemuruhlah angkasa dibelah anak panah yang menuju ke arah Geruda. Demi dilihat oleh Geruda, maka ia pun mengibaskan sayapnya maka jatuhlah anak panah itu ke dalam laut. Lalu dengan pantas ia menyerang hingga rosak binasa enam buah bahtera lagi. Dan larilah Geruda itu setelah diamati sukarnya membinasakan seluruh angkatan Raja Rum itu.

Maka belayarlah semula angkatan kerajaan Rum itu hingga tiba ke laut Kuala Parit. Setiba di situ, datanglah Geruda itu sekali lagi menyerang. Dan seballah hati Raja Merong Mahawangsa. Lalu dicapai panahnya yang bernama Pusar Sempani Gembira dan dilepaskannya ke angkasa. Seketika muncullah hantu syaitan datang menyerang Geruda itu. Tahulah Geruda itu panah yang dilepaskan bernama Pusar Sempani Gembira. Lalu dikirai kiraikan dengan sayapnya dan menerkam ke arah angkatan Raja Rum dan menyambar tiga kapal kecil dan menghambat hantu syaitan. Manakala segala bedilan meriam dan panah yang datang ibarat hujan lebat sahajalah bila mengenai Geruda. Sedikit tidak memberi kesan. Geruda itu pun menempik dengan azamatnya hingga hilang sekelian hantu syaitan.

Marahlah Raja Merng Mahawangsa melihat hal yang sedemikian. Lalu dibalasnya dengan satu lagi anak panah dan munculah Jentayu menghambat Geruda itu. Maka berlawanlah keduanya menyambar dengan paruh, berkibar kibaran dengan sayapnya, terlalu amat dahanam gemuruh bunyinya. Terlalu hairanlah sekelian yang melihat. Maka disemburlah oleh Geruda dari mulutnya api yang bernyala nyala dan terbakarlah Jentayu lalu hilang. Hingga malam jualah pertarungan itu dan Geruda pun beredar kepenatan.

Setelah berhari hari berlalu, maka belayarlah mereka kembali hingga ke Kuala Murib. Setelah lama kelihatanlah Pulau Salang. Maka tinggalah angkatan Raja Merong Mahawangsa mengambil air, sedang angkatan anak Raja Rum terus menuju hingga ke Tanjung Hujung Salang dan akhirnya tiba di Pulau Langkapuri. Dan terlihatlah oleh Geruda kedatangan angkatan tersebut. Datanglah ia dengan ribut taufan menyerang angkatan tersebut. Habis karamlah segala kapal yang ada. Tiada satu kapal hatta yang kecil sekalipun yang tinggal. Gembiralah Geruda itu sangkanya pasti matilah anak si Raja Rum itu. Maka ia pun terbanglah menjauh.

Hatta angkatan Raja Merong Mahawangsa menurut angkatan Raja Rum jauh dari belakang. Terkejutlah baginda melihat keadaan rosak binasa itu. Lalu diselamatkan yang masih hidup. Di cari anak Raja Rum merata tiadalah berjumpa. Belayarlah baginda ke timur hingga sampai ke Pulau Jambul yang di diami kaum gergasi. Lalu dibinalah kota parit di situ. Dan di binalah istana dengan balainya yang terlalu amat besar indahnya dan diberi nama Langkasuka. Maka duduklah Raja Merong Mahawangsa di situ sambil mencari cari anak Raja Rum. Hingga mashyurlah baginda di situ, ramailah rakyat jelata berpindah ke situ dari bulan ke bulan tahun ke tahun memerintahlah baginda dengan adil dan saksama.

Tersebutlah kisah si anak Raja Rum itu, yang bergantung di atas papan yang sekeping. Tiada makan dan minum berhari hari lamanya hingga kurus kering tubuhnya hingga di hinggap kapang dan keritip di seluruh badannya. Di bawalah dia oleh ombak hingga jatuh di celah batu di pantai Pulau Langkapuri dengan letih lesu dan lapar dahaganya.

Tiadalah Geruda ketika itu kerana ia sedang mencari makan. Lalu turunlah Puteri Benua China bersama dayangnya ke tepi laut mencari ketam lalu terjumpalah dengan anak Raja Rum. Lalu jatuh kasihanlah si Puteri Benua China lalu di selamatkan anak Raja Rum itu dan disorokkan dia di dalam sebuah gua demi mengelak dari diketahui oleh Geruda. Hari demi hari bulan demi bulan di jaga baiklah anak Raja Rum oleh si Puteri bersama dayangnya, maka sihat segar kembali dia, setelah itu demi melihat sesama sendiri maka jatuh cintalah keduanya. Setelah diketahui latar belakang masing masing maka makin erat lagilah lakunya.

Pada suatu hari, maka terbanglah Geruda sampai mengaras awan menuju kepada tempat Nabi Allah Sulaiman.

“Hai burung Geruda, apa khabarnya janji yang telah engkau katakan. Dapatkah engkau melaksanakannya?” Sabda nabi Allah Sulaiman.

“Ya Nabi Allah sudalah hambamu ini kerjakan.” Sembah Geruda.

Lalu diceritakan kepada baginda perihal bagaimana ia menculik Puteri Benua China hingga ia bertarung dengan Raja Merong Mahawangsa dan akhirnya membunuh anak Raja Rum itu. Maka tertawalah Nabi Allah Sulaman mendengar cerita itu.

“Kalau kalau mereka masih hidup bagaimana?” tanya Nabi Allah Sulaiman.

“Jikalau hidup anak Raja Rum itu dan bertemu dengan Puteri Benua China, hamba akan mengotakan janji hamba. Tiadalah hamba berani berdusta kepada Nabi Allah.” Sembah Geruda.

Nabi Allah Sulaiman tersenyum mendengarnya. Lalu diperintahkan kepada raja jin Harman Shah supaya membawa kesemua mereka ke dalam sebuah peti untuk di bawa mengadap di hadapannya. Lalu berangkatlah Harman Shah bersama 100 menterinya melaksanakan perintah Nabi Allah Sulaiman. Di masukkan Puteri Benua China bersama dayangnya disertai dengan anak Raja Rum ke dalam peti lalu di bawa mengadap Baginda Nabi Allah Sulaiman.

Nabi Allah Sulaiman menurunkan perintah supaya keluarlah kesemua yang di dalam peti itu. Maka keluarlah kesemuanya sambil menundukkan kepala dan duduk menyembah kepada Nabi Allah Sulaiman.

“Hai Geruda, siapakah lelaki ini?” tanya Nabi Allah Sulaiman sambil menunjuk ke arah anak Raja Rum.

Maka dengan itu, gentarlah Geruda kepada Nabi Allah Sulaiman serta malunya ia tiada terperi lagi. Lalu bersabdalah nabi Allah Sulaiman,

“Hai segala raja raja dan menteriku bangsa yang baik baik, hendaklah engkau dan kamu sekelian ketahui demi tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekelian di dalam empat perkara itu janganlah sekali kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada tuhan sekelian alam.

Pertama rezeki, sedikit atau banyak pada sehari semalam itu tiadalah segala makhluk hendak tentukan, sekelian dengan janjiNya juga.

Kedua perkara yang memutuskan rezekinya, seperti yang akan datang mara atau maut , hendak itu pun tiadalah boleh seseorang jua pun daripada makhlukNya hendak mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua.

Ketiga, perkara jodoh pertemuan sesuatu makhlukNya, jikalau berhimpun seisi alam dunia ini daripada segala bangsa yang di jadikan Allah taala, hendak menceraikan, tiada dapat menceraikan melainkan dengan kehendakNya jua.

Keempat, perkara penceraian yang sudah sampai waktu, saat harinya, tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh melainkan dengan sekelian itu pun dengan janjiNya jua.”

Lalu datang menyembahlah Geruda meminta keampunan kepada Nabi Allah Sulaiman. Dan diperintahkan oleh Baginda kepada Geruda supaya berpergian ke tempat yang jauh daripada manusia. Diperintahkan kepada Geruda utnuk menetap di laut yang bernama Kalzum yang tiada akan dihampiri manusia. Maka terbanglah ia ke situ.

Nabi Allah Sulaiman kemudiannya memerintahkan dibuat suatu surat di dalam bahasa cina menceritakan segalanya yang telah berlaku. Diperintahkan juga untuk menyampaikan berita kepada Raja Rum supaya dapat dipanggil kembali Raja Merong Mahawangsa. Sesudah itu nabi Allah memerintahkan raja jin Harman Shah supaya membawa seribu tentera menghantar kembali Puteri Benua China bersama tiga dayangnya dan anak Raja Rum ke Benua China untuk dikahwin sebaimana layaknya.

Sekian

Cerita asal sebanyak 24 m/s.
P/s : Indera, saya mahu baca Hikayat Raja Bersiung versi saudara pula ya?

Wednesday, November 22, 2006

Hikayat Merong Mahawangsa Bah 2

Versi ini saya petik dari kitab Hikayat Merong Mahawangsa milik saya. Ianya adalah versi RJ Wilkinson. Perlu diketahui, saya telah mengolah sedikit gaya bahasa demi untuk anda, pembaca mudah memahaminya walaupun sebenarnya ianya lebih sedap dibaca dalam konteks bahasa yang asal yakni gaya bahasa melayu lama. Dan saya ringkaskan cerita ini agar tidak meleret dan menimbulkan kebosanan kepada kalian. Selamat membaca!

Pada zaman dahulukala, yakni semasa zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, terdapat satu pulau yang dipanggil Pulau Langkapuri yang didiami oleh seekor Geruda yang asalnya dari cucu Maharaja Dewata. Banyaklah kesaktian yang terdapat pada burung Geruda ini dan digeruni setiap makhluk yang terbang dan melata di bumi. Maka pada suatu hari, datanglah seekor burung Rajawali menemui burung Geruda itu.

"Adakah tuan hamba beroleh khabar bahawasanya Raja Rum itu beroleh seorang anak laki laki? Sekarang ini ia hendak meminang anak Raja Benua China.” Kata burung Rajawali.

“Dari mana engkau memperolehi khabar ini?” soal Geruda.

“Hamba beroleh khabar ini daripada Kakaktua, dia yang melihat utusan dari Benua Rum menuju ke Benua China.” Jelas Rajawali.

“Ini sesuatu yang mustahil. Nantilah, aku mengadap Nabi Allah Sulaiman untuk membatalkan perkara ini.” Kata Geruda.

Maka terbanglah Geruda itu mengaras awan dan berasaplah seketika dunia ini. Dan sampailah ia di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

“Ya Nabi Allah, hamba dengar khabarnya Raja Rum mahu menikahkan Puteranya dengan Puteri dari Benua China. Namun pada fikiran hamba ianya bukanlah jodoh yang sesuai.” Sembah Geruda.

“Hai Geruda, demi tuhan yang menjadikan aku, adapun jodoh pertemuan itu samaada di dalam batu atau kayu sekalipun, tiada siapa yang dapat menceraikkannya.” Sabda Nabi Allah Sulaiman.

“Ya Nabi Allah, izinkan sahaja hamba melakukannya. Sekiranya hamba gagal menceraikan keduanya, maka undurlah hamba daripada bawah lagit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia.” Sembah Geruda.

Maka dengan melihat kedegilan Geruda itu, Nabi Allah Sulaiman mengizinkan dan mempersetujui syarat yang Geruda sendiri utarakan. Setelah mendapat keizinan dari Baginda, terbanglah Geruda ke Benua China. Hatta setelah sekian lamanya ia terbang, maka sampailah ia ke Benua China dan dilihatnya segala persiapan dan nyata benarlah seperti yang di khabarkan kepadanya. Terlihat ia sang Puteri sedang duduk di taman, lalu disambarnya tuan puteri bersama dengan tiga orang dayang dan di bawa ke Pulau Langkapuri. Dan di simpan mereka di dalam sebuah mahligai.

Perihal Raja Rum, sedang itu baginda dihadapai oleh segala raja , menteri para pengawal, hulubalang, sida sida, bentara dan biduanda sekelian penuh sesak di balai paseban agung, bermesyuarat tentang penghantaran anak baginda ke Benua China untuk dikahwinkan. Dan diam di dalam kelompok raja raja yang hadir, sahabat baginda Raja Rum itu yang bernama Raja Merong Mahawangsa.

“Hai saudara hamba, hendaklah saudara pergi ke Benua China menggantikan hamba membawa Putera kita untuk dikahwinkan.” Titah Baginda Raja Rum.

“Baiklah tuanku, barang yang dititahkan itu, patik laksanakan tuanku.” Sembah Raja Merong Mahawangsa.

Maka belayarlah sekelian anak menteri, pengawal, hulubalang dan 40 anak raja raja di dalam satu bahtera yang besar. Sedang Raja Merong Mahawangsa di dalam satu bahtera yang lainnya. Bertaburanlah bahtera, kapal kapal dan perahu kecil hingga memenuhi laut menuju ke Benua China.

Setelah sekian lama mereka belayar, maka sampailah ke laut Kuala Changgung yang diperintah oleh seorang raja bernama Raja Kelinggi. Sedang belayar itu maka dengan tiba tiba gelaplah matahari. Datanglah kelam kabut ribut petir guruh dengan hebat dahsyat. Bagaikan sepohon angin rbut yang besar rupanya. Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera menyiasat sambil memegang senjatanya.Terlihat olehnya yang datang itu bukanlah ribut taufan tetapi hanyalah seekor burung Geruda.

bersambung...

Tuesday, November 21, 2006

Laporan Rapat06

Woop! Woop! Tak tak, aku tak panggil Op. ha ha.


Malam sebelum gath. Aku tidur dengan lenanya. Aku tak pasti adakah mamat tu tidur dengan lena juga. Aku harap haraplah, pasal aku boleh meramalkan berapa decibel kekuatan gelak ku andai melihat mata merahnya esok. Semua persiapan telah di buat seminggu awal. Pagi gath aku sms pada Op, Esis dan Lanrambai.

"ooo ooo hari ni rapat06. Yeay yeay dude, aku on the way" sms aku pada pukul 7:40 pagi.

Hanya Op dan Lanrambai sahaja yang membalasnya :

"hehe cantik. eh awalnya kau. pukul 12 la oi." sms Op

"ko gila ke? baru kul 7 dah pegi? diablog dulu ke? diablog dah kensel tau tak?" sms Lanrambai
"aku on the way beli nasi lemak la ha ha ha" balas aku kepada mereka berdua ha ha ha.

Pagi itu berjalan seperti biasa. Pukul 9 adib tido. Pukul 10:14 Bukunota talipon.

"halo?" aku

"Kingbinjai?" bukunota

"ya ya siapa tu?"

"Bukunota sini. ko pegi gath tak?"

"pegi pegi"

"kau kene baca sajak"

"ha?! sajak apa?!"

"sajak santak tu la kau punya memang so kau kene baca"

"biar betul?!"

"betul"

Dan pagi yang indah itu bertukar menjadi sedikit mendung. Aku hampir hampir mengenselkan kedatangan aku, namun memandangkan aku dah bayo aku gagahi jualah! Queen tak habis habis mengenakan aku. ceh!

Pukul 1030 Adib terjaga sebab di kacau oleh sepupu dia. Terus kita orang siap siap. Pukul 12 bergerak. Takut jem. sekali sampai awal daaa. 12:20 aku dah sampai. Sesampai di Alamo Cafe, orang yang pertama aku nampak adalah Basri. Seminit kemudian Lanrambai dan Kemat pun tiba. Sekali hujan, nasib baik sekejap je.

Kak Ungku menyambut kedatangan kami seraya membawa Queen masuk ke dalam. Sementara aku, Lanrambai, Kemat dan Gitartong berborak di luar sekejap. Seketika ternampak Op. Mula mula aku ingat Op pakai tracksuit! Serius! Ha ha ha rupa rupanya seluar baju melayu.
Masuk ke dalam Cafe, Attochsmart sudah ada. Oh ya Attochsmart juga tiba sejurus aku dan Lanrambai tiba. Masuk je dalam cafe... fuyoooo!!! canggih! Exklusif wa cakap lu!

Gua tengah stim ni beb!

kemudian Samurai dan Ahsuez tiba. aku tak sangka Samurai ini pemalu orangnya. Pastu Awanputih datang. Pastu Sinaga naga pastu Tok Rimau dan seterusnya aku pun dah tak ingat.

Ooo ooo aku jumpa dengan Anne. Mahu saja aku tanya, "Anne, u pakai kasut baru ke?" tapi hajat tak kesampaian. Kerana, aku malu. Hohoho.


Ini kali pertama aku pergi gathering GJ ni so aku tak expect apa apa lah. Namun suasananya agak selesa bagi kami yang pertama kali menyertainya.

"Dude, sapa jadi mc tahun nie?" tanya aku pada Lanrambai, Gitartong dan Kemat.

"Ntah! Kau pernah pegi gath ke sebelum ni King?" Lanrambai.

"Tak pernah" aku

"Abis tu tanya macam pernah je?" Lan

"Laaa jgn la bocor rahsia buat buat macam pernah pegila!" aku

Hahaha yang lain gelak.

Sesudah zohor. Acara pun bermula. Para nara belum lagi tiba. Ini boleh mendatangkan marah nie! MC dipelopori oleh Rudy Bluhikari, fuhh class beb! Macam Aznil wa cakap lu!

Kemudian Op memberi Ucapan. Disusuli dengan Basri. Kemudian tibalah ke acara yang di annti nantikan...

Makan time!

Seketika sapa ntah mula bersuara kuat kuat. "Kingbinjai sapa Kingbinjai?" jerit dia sambil memandang keliling.

Aku angkat tangan "Oh kau rupanya. Nanti aku ambil sajak kau, tertinggal dalam kereta la"





Ooo ooo ini rupanya B
ukunota bisik hati aku. Tak sama seperti aku bayangkan. Aku dok bayangkan mamat ni mestilah muka serius, tangan kaki penuh bulu, dada pun. Berkumis tebel, memakai kaca mata hitam.

Acara bersambung. Nara Esis sudah tiba. Elmaaniq belum sampai sampai. Mahu je aku karate tengkuk dorang ni. Wachaa!! Sampai slot Cik Nana. Hati jadi sebak. Walaupun aku tak kenal dia namun kesedihan dalam kehilangan sahabat itu tetap dapat aku rasai. ND menyampaikan lagu kenangan terindah. Perghh!!! suara mamat ni! sampai menjilat jari!



Slot sindiket soljah paling kelaka ha ha ha. Persembahan gitartong jgn cakapla superb! Persembahan Matjan amat bertenaga. Persembahan aku la paling hancus! Aku cakap dah aku tak pandai! ha ha ha.

Aku ada menangkap beberapa gambar sekitar Rapat06. Silalah ke :

http://www.flickr.com/photos/88616861@N00/

http://www.flickr.com/photos/88616861@N00/show/

p/s : Bukunota, terima kasih kerana memenangkan aku. Aku pun tak sedar yang kau orang tak dengar suara aku. Aku rasa aku dengar clear je ha ha ha. Oh ya aku juga terkilan pasal Esis tidak membuat persembahan akrobatik ha ha. Kudeta? Ya ya kudeta memang bess. Setakat sampai hari ini aku dah khatam dua kali! Namun tak boleh lawan narayuda ha ha ha.

Saturday, November 18, 2006

Hikayat Merong Mahawangsa Bah 1

Saya amat tertarik dengan isen yang dipaparkan oleh saudara Indera, yang menceritakan perihal burung Geroda dan Jentayu seperti yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Saya juga tertarik dengan persoalan yang Hakim Dirani timbulkan, iaitu, siapakah Raja Sulaiman? Adakah baginda adalah Nabi Allah Sulaiman atau hanya sekadar Raja biasa yang bernama Sulaiman? Soalan soalan ini menggerakkan hati saya untuk meneliti kitab Hikayat Merong Mahawangsa yang saya miliki bagi merujuk kembali perkara ini. Dan nah! Ternyata terdapat jawapan di dalamnya. Namun begitu saya agak terpempan bilamana membandingkan dengan kitab di tangan saya dan isen yang saudara Indera. Ternayata terdapat banyak perbezaan. Namun kita biarkan kelainan versi itu dahulu. Isen kali ini saya mahu paparkan serba sedikit tentang Hikayat Merong Mahawangsa dan siapakah Raja Sulaiman yang dimaksudkan di dalam versi Indera.

Pengenalan

Tidaklah diketahui secara tepat bilakah hikayat ini pertama kali ditulis. Kerana naskah naskah melayu jarang memuatkan sebarang maklumat yang penting itu walaupun dalam mukadimah maklumat terbabit ada menyatakannya.

Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu waktu hari baginda keluar ke penghadapan...

Merujuk kepada mukadimah ini maka Winstedt telah mencadangkan hikayat ini tertulis sekitar tahun 1612. Namun para sejarawan Kedah telah membuat rekonstruksi susunan keturunan raja raja Kedah yang lengkap dengan tarikhnya. Berdasarkan ini Sultan Muazzam Shah telah memerintah Kedah antara tahun 1179-1236. Pun begitu sekitar tahun ini adalah agak awal untuk penulisan berkembang. Ini berdasarkan kepada Undang undang Pelabuhan yang telah tertulis pada 1035 Hijrah bersamaan 1625 dimana aktiviti penulisan agak pesat sekitar ini, yakni pada abad ke 17.

Hikayat Merong Mahawangsa amat berkait rapat dengan negeri Kedah kerana di situlah bermulanya Kerajaan Beraja ataupun Kesultanan Melayu.

Versi

Terdapat 3 versi yang saya ketahui untuk Hikayat Merong Mahwangsa. Iaitu :

1. Versi Rj Wilkinson
- versi ini adalah di dalam bentuk buku, bercap batu dalam tulisan Jawi. Ia terdiri daripada 113 halaman berukuran 13"x8.4".

- salanan versi ini telah di tulis oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin, di Pulau Pinang dan tamat disalin pada 2 Rejab, 1316 bersamaan 16 November 1898.

- cetakan batu ini dibuat oleh Kim Sik Hian Press, Nombor 78, Penang Street dan di salin serta diterbitkan atas kehendak RJ Wilkinson, Esquire Acting Inspectr of Schools, Strait Settlements.

- besar kemungkinan terbitan ini dibuat untuk kegunaan di sekolah sekolah dan merupakan salinan yang agak tersebar dan masih ada dalam simpanan beberapa ornag tertentu. Satu salinan yang sama tersimpan di Muzium negeri Kedah, di Alor Setar.

2. Versi Aj Sturrock
- Diterbitkan Di dalam bentuk JRASSB, nombor 72, Mei 1916.

- dicap dalam tulisan Rumi.

- tiada sebarang maklumat terperinci mengenainya.

3. Versi CO Balgden (Ms. Maxwell 21 dan 16)
- adalah salinan mikrofilem daripada naskah asal yang kini disimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society di London.

- manuskrip ini adalah salah satu manuskrip yang dihadiahkan oleh W. Maxwell kepada Royal Asiatic Sciety, dan disebut sebagai Maxwell 16.

- hikayat ini ditulis di dalam tulisan Jawi, panjang 149 halaman dan tiada angka halaman.

- terdapat satu kesan tandatangan Maxwell dan catatan Singapore 1884 di dalam Maxwell 16.

- Maxwell 16 bertulisan Jawi dan sepanjang 207 halaman.

- pada halaman 207 terdapat maklumat tertentu. Kemungkinan tarikh akhir penyalinan adalah 2 September 1889 kerana Maxwell dikatakan telah memperolehinya semasa beliau berada di Semenanjung.

Terdapat perbezaan di antara ketiga tiga versi di atas. Dimana Versi Maxwell mempunyai perenggan. Pokok dasar cerita adalah sama namun dalam Versi Maxwell cerita ceritanya lebih panjang dan meleret. Perbezaan perbezaan yang terdapat di dalam ketiga tiga versi di atas merangkumi aspek :

1. kata daerah
2. ejaan tulisan jawi
3. perbezaan nama dan tempat

Saya rasa tidak perlulah saya terangkan lebih lanjut mengenainya. Namun suka saya paparkan sedikit petikan dari salinan Wilkinson dan Ms Maxwell 16 untuk kalian lihat perbezaannya.

Versi Wilkinson :
...Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal perang Seri Rama dan Andunan jadi sunyilah pulai itu tiada siapa siapa duduk...

Versi Ms Maxwell 16
... Alkisah maka tersebutlah perkataan segala perintahnya Pulau Langkapuri itu selamanya peninggalan pada tatkala perang Seri Rama dengan Handuman itu, jadi sunyilah Pulau Langkapuri itu, maka tiadalah siapa yang mendiami pulau itu.

Siapakah Raja Sulaiman?

Jika anda biasa membaca Hikayat ini, akan di dapati permulaan ceritanya akan bermula dengan Bismillah dan puji pujian kepada Allah dan Muhammad pesuruhNya. Didalam semua versi yang disebut di atas juga melakukan perkara yang sama.

Di dalam versi Indera ada menyebut tentang Raja Rom dan perkara ini juga sama di dalam versi di tangan saya (RJ Wilkinson). Sebelum saya meneruskan perlu diketahui bahawasanya kerajaan Nabi Allah Sulaiman berada bersama sekitar kerajaan Rom memerintah (sebagaimana yang saya periksa dengan Ustaz Hafiz).

Di dalam versi RJ Wilkinson, telah disebut :
... Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung geroda yang terlalu amat besarnya turun mengadap Nabi Allah Sulaiman, sembahnya "Ya Nabi Allah, hamba dengar warta Raja Rum ada menaruh seorang anak laki laki dan Raja China ada menaruh seorang anak perempuan.

.... Maka sabda Nabi Allah Sulaiman "hai burung geroda demi Tuhan yang menjadikan aku adapun jodo pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada yang dapat menceraikan ia"

Dan juga kita maklum, bahawasanya hanya Nabi Allah Sulaiman sahaja yang mampu berbicara dengan binatang. Di dalam versi di tangan saya ada menyebut perihal Jin dan bagaimana Nabi Allah Sulaiman memberi perintah kepadanya dan dituruti tanpa ada persoalan.

Saya percaya sekiranya saudara Indera memanjangkan ceritanya akan terdapat perintah Raja Sulaiman menyuruh sepasukan Jin menghantar kembali Pagoda terbabit ke Negeri Cina.

Jadi berdasarkan faktor faktor ini, maka saya berpendapat Raja Sulaiman yang termaktub di dalam isen Indera dan di dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa milik saya merujuk kepada manusia yang sama.

Saya akan paparkan kisah ini nanti di dalam bahagian kedua. Tunggu ya!

Sekian.

Thursday, November 16, 2006

Aku Kena Tag

Sebagai menepati janji...

Ooo ooo saya kena tag! Tak di sangka sangka ya? Mulanya saya enggan menjawab tag ini, namun memandangkan orang yang mengtag saya ini (sampai 2 org, fuyooo!) adalah mereka yang saya hormati maka saya jawab jugalah. Terimalah persembahan saya. Semoga anda terhibur.

5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan
1. langsaikan hutang
2. pergi haji dengan semua ahli keluarga
3. beli tanah dan bina rumah yang besar untuk muat saya sekeluarga dan mak dan abah
4. bisnes (kedai buku dan kedai barangan bayi dan kanak kanak)
5. masuk arena politik. Saya mahu jadi PM. Mahu lakukan lebih dari 5 perkara ini.

5 Tabiat buruk

1. Suka berangan-angan
2. hisap rokok
3. boros
4. lambat potong kuku kaki (tak nampakla)
5. ratah lauk

5 Perkara yang saya benci melakukannya
1. memandu kekita kesesakan lalu lintas
2. menyusahkan orang
3. bangun dari tidur
4. makan ubat
5. pergi klinik, melainkan jika dapat mc

5 Perkara yang tidak akan saya lakukan
1. syirik
2. minum arak
3. pergi disko
4. menyakiti isteri saya secara fizikal
5. menghisap rokok depan anak

5 Perkara yang saya menyesal melakukannya
1. tidak belajar rajin rajin
2. tidak menerima tawaran ke UK
3. tidak menerima tawaran menjadi tenaga pengajar di Ipoh
4. lambat menulis sajak
5. memakaigunakan kredit kad

5 Permata Hati Saya
1. mak dan abah
2. opah
3. queen
4. adib
5. kawan kawan

5 Tempat yang saya sukai
1. dalam bilik sendiri
2. kedai buku
3. depan pc saya
4. meja makan
5. luar rumah

5 Saat yang penuh bermakna
1. ketika akad nikah
2. malam pertama hooooooo
3. ketika dalam larbour room menyambut adib
4. ketika mengazankan adib
5. ketika saat pertama membaca karya sendiri dalam majalah tunas cipta

5 Benda/Perkara yang saya sukai
1. handphone
2. thumbdrive
3. kamera
4. porch
5. pc games

5 Perkara tentang diri saya
1. panas baran
2. sensitif
3. suka makan
4. suka movie
5. suka muzik

5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog
5 je ke? Maaf, saya suka semua!

5 benda/perkara sampingan yang perlu ada di rumah saya
1. surau
2. home theater
3. perpustakaan
4. peti ais 3 pintu
5. kucing

5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini
para nara :
1. esis
2. elmaaniq
3. amanitium

Tokey kene takkan anak buah tak kena kan? kan? kan?

4. fiq : kerana lama dah tak update
5. blue cherry : saja nak test anda hohohoho

Selamat menjawab!

P/s : nanti kan isen terbaru saya, mengulas berkenaan Hikayat Merong Mahawangsa pada Ahad atau Isnin nanti, insyaAllah.

Wednesday, November 15, 2006

Kawan Seram

"Kau nak tengok hantu?" tanya Awie pada satu malam.

Waktu itu kami sama sama di dalam satu shift. Sepatutnya, bertiga malam itu. Tetapi Hairul cuti. Jadi berdua sahajalah. Pukul 2 pagi ada tugasan di Putrajaya. Kami perlu ke sana demi membenarkan dan memantau department Infrastructer menjalankan tugasnya, PM (Preventive Maintenance) aircond.

Seingat aku (ya perkara ini berlaku 2 tahun lepas), kami tiba awal malam itu. Kiranya pukul 2 pagi. Sunyi. Seperti biasa. Untuk makluman kau orang Putrajaya di antara tempat yang agak menyeramkan bagi kami waktu itu. Kami menunggu di luar bilik operasi. Membelakangi 2 biji kompresor aircond yang besar, Awie. Aku menghadap Awie dan 2 kompresor itu.

"Kau nak tengok hantu?" tanya Awie, setelah beberapa ketika rancak bercerita tentang kawan seram ini.

"Isk taknak la aku. Kau pernah tengok ke?" aku.

"Pernah." akui Awie.

"Macam mana?" tanya aku mula berminat.

"Macam ni. Kau cari satu cermin. Besar. Yang boleh nampak satu tubuh kau dari kepala sampai ke kaki. Pastu tanggal semua pakaian kau dan menari tanpa seurat benang pun di tubuh kau di hadapan cermin itu. Setelah seketika, dalam 5 minit ke 10 minit macam tu kau alihkan badan kau. Maksudnya lari dari cermin tu samada ke kiri atau ke kanan. Kau pakai baju kau, pastu kau jelinglah kat cermin tu. Kau akan nampak bayang kau masih menari." terang Awie panjang lebar.

Meremang bulu tengkuk aku (saat menulis ini pun) mendengarnya.

"Kau biar betul?" aku.

"Betul!" Awie. Cuba meyakinkan aku.
Kami terdiam seketika. Hanya cengkerik bersahut sahutan. Mungkin membincangkan kebenaran cerita Awie. Perasaan seram masih menyelubungi. Fikiran aku agak kacau cuba membayangkan bayang bayang aku menari dalam cermin tanpa aku berada di depannya. Isk...
Aku bukak porch. Keluarkan rokok. Awie pun sama. Aku letak puntung rokok di bibir. Aku nyalakan lighter. Awie pun. Saat ini dengan tidak semena semena,

KRTANG!!!

"Opocot mak kau!" aku.

"Cilaka!" Awie.

kami saling berpandangan. Bunyi yang keras itu amat mengejutkan kami berdua. Kami memandang ke arah benda yang mengeluarkan bunyi itu. Ya, Kompressor aircond yang besar itu, yang di luar bilik itu telah hidup. Dan memang ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Aku pandang Awie. Awie pandang aku. Sesaat, kami berderai ketawa.

P/s : Kalau ada sesiapa yang baca cerita ini dan berani, cubalah. Dan khabarkan kepada aku.

Tuesday, November 14, 2006

Rapat

Ooo ooo tinggal 4 hari sahaja lagi untuk ke Rapat 06. Anda pergi? Tidak pergi? Mengapa tidak pergi? Kenapa? Sakit perut? Malu? Hilang akal? Ha ha ha.

Mana mana jalan (terjemahan dari Anyway), aku sedikit konpius. Jadi aku nak tanyalah kepada kalian yang pergi. Kau orang (dah tentu yang lelaki lah) pergi pakai baju apa ek? Sementelah temanya ialah Hari Raya, adakah kalian akan berbaju melayu?

Hah? Hah? Hah?

P/s : Cik (ke puan?) Bunga Rampai. Tag anda akan saya jawab setelah isen seram keluar ya?

Saturday, November 11, 2006

Dia Itu Cuba Memotongku

Kereta aku meluncur pada tahap sederhana merentas laluan dalam Dengkil. Sekali sekala kereta yang berada di belakangku cuba memotong. Namun hakikat kesempitan jalan menghalang niat beliau. Dan menjadikan aku tetap di hadapan. Laluan sempit Dengkil tiba di penghujungnya. Susur keluar ke Putrajaya. Luas dan Bebas. Dan kereta itu mula memotong ku, deras dan pantas.

Hafiz yang menumpang kereta aku sedang menikmati hidangannya, bila sebuah Wira berwarna hijau terang dengan nombr plat yang bermula dengan huruf Q memintas kami.

"Itu Bakhtiar kan?" Hafiz.

"Yeke? Bukanlah."

"Bukan Bakhtiar ke tu? Ke Baharom?" Hafiz.

"Bukan ke, Bakhtiar penolong En. Mat?" aku.

"Itu Basyar la!" Hafiz.

"Basyar? Basyar iwwal mungkar ke?" aku.

"Ha ha ha. Itu Fahsyar iwwal munkar la!" Hafiz.

"oooo." aku.

Dan Hafiz mula menyebut ayat tersebut dengan penuh berserta maknanya sekali. Dan juga maksud nama Basyar.

P/s : Maaf jika ejaan rumi itu mengandungi kesalahan. Dan maaf juga tidak sempat bertandang ke blog kalian. Akan ke sana saya nanti jika ada kelapangan.